Nak berjaya, nak kaya, nak untung, memang kena ambil risiko.
Setiap peluang datang bersama risikonya tersendiri.
Dalam pelaburan, lagi besar risiko, lagi besarlah (peluang) keuntungannya.
More...
Risiko dan potensi keuntungan
Walaupun dikatakan "high risk high return", orang berjaya tak akan ambil risiko membuta tuli. Tapi risiko yang boleh dikira dan diurus (dikurangkan)...
Siapa pilih risiko rugi lebih tinggi berbanding potensi untung, itu satu kebodohan.
Kalau risiko rugi dan untung 50-50, itu perjudian.
Orang bijak sentiasa pilih potensi untungnya lebih besar berbanding rugi.
Emas bukan sentiasa untung. Tapi potensi untungnya lebih tinggi berbanding risiko rugi.
Bahkan risiko rugi hampir tiada bila kita ada ilmu yang cukup tentangnya...
Risiko naik kereta dan kapal terbang?
Walaupun kita fikir naik kapal terbang lebih berisiko berbanding naik kereta.
Tapi disebabkan risiko naik kapal terbang tu diurus dengan lebih baik, statistik menujukkan naik kapal terbang jauh lebih selamat daripada naik kereta!
Input yang saya dapat daripada ChatGPT;
- Peluang kemalangan maut dalam pesawat komersial kira-kira 1 dalam beberapa juta penerbangan.
- Sebaliknya, kemalangan jalan raya adalah jauh lebih kerap — dengan kadar kematian global kira-kira 17–18 orang per 100,000 penduduk setiap tahun, bergantung pada negara.
Nak berjaya kena ambil risiko. Tapi orang berjaya tak akan ambil risiko membuta tuli.
Antara risiko, kebodohan dan perjudian
Banyak yang jatuh lingkup dalam pelaburan skim cepat kaya tu selalu sibuk canangkan kata-kata nak menyedapkan hati...
Katanya, "setiap pelaburan mesti ada risiko"...
Walhal apa yang dia buat tu bukanlah pelaburan. Tapi tak lebih dari sekadar kebodohan dan juga perjudian!...