MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Akaun Emas GAP Bukan Emas Digital

April 9, 2023

Akaun Emas GAP bukan emas digital. Dan sejak hari pertama ditubuhkan lagi, prinsip Founder, Public Gold hanya jual emas fizikal sahaja.

"Beli emas, mesti dapat emas".

Founder Public Gold tak percaya pada emas digital.

Sesiapa pun yang faham tentang emas dalam sejarah dunia, sesiapa pun tak akan percaya pada emas digital.

More...

Sejarah Emas Penuh Skandal

Emas penuh dengan skandal penipuan. Samada peringkat individu, institusi, malah peringkat kerajaan dalam dunia. Semuanya tak terlepas dari skandal penipuan.

Idea mewujudkan Akaun Emas GAP bermula sekembalinya Founder Public Gold dari LBMA Conference. Iaitu ada company di Jepun yang mewujudkan "akaun emas fizikal" ini sudah lebih 50 tahun!

Tujuannya bukan untuk simpan emas 'atas angin' (digital), tapi untuk memudahkan masyarakat mengumpul dan memiliki emas fizikal.

Maka GAP (Gold Accumulation Program) diwujudkan untuk bantu penyimpan emas yang nak memiliki emas fizikal, tapi :

(1) tak yakin untuk simpan sendiri.

(2) bajet tak cukup untuk beli seketul besar.

Yang Tak Yakin Simpan Sendiri

Berdasarkan pengalaman saya lebih 12 tahun dalam emas, saya boleh katakan majoriti mereka yang baru nak menyimpan emas rasa takut dan tak yakin untuk simpan emas sendiri, walaupun hanya sekeping 1 dinar yang nilainya tak sampai RM1,400.

Jadi GAP adalah pilihan untuk memudahkan customer PG yang belum bersedia untuk simpan emas itu sendiri.

Walaupun begitu, Public Gold lebih suka kita keluarkan emas dari Akaun GAP dan simpan emas itu sendiri. Bukannya simpan sampai berkilo-kilo dalam GAP.

Jadi untuk memberi galakan penyimpan emas PG keluarkan emas GAP, PG keluarkan pelbagai item dan design yang menarik supaya customer PG simpan emas fizikal itu sendiri.

Secara mudahnya, PG mahu customer beli dan simpan emas fizikal sendiri. Tapi KALAU takut simpan sendiri, maka option yang memudahkan ialah simpan dalam Akaun GAP dulu.

Emas Digital Tujuannya Berbeza

Berbeza dengan #emasdigital.

Emas digital dicipta untuk mereka yang tak berminat simpan fizikal tapi nak ambil peluang atas kenaikan harga emas.

Mereka cuma nak bermain dengan nombor sahaja.

Maka emas digital adalah pilihan terbaik untuk mereka.

Penjual emas digital pula tak berikan banyak option bagi pembeli emas mereka supaya keluarkan emas fizikal sebagaimana yang dibuat oleh PG. Ini disebabkan matlamat mereka bukan untuk simpan emas fizikal.

Emas itu tak penting bagi mereka.

Yang Bajet Tak Cukup Besar

Golongan kedua ialah mereka yang nak beli emas fizikal, tapi bajet tak cukup untuk beli terus seketul.

Contohnya nak beli syiling 1 dinar, tapi duit cuma ada RM300 jer. Sedangkan harga 1 dinar sekarang lebih RM1,300.

Dia boleh simpan duit sikit-sikit dulu. Bila dah cukup baru beli.

Tapi malangnya, kebanyakan orang gagal sebab duit tu akhirnya habis sebelum cukup untuk beli sekeping 1 dinar.

Duit habis, emas pun tak ada!

Jadi dengan Akaun Emas GAP, mereka boleh terus beli emas walaupun duit cuma ada RM100 jer dulu.

Setiap kali ada RM100, tukarkan jadi emas 0.3xxx gram.

Kumpul sikit-sikit... Bila dah cukup gram dalam akaun, boleh keluarkan emas 1 dinar tu.

GAP benar-benar memudahkan untuk sesiapa yang nak menabung emas fizikal, tapi bajet tak cukup.

Akaun Emas GAP memudahkan sesiapa sahaja memiliki kepingan-kepingan emas ni walaupun dengan bajet cuma RM100 sebulan.

'Bersandarkan' Emas Fizikal?

Ada orang cakap, company dia jual emas digital 'bersandarkan' emas fizikal.

Nasihat saya, jangan mudah termakan dengan istilah 'bersandarkan' tu. Daripada sekadar 'bersandarkan', lebih baik dapat kan emas fizikal tu terus!

Kalau nak tahu samada 'akaun emas' tu telus atau tak, cuba keluarkan emas fizikal. Kalau prosesnya sangat mudah, itu bukan emas digital.

Tapi kalau berbelit-belit prosesnya dan susah nak dapat emas fizikalnya, hati-hati... Takut musang berbulu ayam...

Kena ingat, orang yang "beli emas dapat emas" pun ada yang kena tipu. Inikan beli emas tapi emasnya tak nampak... Semuanya atas angin...

Sejak Akaun Emas GAP diperkenalkan dari hari pertama, Public Gold tak pernah promote beli emas supaya tak perlu keluarkan fizikal (yang kononnya lebih menguntungkan).

Bahkan PG keluarkan pelbagai design emas supaya pembeli dapat banyak pilihan untuk keluarkan emas fizikal.

Public Gold keluarkan pelbagai design emas baru setiap bulan supaya kita ada banyak pilihan untuk keluarkan emas fizikal tersebut dan simpan sendiri.

Ciri-ciri Skim Cepat Kaya Bertopengkan Emas

Saya fikir, mungkin Public Gold akan pertimbangkan satu hari nanti untuk limitkan jumlah yang boleh kita simpan dalam GAP. Atau kenakan caj bagi siapa yang tak keluarkan emas fizikal dari GAP dalam tempoh tertentu.

Jadi kita boleh simpulkan, GAP dibuat bukan nak galakkan orang simpan emas dengan PG, tapi nak memudahkan kita beli, kumpul dapatkan emas fizikal dengan cara lebih mudah.

Ia terbalik dengan company emas yang promote supaya beli emas tapi tak perlu keluarkan emas fizikal kononnya lebih menguntungkan.

Itu sebenarnya perkara yang sama dibuat oleh scammer emas sebelum ni yang telah melingkupkan ramai pelabur emas.

Belajarlah dari pengalaman orang lain. Atau cubalah belajar dari pengalaman sendiri.

Duit sendiri, tanggung sendiri...

Allahu a'lam.

Zulkifli
Cyberjaya
9 April 2023
18 Ramadhan 1444H


Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>