1,000 anak tangga! Alhamdulillah.
Sejak habis lock down tahun lepas, sudah lama tak exercise panjat 1,000 anak tangga.
Ini kali pertama saya bermula balik.
Secara tepatnya tadi, saya panjat 1,105 anak tangga. Total panjat turun naik 1.5 km. Campur dengan berjalan untuk cooling down, 3 km kesemuanya.
Ya Allah. Penatnya lebih dari berjalan lebih 12 km sekaligus!
Akhirnya-akhir ini saya banyak berjalan saja. Pagi 6 km. Petang lagi 6 km. Total 12 km sehari. Penatnya tak terasa sangat.
Tapi kali ni panjat 1,000 anak tangga, penatnya lain macam. Tapi inilah exercise yang saya buat sepanjang di Penjara Tapah dulu.
Hampir setiap hari. Terutamanya 3 bulan terakhir sebelum bebas.
More...
Stress Dikurung 20 Jam Sehari
Pagi 1,000 anak tangga. Petang buat lagi 1,000. Ini semua atas bimbingan kawan saya Bob Nur Redzspeed, mentor fitness Tahanan SOSMA Penjara Tapah.
Penjara adalah tempat kurungan.
Kami hanya boleh keluar bilik (sel) cuma 4 jam sehari. Kalau hujung minggu atau Public Holiday, tengok nasib.
Kalau pegawai mood baik, dapat la keluar 1 jam 30 minit. Kalau mood tak baik, memang tak keluar langsung. 24 jam berkurung dalam sel.
Bila banyak terkurung, otak rasa stress. Banyak tidur saja. Kalau nak exercise, sekadar boleh push-up atau lari setempat dalam sel.
Exercise sampai penat.
Manfaat Besar Exercise
Bila penat, rasa kurang stress, tidur mudah lena, makan pun lebih berselera (walaupun makanan banduan jauh bezanya dengan makanan orang awam).
Dan yang lebih penting, otak rasa cergas dan hati rasa happy. Lupa sekejap kesedihan dan rasa terkilan yang kami sedang hadapi.
Exercise antara cara berkesan kurangkan stress dan melupakan kesedihan waktu dalam penjara dulu. Itulah apa yang saya dan kebanyakkan tahanan akan lakukan bila stress.
Lagi stress, lagi kena banyak bergerak. Lagi kena banyak exercise!
Kalau duduk berdiam diri, nanti kepala tu boleh ‘masuk air’ (tak waras) atau P.S.Y (sakit jiwa); bila terkurung dan tak bergerak, kita cenderung untuk over-thinking sambil melayan kesedihan.
Dan itulah membuatkan ada yang sakit mental dan jadi gila!
Kurangkan Stress, Elak Sakit Mental
Tapi selalunya rakan-rakan tahanan akan sentiasa memerhatikan kawan-kawan yang nampak berdiam diri. Terutamanya yang baru dijatuhkan hukuman.
Duduk berdiam diri, termenung sendirian, dan banyak tidur tu antara petanda kawan tu tengah stress. Dan dia tak boleh dibiarkan sendirian! Kalau tak, memang cepat la dia ‘masuk air’!
Jadi selalunya kawan-kawan akan ajak dia bersembang, bagi semangat, bergelak ketawa, dan ajak exercise tentunya!
Exercise dalam penjara jauh bezanya dengan kita di luar; ruangnya sempit, pengudaraan kurang baik, dan dalam kebanyakkan keadaan, kami exercise sambil berkaki ayam atau pakai kasut yang nak hancur (warisan tahanan yang sudah bebas)!
Memang serba kekurangan.
Tapi itu bukan alasan untuk membiarkan diri rosak disebabkan hidup dalam keadaan stress dan sedih.
Motivasi Banduan Untuk Bebas
Antara motivasi yang sentiasa kami ingatkan sesama sendiri; bebas tetap akan bebas, tapi persoalannya kami nak bebas dalam keadaan macam mana?
Nak bebas sebagai orang yang waras atau orang yang sakit mental?
Maka tentunya kami pilih untuk bebas dalam keadaan diri kami yang lebih baik berbanding sebelum dipenjarakan.
Kena exercise!
Zulkifli
Cyberjaya
5 Julai 2022
5 Zulhijjah 1443H
- Done 1,000 anak tangga! Alhamdulillah - FB (Jan 2021)
- Lagi kuat stress, lagi banyak kena exercise... - FB (Jan 2023)