MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Pakai Macam Orang Berjaya, Percaya Diri Sebelum Berjaya

January 9, 2024

"Beli tak tengok harga. Yang mana suka, ambil dan bayar je..."

Itulah kata-kata mentor saya satu ketika dulu. Waktu saya struggle belajar tentang bisnes, kewangan dan kekayaan.

Masa tu pergi berguru pun datang naik motor kapcai bersama isteri saya, sambil dukung baby...

Dia motivasikan saya supaya sabar dalam bina kekayaan. Pasti akan tiba saya juga dapat nikmati hidup sama macam beliau pada ketika itu... 

Berasal miskin bandar

Saya lihat lifestyle mentor saya... Dia juga bermula sebagai seorang miskin bandar hingga jadi orang kaya...

Beli pakaian tak tengok harga. Yang mana suka, dia ambil dan bayar jer.. 

Melancong ke 2, 3 tempat luar negara setiap tahun. Pergi ke Alaska macam pergi Alor Setar! 

Orang lain pergi kerja, dia pergi shopping.

Orang lain suami isteri bawa haluan masing-masing setiap hari kerana tuntutan kerjaya, dia sentiasa berdua-duaan dengan suami ke sana ke mari.

Orang lain impikan duduk di kampung bila dah tua, dia habiskan usia tua dia di tengah-tengah kota besar Kuala Lumpur...

Katanya duduk di bandar besar macam KL ni best. Tapi syaratnya kena ada duit...

Pakai pakaian berkualiti 

Saya teringat semula kata-kata beliau waktu saya pergi shopping di IOI City Mall tahun lepas. 

Beli baju untuk majlis besar Public Gold, iaitu Diamond Recognition untuk pasangan mahaguru emas Syukor Hashim & Jonaina Nordin Sabtu (14.1.2023) ni di Hilton Hotel, Kuala Lumpur.

Mentor saya pesan lagi... Jangan beli baju yang murah-murah, tapi belilah yang berkualiti. 

Mahal sikit tak apa, tapi boleh pakai lama dan kita "feel good" untuk memakainya. Bukan baju yang lepas sekali basuh dah jadi macam "blouse"!

Katanya lagi, jangan beli baju di kedai sama yang jual ikan, sayur, mainan kanak-kanak atau aksesori kereta.

Beli baju di kedai yang memang khusus jual baju. Kualiti dan nilai yang kita dapat tentunya tak akan sama... 

Percaya diri sebelum berjaya 

Macam mana pemakaian kita, ia berikan kesan langsung tentang apa yang kita fikir tentang diri kita...

Bukan tentang orang lain, tapi tentang keyakinan diri kita sendiri...

Sebab dalam perjalanan membina kejayaan, biarlah orang tak yakin pada kita. Tapi yang lebih penting ialah kita yakin pada diri kita sendiri. 

Kita kena percaya dulu yang kita adalah orang berjaya, barulah kita akan benar-benar berjaya. InsyaAllah... 

Zulkifli
Cyberjaya
9 Januari 2024
27 Jamadil Akhir 1445H

#Selfimage #TipKejayaan

“Nak berjaya, kita tak perlu convince sesiapa. Kita cuma kena convince diri sendiri, conquer otak sendiri, sampai percaya yang kita pasti berjaya. Bila percaya pada diri sendiri, 50% kita sudah berjaya. Lagi 50% cuma persoalan usaha dan masa sahaja. InsyaAllah.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 2 Januari 2024

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>