MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Tip Pilih Item Emas Terbaik : Kecil Banyak atau Besar Seketul?

December 19, 2024

Mana lebih baik, item gold bar 5 gram x 20 keping (total 100 gram), atau gold bar 100 gram sekeping? 

Saranan saya;

Kalau nak mudah jual (atau pajak) sikit-sikit bila nak pakai duit, saya cadangkan pilih item kecil tapi banyak keping.

Contohnya untuk dana kecemasan.

More...

Lebih mudah dicairkan

Pilih; 

🛒 Gold bar 5 gram x 20 keping, atau 
🛒 Gold bar 10 gram x 10 keping 

Dua-dua pun total 100 gram.

✅ Mudah jual (atau pajak) sikit-sikit
✅ Mudah dibahagi-bahagikan bila nak diwariskan 

Tapi kalau plan nak jual sekaligus pada masa depan, beli item besar terus seketul.

Contohnya untuk tujuan tunaikan haji.

Lebih cepat untung  

Pilih;

🛒 Gold bar 100 gram sekeping, atau
🛒 Gold bar 50 gram x 2 keping.

✅ Lebih jimat caj premium, dan 
✅ Spread lebih nipis (lebih cepat untung) 

Kalau tak pasti kegunaan masa depan, ambil item kecil banyak keping lebih baik.

Supaya lebih mudah dicairkan (dijual atau dipajak) bila nak pakai duit sikit-sikit.

Pilih item pelaburan, bukan koleksi 

Item kecil yang saya maksudkan ialah item 1 dinar (4.25 gram) atau gold bar 5 gram ke atas. Ini item paling kecil yang nilai pelaburannya tinggi.

Item lebih kecil dari itu bukan item pelaburan. Tapi item koleksi.

Kos dapatkannya lebih tinggi, dan tempoh menunggu nak dapatkan keuntungan lebih lama.

#TipKayaDenganEmas #BukuWangEmas

Zulkifli
Cyberjaya
18 Disember 2024
16 Jamadil Akhir 1446H

Setiap item ada kelebihan tersendiri. Pilih item terbaik sesuai dengan tujuan kita menabung emas.

Gold bar 5 gram dan item 1 dinar (4.25 gram) item paling kecil yang nilai pelaburannya tinggi. Nak dapatkan item ni dengan harga murah, keluarkan dari Akaun Emas GAP.

Emas item kecil ni dikeluarkan untuk tujuan koleksi. Harga tetap akan naik. Cuma kalau nak dapat untung, kena tunggu lebih lama.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>