"Buat apa nak pindah duduk di kampung. Duduk di bandar sebenarnya lagi best. Tapi syaratnya kita kena ada duit..."
Kata-kata Dr Ali Azman (doktor pakar kanak-anak) itu masih terngiang-ngiang di telinga saya. Ketika itu saya bersama mentor bisnes saya berziarah ke rumah beliau di Bukit Jelutong, iaitu satu kawasan perumahan elit di Shah Alam.
Waktu tu saya tak boleh brain kata-kata beliau.
More...
Keluar Dari Kota Setiap Kali Cuti
Waktu saya masih bekerja (makan gaji) dulu, bila ada sahaja hari cuti, saya akan outstation samada balik kampung ataupun pergi bercuti. Yang penting, saya mesti keluar dari Kuala Lumpur (KL).
Saya fikir, kehidupan di kota macam KL ni sangat stress.
Pagi-pagi keluar berkerja, jalan jammed. Pulang dari kerja, jalan jammed. Nak pergi shopping mall hujung minggu atau ke taman-taman awam pun jalan jammed dan tak cukup parking.
Jadi saya buat kesimpulan, kehidupan di bandar (kota) memang begitu. Stress. Tak best duduk di bandar.
Maka saya bercita-cita nak tinggal di kampung bila saya sudah kaya. Setidak-tidaknya ketika mencapai usia pencen!
Tapi bila saya mencapai #FinancialFreedom ("tak kerja pun ada duit") pada tahun 2013 (ketika usia saya 33 tahun), perspektif saya berubah.
Saya tidak lagi bercita-cita nak duduk di kampung.
Di Kota Lebih Baik, Syaratnya...
Saya lebih suka tinggal di kota - sebab segala kemudahan ada di kota. Tapi dalam waktu yang sama, saya ada PILIHAN pulang ke kampung pada bila-bila masa yang saya mahukan.
Kehidupan di kota sebenarnya tidaklah stress, kalau kita ada duit dan kebebasan masa.
Sejak 2014 lagi, kalau mahu keluar, rutin saya keluar rumah lepas pukul 9.00 pagi - bila orang lain sudah masuk bekerja. Jalan lengang, tak banyak kenderaan atas jalanraya.
Saya pulang ke rumah selewatnya pukul 5.00 petang - sebelum orang lain balik kerja. Jalanraya masih lengang.
Kalau nak shopping, saya dan isteri keluar shopping waktu orang tengah sibuk bekerja. Ruang parkir di shopping mall banyak, kami boleh pilih yang paling dekat dengan pintu masuk.
Bila nak bawa anak-anak bersiar-siar, kami akan bawa pada hari bekerja, bukan hujung minggu. Pada hari bekerja, playground dan taman-taman awam tak ada orang!
Kami sekeluarga boleh conquer satu taman! Ibarat taman itu kami yang punya!...
Syukur, alhamdulillah...
Segala Kemudahan Ada di Kota
Setelah menikmati hidup sebagai seorang yang ada kebebasan duit dan masa sejak tahun 2013, barulah saya faham apa yang Dr Ali Azman itu katakan.
"Duduk di bandar sebenarnya lagi best. Tapi syaratnya kita kena ada duit..."
Hidup di bandar memang best; sebab segala kemudahan ada di bandar. Stress hidup di bandar itu akan hilang, sekiranya kita ada duit yang cukup, dan jadual rutin kehidupan yang berbeza berbanding kebanyakkan orang di bandar.
Kalau nak balik kampung jenguk ibubapa dan mentua, tak perlu bersesak-sesak pada hari cuti ataupun hujung minggu macam orang lain.
Bila ada duit dan masa, kita boleh balik kampung pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu minta izin daripada sesiapa (boss). Alhamdulillah.
Zulkifli
Cyberjaya
21 September 2022
24 Safar 1444H
Coretan FB berkaitan:
- Cita-cita balik kampung bersara, tapi duduk tak sampai 3 tahun, pastu kembali ke bandar? - FB Jom Explore
- Masa orang lain sibuk pergi kerja, kami keluar cari nasi berlauk di kampung - FB Azam Amiri (2024)
- Lelaki Thailand ini akhirnya kembali bina kejayaannya sendiri di kampung - FB Norees (2021)
Begitulah kan? kita perlu sesuaikan diri dengan persekitaran untuk kehidupan yang lebih gembira dan kurang stress.
Betul Pn Nany.
Kalau tak dapat apa yang kita suka, belajar untuk suka apa yang kita dapat.