MohdZulkifli.Com


Motivasi Kewangan dan Pelaburan Emas

Kembalikan Berat Ideal

April 22, 2011

Penurunan berat badan secara sihat ialah mengubah tabiat pemakanan dan kesihatan sikit demi sedikit. Ia bukan diet yang menyiksakan dan bersifat sementara.


”Fat to lose 12kg!”

Terkejut dengan hasil ujian kesihatan saya bulan lepas. Memang saya rasa berat badan bertambah berbanding tahun lepas, tapi takkan sampai 12kg? Saya cuba bayangkan, macam mana badan saya kalau hilang 12 kg. Mesti nampak kurus kering…
Silap Penimbang atau Silap Diri Sendiri?
Saya rasa ada yang tak kena dengan alat penimbang Yayasan Jantung Negara (YJN) tu masa kempen kesihatan jantung di syarikat kami, tapi saya akur yang saya mesti berbuat sesuatu. Merenung dan memuhasabah diri untuk 2, 3 hari.
Saya tunjukkan keputusan ujian kesihatan pada seorang kawan sepejabat, yang juga seorang auditor! Beliau biasanya lebih teliti dari saya…
“Laa… patut la Fat To Lose kau 12kg. Tengok ni. Setting penimbang tu dia tulis FEMALE!”… Ha3x… (“,)
Hati saya sedikit lega… saya cek balik, berat badan saya bertambah sebanyak 4.8kg berbanding tahun lepas. Tahun lepas, Fat To Lose cuma 0.2kg. Maksudnya tahun ni, Fat To Lose sebenar ialah 5.0kg! Huh… nasib baik bukan 12.0kg!
Punca Berat Badan Berlebihan
Bila saya muhasabah balik, mungkin ini puncanya:
  1. Bersenam – tahun lepas, rutin jogging wajib saya ialah 2 kali seminggu. Tapi sekarang, 2 minggu sekali pun payah! Dulu Aisyah sekolah tadika tengahari, tapi sekarang saya kena hantar Aisyah ke sekolah agama jam 7.30pg. So, tak sempat jogging sebelum pergi kerja macam tahun lepas.
  2. Makan Malam – rutin makan malam sebelum jam 8.00mlm semakin longgar. Dulu, saya makan malam antara pukul 6.00ptg – 8.00mlm. Tapi sebab makin sibuk, terpaksa makan lepas 8.00mlm. Lagi teruk, kekadang terpaksa belasah makan malam lepas program. Aduh…
  3. Kalori Berlebihan – sekarang ni, makan tak berapa kisah sangat. Main belasah jer. Dulu berkira sangat nak beli makanan. Kos sarapan pagi dan makan tengahari tak lebih RM5.00 sehari. Tapi sekarang, kekadang pergi ke RM7.00 – RM10.00 sehari!
  4. Nasi Lemak – dulu, boleh dikatakan cuma seminggu sekali jer makan nasi lemak. Tapi sejak kebelakangan ni, boleh dikatakan tiap-tiap hari belasah nasi lemak. Kenapa nasi lemak? Sebabnya ia murah, sedap, dan lebih mengenyangkan! Lagi nahas, nasi lemak bersama telur goreng hampir dua hari sekali. Cuba bayangkan, limit pengambilan telur (kolestrol) yang sihat ialah cuma sebiji seminggu. Apa jadi kalau makan tiap-tiap hari!
Kempen kesihatan YJN dan Majlis Kanser Negara bulan lepas benar-benar memberikan tazkirah untuk saya. Bukan tak tahu pasal kesihatan, tapi bila tak diingatkan, kita mudah lupa. Sebab tu tazkirah tu penting bagi orang mukmin…
So, saya set target, nak lebih slim sebanyak 5.0kg untuk kembali ke berat ideal!
Macam mana caranya?
Makan ‘Pil Ajaib’ atau Ubah Tabiat Pemakanan?
Pilihan pertama, telan ‘pil ajaib’- produk menguruskan badan. Pilihan kedua, ubah tabiat pemakanan dan kesihatan. Kedua-duanya boleh membuatkan saya lebih slim. Tapi antara pilihan pertama dan kedua, saya memilih yang kedua.
Menelap ‘pil ajaib’ memang boleh slim, tapi ia tak bertahan lama. Bila berhenti pengambilan pil ajaib, anda akan kembali gemuk! Jadi, sampai bila nak bergantung pada produk menguruskan badan?
Kembalikan Tabiat Yang Sihat
Untuk kembali slim dan sentiasa sihat berpanjangan, nak tak nak, saya perlu ubah tabiat. Ubah kebiasaan. Mulai bulan lepas, saya ubah kepada tabiat berikut:
  1. Bersenam – saya kembali berjongging 2 kali seminggu. Kalau nak jogging hari kerja, saya kena keluar awal. 6.30 pagi dah kenakan pakaian sukan untuk pusing Damansara Damai.
