MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Hidup Terlalu Indah Bila Mempunyai Masa

January 16, 2015

Sejak saya berhenti kerja dan berniaga sendiri sepenuh masa, saya agak kurang keluar rumah atau outstation untuk tujuan bersiar-siar ataupun jalan-jalan makan angin.

Waktu masih bekerja (makan gaji) dulu, kalau ada ruang cuti jer, saya mesti fikir nak keluar KL untuk bawa keluarga jalan-jalan. Tak kisah samada pergi bercuti atau balik kampung.

Saya rasa indahnya hidup kalau dapat keluar dari kesibukan kota.

Tapi bila Allah bagi sedikit bebas dari sudut masa, saya rasa hidup ni sebenarnya terlalu indah di tempat kita, cuma saya terlalu sibuk untuk nikmati keindahan sekeliling.

Saya nampak, “the grass is greener on the other side”.

Sedangkan 'rumput' yang ada di sekeliling saya sebenarnya sama sahaja hijaunya dengan rumput di sebelah sana. Kalau tak, kenapa orang luar (pelancong) ramai datang bercuti di Malaysia?

The Grass is Greener...

Di Kuala Lumpur sendiri, penuh dengan pelancong luar. Mereka excited untuk datang bercuti di Kuala Lumpur sedangkan orang Kuala Lumpur, kita sibuk keluar kota bila ada sahaja hari cuti.

Masa saya berjalan-jalan dan riadah dengan isteri waktu pagi di Taman Tasik Metropolitan Kepong (dikenali sebagai Taman Layang-layang”), kami berseloroh, “cantiknya pemandangan ni. Macam duduk oversea!”.

Betul, selalunya kalau nak tayang foto di facebook, orang suka tayang foto di oversea seolah-olah segalanya cantik di oversea. Tapi sebenarnya tempat kita tak kalah cantiknya berbanding oversea.

Cantiknya Tempat Kita...

Kami berjalan-jalan mengelilingi tasik sambil menikmati angin pagi bertiup sepoi-sepoi bahasa yang sungguh nyaman.

Pemandangan tasik dengan berlatarbelakangkan bukit, memang cantik. Ditambah pula tasik tu banyak ikan, kami selalu bawa roti untuk dicampakkan kepada ikan-ikan dalam tasik tu.

Dapat riadah, dapat nikmati waktu bersama isteri dan anak-anak, dapat menikmati pemandangan yang indah, bebas dari kesibukan orang ramai (sebab semua orang pergi kerja), dan ianya PERCUMA sahaja!

Mencari view terbaik... Hari bekerja, taman-taman awam kosong...

Segala-galanya Ada Di Sini

Nak bershopping?

Kami bukanlah kaki shopping, tapi setakat saya ikut trip ke luar negara, saya rasa di Malaysia ni lagi bagus kalau nak bershopping. Apa yang ada di luar negara, di Malaysia pun ada.

Pergi beli barang di Jepun, balik Malaysia tengok-tengok, “made in China” juga!

Kalau dulu orang pergi haji, mesti bawa balik banyak barang hadiah macam tasbih, minyak wangi dsb, tapi sekarang ni, boleh beli di Mydin jer. Tak perlu borong di Mekah atau Madinah.

Di Malaysia, segala-galanya ada. Alhamdulillah.

Segalanya Ada Di Tempat Kita

Akhir sekali saya buat kesimpulan, hidup ini terlalu indah kalau kita mempunyai masa. Tempat kita semuanya sudah ada, cuma yang kita tak ada hanyalah MASA untuk menikmatinya.

Dalam konteks kewangan, guru saya selalu pesan, bila nak cari kekayaan, jangan sekadar cari “DUIT”, tapi kena cari “MASA” sekali.

Biarlah lagi banyak duit kita, lagi banyak masa yang kita ada sebab “masa” juga salah satu bentuk kekayaan.

“Duit” kalau hilang boleh dicari lagi, tapi “masa” yang berlalu tiada lagi ditukar ganti. Ia akan pergi selamanya…

Allahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
15 Januari 2015
25 Rabiul Awwal 1436

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Pepatah kata “Masa itu emas”…ramai yang tak sayang ’emas’ yang tiada berganti ini…semoga kita semua menghargai ’emas’ yang tidak boleh ditebus atau gadai ni 🙂

  • Betul tuan Zul.. masa sangat berharga,, masa yang memintas kita mustahil akan dapat dikembalikan .. Tahniah sebab tuan dan keluarga mempunyai nikmat terbesar ini dan dapat megisinya dgn aktiviti yang sangat bermanfaat..
    Artikel yang sangat memberi inspirasi kpd kak dan pembaca lain utk berusaha ” membeli ” masa demi kebahgiaan keluarga dan amal akhirat…

  • Salam Encik ,
    Saya lebih suka balik kpg mak ayah saya /mertua saya ( perjalanan hanya 15 minit ) …habiskan masa dgn mrk berbanding bawa family saya berjalan2 ke Bandar Melaka , pusat beli belah krn kt kpg ada mak ayah yg merupakan nenek atuk kepada anak2 saya , ada rumput menghijau , ada bunyi cengkerik , ada ayam , ada itik , ada paya kecik , ada jiran2 yg ramah , ada pokok2 buah2an, ada kerengge , katak lompat2 , ada semut , ada nyamuk …seronok!

  • Salam..betul kata tuan tu..ramai org skrg ni berlumba2 untuk mencari kekayaan sampai lupa apa yg dicarinya..last2 kita ditinggalkan masa yg berkualiti yg sepatutnya boleh kita luangkan untuk memahami dan mendekati ahli keluarga, isteri dan anak kita..kita smpai lupa apa yg kita cari disebabkan byk masa kita buang utk aktiviti yg melalaikan dan mencuri masa kita yg begitu berharga..mudah2an Allah nemberikan masa yg cukup dan kita mendapat keberkatan masa kerana masa itu seperti pedang yg tajam sekiranya kita gagal mengurusnya dgn baik ia akan memotong dan meninggalkan kita dan kita akan menyesal buat selama-lamanya..kekayaan dan wang ringgit tidak boleh membeli semula masa yg telah kita kehilangannya..

    • Wslm.

      Memang betul pesan Nabi s.a.w, orang yang paling bijak ialah yang paling banyak mengingati mati. Orang yang ingat mati, dia tahu yang mana keperluan, yang mana kemahuan. Yang mana yang bermakna dalam hidup, yang mana sifatnya sementara.

  • Assalamualaikum En Zulkifli

    Blog tuan benar2 membuka mata saya berkaitan pentingnya pengurusan kewangan. Sekarang pada usia 30 tahun, saya mula :-

    1. menyimpan duit dengan isteri di tabung haji, secara konsisten.
    2. membuat bajet kewangan bulanan (dan berdisiplin mematuhi jadualnya)
    3. sedang dalam proses untuk membeli properti ke 2 (untuk disewa).
    4. bayar semula ptptn setelah sekian lama menangguh

    Sekarang, kami benar2 hidup bawah kemampuan, bersabar sementara, untuk menikmati hasilnya di kemudian hari. Saya doakan semoga usaha kami ini, Allah akan perkenan dan moga Allah kurniakan juga ganjaran pahalanya kepada tuan juga, kerana berkat perkongsian ilmu tuan.

    Terima Kasih banyak En Zul, dan doakan kita semua berjaya.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >