MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Tak Berbaloi Beli Rumah Jauh Dari Tempat Kerja. Menyewa Saja Dulu

February 21, 2026

Gara-gara gopoh beli rumah duduk sendiri, akhirnya hidup penat... habis banyak masa atas jalan... duit habis... kualiti hidup merosot... kerjaya pun susah nak meningkat! 

Beli rumah mahal... tapi masa banyak habis di jalan raya... 

Yang duduk rumah hari-hari cuma maid (orang gaji). Tuan rumah sibuk pergi kerja, dan habis banyak masa di jalan raya! 

Awal-awal pagi dah terpaksa keluar rumah... Balik kerja, sampai rumah pun dah gelap... dah lunyai... Penat hadap jem hari-hari... 

More...

Bila terbaca keluhan mereka yang terperangkap dengan masalah ni, saya ingat balik nasihat kewangan yang saya pegang dari dulu;

"Tinggal dekat dengan tempat kita bekerja. Bukan bekerja dekat dengan tempat kita tinggal".

Maksudnya, utamakan kerjaya dulu.

Lepas tu cara tempat tinggal yang dekat dengan tempat kerja. Bukan sebaliknya. 

Utamakan peningkatan kerjaya

Kalau perlu menyewa, menyewa saja dulu.

Asalkan dapat duduk tempat yang dekat... yang mudah ulang-alik pergi kerja... yang tak rasa berat kalau nak kena buat OT (overtime) atau balik lewat. 

Kalau ada hari nak kena masuk kerja awal pun, kita tak ada masalah... 

Kita akan lebih fokus bekerja. Kerjaya lebih mudah meningkat, income pun naik lebih cepat naik. 

Bukan saja kerjaya kita meningkat. Tapi kita juga akan jimat duit yang banyak... jimat masa... jimat tenaga.. Dan lebih fokus... 

Hidup akan lebih berkualiti...

Kita ada lebih banyak masa untuk nikmati hidup... Bukan penat travel... 

Bukan habis banyak masa atas jalan raya... 

Jangan gadaikan kualiti hidup

Yang akhir sekali, produktiviti turun.. duit kita koyak... badan kita penat... 

Hidup rasa kosong sebab tak ada masa untuk buat perkara bermakna dalam hidup... 

Hanya gara-gara nak ada rumah sendiri, walau terpaksa travel jauh untuk ke tempat kerja... 

Nak kata jimat, tak juga... Kalau ambil kira kos keseluruhan; termasuk kos bayar ansuran rumah, kos penat, kos hilang waktu berkualiti bersama keluarga, selalui tak berbaloi pun. 

Jadi tak perlu gopoh beli rumah duduk sendiri. Yang penting dapat fokus tingkatkan kerjaya untuk bina kekayaan dulu. 

Bila income dah naik... bila simpanan dah kukuh... bila ada harta yang cukup untuk jana cashflow... Waktu tu beli lah rumah untuk duduk sendiri yang lebih baik.

Rumah duduk sendiri ni sepatutnya rumah terakhir yang kita patut beli. Peringkat awal ni, beli dulu rumah-rumah untuk pelaburan. 

Jangan bimbang... Peluang-peluang yang baik akan sentiasa ada bila kewangan kita dalam keadaan baik. 

Tak perlu gopoh... 

#TipKewanganPeribadi

Zulkifli
Cyberjaya
21 Februari 2026
3 Ramadhan 1447H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}