MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kos Tanam Sebatang Gigi RM8,000! Bagaimana Nikmat Anggota Yang Lain?

October 23, 2021

Kos implan (tanam) sebatang gigi menceah RM8,000!

Bukan sahaja kos wang ringgit, tetapi prosesnya juga sangatlah rumit...

Saya tak pasti dah berapa kali ulang-alik ke klinik sejak awal tahun 2021 ni, hanya semata-mata nak gantikan sebatang gigi geraham selepas hampir 2 tahun tertangguh untuk rawatan. 

More...

Sakit Yang Sudah Lebih 2 Tahun Bertahan

Sepanjang 2 tahun itu, saya terpaksa bertahan dengan ubat tahan sakit ketika di dalam penjara.

Dulu saya fikir, cukup 2, 3 kali pergi klinik gigi sudah selesai digantikan dengan gigi yang baru. Tapi rupa-rupanya proses nak siapkan gigi memakan masa yang sangat panjang... 

Berbulan-bulan.

Proses Rawatan Yang Lama dan Rumit

Nak cabut sahaja kena beberapa kali cek.

Lepas cabut, kena rehat lagi supaya sembuh dulu.

Lepas tu kena datang cek sama ada sesuai ataupun tidak untuk korek dan tanam tapak gigi tu.

Lepas dah tanam tapak, kena rehat pulak beberapa bulan supaya tulang dapat pegang kuat tapak tersebut.

Lepas tu datang cek lagi, dan doktor nak ukur saiz gigi yang sesuai. Kalau dah siap tapi gigi tak betul-betul fit, kena hantar balik gigi tu ke makmal untuk repair.

Saya mulakan proses sejak awal tahun 2021, akhirnya bulan September baru proses tanam gigi tu selesai sepenuhnya…

Allahu akbar…

Syukur, nasib baik rawatan gigi ni tak bermula ketika saya di dalam penjara (30.10.2018 - 30.10.2020)…

Hikmah Rawatan Tertangguh Dalam Penjara

Barangkali inilah hikmahnya kenapa beberapa kali saya mohon rawatan gigi dengan pihak penjara, tapi giliran saya tak sampai-sampai hinggalah saya bebas pada 30.10.2020...

Bila sakit, baru terasa berapa besarnya nikmat sebatang gigi yang Tuhan kurniakan.

Kalau sebatang gigi nilainya RM8,000, agaknya berapa nilai semua gigi yang Tuhan anugerahkan kepada kita sepanjang hidup?

Itu baru nilai gigi...

Maha Pemurahnya Tuhan Untuk Kita

Bagaimana dengan mata, telinga, lidah, jantung dan seluruh organ yang Tuhan pinjamkan kepada kita?

Tidak ternilai... Allahu akbar... Betapa Tuhan itu Maha Pemurah buat kita hamba-Nya...

Dia tak minta kita beri makan kepada Dia, bahkan Dialah yang memberikan kita makan dan rezeki yang melimpah ruah.

Yang Dia minta kita 'bayar' hanyalah dengan beriman dan beribadah kepada Dia, serta berbuat baik sesama manusia... Beriman, dan beramal soleh (berbuat baik).

Itu sahaja.

Bayaran Yang Tuhan Minta Hanyalah...

Jadi berbuat baiklah sebagaimana Tuhan berbuat baik kepada kita... 

Sesungguhnya nak ingat segala nikmat Tuhan ketika kita senang sangatlah susah, kecuali ketika nikmat itu telahpun hilang daripada kita.

Nak bersabar ketika susah lebih mudah berbanding bersyukur ketika senang.

“…dan sememangnya sedikit sekali di kalangan hamba-Ku yang bersyukur” (Surah Saba’ 34 : 13)

#IslahDiri #TabahHadapiMusibah

Mohd Zulkifli Shafie
Cyberjaya, Malaysia
23 Oktober 2021

16 Rabiul Awwal 1443H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>