MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Inilah Sebab Kenapa Caj Premium Emas 1 Gram Lebih Mahal

April 28, 2025

Dulu saya ingatkan sekali tekap sahaja terus siap gold bar 1 gram.

Tapi bila tengok gold bar 1 gram ni ditimbang dan dikikis berkali-kali hingga dapat berat 1.000 gram, barulah saya faham kenapa caj premium (kos cetak) lebih tinggi. 

Kena timbang dan kikis berkali-kali SECARA MANUAL! 

More...

Item dinar ni dikikis berkali-kali sampai dapat berat ngam-ngam 4.250 gram. Sama juga prosesnya item gold bar 1 gram. Lagi kecil, lagi rumit.

Proses sangat rumit 

(Aduh... Macam manalah staff boleh kerja terbongkok-bongkok hari-hari kerja kikis emas tu. Saya duduk lama-lama depan komputer pun boleh sakit badan) 

Kalau terlebih kikis; dapat berat 0.999 gram, emas ni dianggap rosak. Kena lebur balik! 

Kena melalui proses awal daripada lebur, rolling, blanking dan minting balik. 

Begitulah proses diulang-ulang untuk dapat finished product gold bar 1.000 gram. 

Lepas lawatan saya ke #KilangEmasPublicGold, barulah saya faham proses sebenar hasilkan gold bar dan dinar emas keluaran Public Gold. 

Caj premium setiap item

Setiap keping emas yang kita beli daripada Public Gold dikenakan caj premium (kos upah).

Caj tu dikenakan atas setiap keping emas. Bukan total gram emas yang kita beli.

Kalau beli sekeping gold bar 10 gram, caj premium RM15 sekeping.

Tapi kalau beli gold bar 1 gram x 10 keping, caj premium dikenakan RM150 (RM15 sekeping x 10 keping).

Item lebih besar, kos premium segram akan jadi lebih murah. 

Jadi bagi yang menabung emas melalui Akaun Emas GAP, kalau nak jimat caj premium, menabunglah sedikit demi sedikit. Tapi letakkan target untuk keluarkan item lebih besar. 

Lagi besar item yang kita keluarkan, lagi kuranglah (jimat) jumlah premium yang kita kena bayar.

Lawatan ke kilang Public Gold 

Ini antara catatan Facebook saya lawatan ke kilang emas Public Gold baru-baru ini.

Kilobar ni bahan mentah untuk hasilkan gold bar dan dinar Public Gold.

Zulkifli
Bayan Lepas
15 April 2025
16 Syawal 1446H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>