MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Saya Dah Mulakan. Sekarang Giliran Generasi Muda Teruskan Perubahan

February 21, 2026

Lagi 10 - 20 tahun, umur mereka baru seusia dengan umur saya hari ni. 45 tahun!

Tempoh 10 - 20 tahun tu banyak perubahan besar yang mereka boleh buat untuk masyarakat. 

Kalau pun perubahan cuma 1% lebih baik dari sekarang, itupun sudah memadai.

Satu ketika dulu, hidup tanpa hutang ni tak begitu popular. Ia sukar diterima oleh masyarakat.

Tapi saya tegar mendidik masyarakat supaya hidup senang tanpa hutang sejak 17 tahun dulu (tahun 2008) sampai sekarang.

Hari ni, hidup sederhana tapi bebas dari hutang sudah jadi trend. Sebahagian besar yang follow cara saya sejak 5 - 10 dulu, sekarang ni hidup mereka bebas dari hutang.

Alhamdulillah...

Perubahan lanskap pelaburan emas

Dulu orang lihat emas hanya sekadar satu dari banyak pelaburan yang tak lebih dari sekadar "buy low sell high". 

Tapi saya tegar didik masyarakat kaya dengan emas bukan sekadar "buy low sell high", tapi asbab menabung emas, mereka ada tabungan yang kukuh, bebas hutang, memiliki harta yang cukup hingga capai #FinancialFreedom.

Hari ni idea ni sudah diterima meluas di Malaysia.

Sampai rasa janggal siapa yang masih jadi bercakap emas hanya sekadar "pelaburan" macam dulu. Nampak sangat dia ketinggalan zaman. 

Semuanya berlaku dalam masa 10 - 20 tahun yang lalu!

Bagaimana agaknya kesan lagi 10 - 20 tahun akan datang?

Nah saya serahkan kepada anak-anak muda yang jauh lebih pandai dan hebat dari saya.

Letakkan misi baru untuk ubah masyarakat jadi lebih baik dari sudut kewangan. 

Serahkan legasi kepada generasi muda

Jangan terlalu dibayangi oleh diri saya. Saya tak lagi terlalu muda macam dulu.

Saya percaya mereka boleh buat jauh lebih baik dari saya. 

Pada usia yang jauh lebih muda dari saya, mereka sudah capai kejayaan yang jauh lebih besar berbanding saya pada usia mereka

Maka mereka patutnya punyai cita-cita untuk berikan impak lebih besar kepada masyarakat untuk tempoh lagi 10 - 20 tahun akan datang. InsyaAllah.

Bina bisnes bukan sekadar duit. Tapi apakah rahmat besar yang akan kita berikan kepada masyarakat

Itulah yang lebih penting.

Kalau apa yang kita usahakan dapat berikan manfaat kepada 1 juta orang, duit tak payah dihitung-hitung lagi. Pastinya kita adalah jutawan yang berikutnya. InsyaAllah...

Itulah topik penting yang kami bualkan malam tadi sebaik sahaja selesai #G100x5GLeadersForum semalam di Menara Public Gold.

Zulkifli
Cyberjaya
21 Februari 2025
22 Syaaban 1446H

Tentang Penulis

Anis Adlina Mohd Zulkifli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}