  2. Makan Malam Awal – saya pastikan makan malam sebelum jam 8.00 untuk pastikan kalori yang diambil dapat dibakar sebelum tidur. Kalau makan lewat malam, kalori yang kita ambil tak sempat dibakar, sebaliknya disimpan dalam tubuh kita menjadi lemak. Orang lelaki akan nampak lebihan di perut, orang perempuan nampak di punggung.
  3. Hadkan Kalori – saya pastikan kalori harian adalah berpada-pada. Sumber kalori terbesar ialah karbohidrat (nasi) dan makanan yang bergula. Jadi, daripada selalu makan penuh sepinggan, saya kurangkan sikit jadi 3/4 pinggan ataupun 1/2 pinggan. Selebihnya, penuhkan pinggan dengan sayuran dan ulam-ulaman.
  4. Tinggalkan Nasi Lemak – saya hentikan serta merta. Kalau makan pun, cuma seminggu sekali sebagaimana yang dihadkan oleh Kementerian Kesihatan untuk kantin-kantin sekolah. Nasi Lemak adalah sumber lemak dan kolestrol yang sangat baik. Ia bagus untuk cepat kena sakit jantung dan strok! (“,) Jadi, saya tukar sarapan pagi kepada nasi kerabu ataupun kuih-kuih yang kurang manis.
  5. Kurangkan Manis – kalau buat air di pantry, saya kurangkan manis dan setiap kali makan, saya cuma minum air masak sahaja. Ini ramai orang tak sedar, kalori segelas air manis (e.g. milo, teh, holick, air bergas) adalah antara punca kita dapat kalori berlebihan. Dan kalori berlebihan yang tak digunakan menjadi tenaga itulah yang disimpan dalam badan sebagai lemak.
  6. Suplemen – suplemen vitamin seperti multi-vitamin, calcium, lecithin, vitamin E, vitamin C saya teruskan seperti biasa. Suplemen sangat penting bagi sesiapa yang nak turunkan berat badan sebab bila kita kurangkan kalori, biasanya kita juga terpaksa kurangkan zat makanan yang diperlukan oleh tubuh kita. Kekurangan zat makanan yang teruk boleh timbul masalah yang lain pulak.
Lepas sebulan, alhamdulillah… berat badan saya turun sebanyak 2.5kg. Dan saya perlukan sekurang-kurangnya lagi sebulan untuk kembali kepada berat ideal sebagaimana tahun lepas.
Penurunan Berat Badan Secara Sihat
2.5kg sebulan adalah penurunan berat badan yang baik. Kajian membuktikan pengurangan berat badan secara sihat tak boleh lebih daripada 4.0 kg sebulan (1.0 kg seminggu). Kalau lebih, maksudnya badan kita bukan kehilangan lemak, tetapi air dan tisu otot yang boleh mengganggu metabolisma tubuh secara mendadak – bahaya! Diet keterlaluan memang cepat slim, tapi cepat juga kembali gemuk!
Saya percaya, diet yang sihat ialah diet yang mengubah kebiasaan sikit demi sedikit. Ia bukan diet yang menyiksakan!
Apa suplemen untuk turunkan berat badan?
Hah.. ha… ini antara soalan bonus yang saya selalu terima.
Saya boleh kongsikan dengan sahabat semua, tapi ‘pil ajaib’ hanya untuk membantu, tapi bukan untuk dijadikan amalan sepanjang hayat. Diet dengan cara ‘pil ajaib’ semata-mata saya panggil sebagai diet yo-yo! Sekejap gemuk, sekejap kurus, kemudian gemuk balik. Saya akan kongsikan pasal suplemen yang membantu mengurangkan berat badan mengikut saranan pakar nutrisi di lain rancangan, insyaAllah.
Wallahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Heights
21 April 2011
17 Jamadil Awwal 1432
Artikel berkaitan:

About the author 

  • Assalamualaikum Encik Zul ,

    betul..jika dikaji apa yang kita makan dan aktiviti yang kita lakukan memang menyumbang kepada kegemukan.

    saya juga dalam misi Diet

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

    Subscribe to our newsletter now!

    >

    Sertai bersama lebih 4073 subcriber Telegram saya (di SINI), untuk sentiasa mendapat update dari saya, ilmu tentang emas dan kewangan.