MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Gopoh Beli Kereta dan Rumah, Punca Kewangan Tercekik di Usia Muda

April 17, 2025

Dapat sahaja gaji pertama, terus buat full-loan beli kereta paling mampu.

Bila gaji besar sikit, terus buat loan beli rumah paling mampu. 

Lepas tu umur muda-muda lagi kewangan dah tercekik!

Hari-hari pergi kerja sebab nak bayar hutang sahaja. 

More...

Saving 3 bulan gaji pun belum ada. Maka hiduplah jadi 'hamba' bank untuk 20 - 30 tahun...

Lepas tu pergi dengar nasihat kewangan yang menyedapkan hati... Yang tak mengubah apa-apa...

Bahana tip yang menyedapkan hati 

"Kasut setiap orang tak sama" katanya... 

"Buat apa menabung... Nanti mati tak sempat merasa..."

"Hidup keras sebab majikan kedekut, kerajaan yang salah..."

Nasihat-nasihat kewangan yang menyedapkan hati yang tak akan ubah kewangan kita jadi lebih baik... 

Tapi itulah nasihat yang dapat sambutan ramai... Banyak yang setuju, banyak yang like...

Sebenarnya apa pun nasihat kewangan, semuanya pun betul.

Ia betul untuk jadi macam orang yang bagi nasihat tu. 

Semua nasihat pun betul

Kalau dia pokai, maka siapa ikut nasihat dia pun akan sama-sama pokai macam dia.

Maka lupakanlah hasrat nak pencen awal, nak enjoy life dan pergi berjalan melihat dunia sana sini lepas bersara... 

Nasihat-nasihat yang menyedapkan hati tu akan menjadikan ramai orang bersara miskin, dan selesa dengan kemiskinan!

Nanti dah tua-tua pun kena kerja untuk terus hidup... 

Itulah bahana terikut-ikut nasihat kewangan yang menyedapkan hati... 

Maka berhati-hatilah dari siapa kita ambil nasihat.

Nasihat-nasihat percuma tu boleh jadi nasihat paling mahal harga yang kita kena bayar. 

Nafas baru dalam bina kekayaan

Syukur alhamdulillah, saya bebas hutang sejak umur saya 27 tahun. 

Walaupun masa tu belum kaya, ia berikan saya nafas baru dalam bina kekayaan. 

Prinsip "hidup di bawah kemampuan" sejak usia muda, membolehkan saya capai financial freedom pada umur 33 tahun. 

Sejak umur 33 tahun, saya dah bebas dari belenggu kerja 9.00 pagi - 5.00 petang.

Saya bebas buat apa yang saya suka pada bila-bila masa. 

Saya tak kisah sampai sekarang saya masih belum pakai kereta mewah, dan belum lagi beli 'rumah impian'... 

Tapi yang penting, hidup saya bebas! 

Pilih antara dua susah  

Prinsip 'bersusah-susah dahulu' pada usia muda membolehkan saya 'bersenang-senang kemudian' pada usia 30-an dan 40-an, alhamdulillah...

Hidup ni tentang pilihan... Kita kena pilih antara dua (2) susah. 

Susah di usia muda ataupun susah di usia tua. 

Susah di usia muda, itu pengalaman yang mahal. 

Tapi susah di usia tua, itu penjara kehidupan!

Walaupun semua takdir Tuhan, tapi takdir itu dihujung ikhtiar kita...

Lepas dah habis usaha dan ikhtiar sehabis baik, selebihnya barulah dinamakan takdir... 

#TipKewanganPeribadi

Zulkifli
Cyberjaya
17 April 2025
18 Syawal 1446H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>