MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

SOSMA dan Komitmen Saya Demi Negara

April 8, 2023

"Nak kena sensor ke muka Encik?" 

"Tak perlu... Saya tak kisah orang tahu saya bekas tahanan... Bukannya saya masuk penjara sebab saya buat jahat...", balas saya. 

Alhamdulillah. Baru lepas kena interview sebagai bekas tahanan undang-undang zalim dan kontroversi SOSMA.

More...

Saya sanggup bagi kerjasama kepada mana-mana pihak, samada NGO ataupun kerajaan.

Asalkan demi menjadikan negara kita lebih baik. 

Saya tahu susah nak dapatkan bekas tahanan SOSMA yang sanggup ke depan dan berikan kerjasama begini.

Sebab musibah dipenjarakan bertahun-tahun itu telah memusnahkan kehidupan baik mereka sebelum ini. 

Majoriti belum dapat semula pekerjaan mereka sebelum ini.

Dan banyak daripada mereka habis semua harta bahkan musnah rumahtangga mereka!

Ada siapa peduli? 

Tidak ada...

Tak apa...

Saya ke depan untuk bagitahu kepada pihak kerajaan apa sebenarnya yang telah terjadi sepanjang undang-undang SOSMA itu dilaksanakan...

Nampak cantik di atas kertas...

Hakikat apa sebenarnya yang terjadi sepanjang proses yang digembar-gemburkan sebagai "adil" kerana melalui proses mahkamah, hanya kami bekas tahanan sahaja yang tahu...

Zulkifli
Cyberjaya
8 April 2023
17 Ramadhan 1444

#TabahHadapiMusibah

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>