Saya terbaca satu posting yang betul-betul menyentuh hati.
Seorang agen kereta share pengalaman dia deliver Axia Rahmah - kereta paling basic, paling murah dalam pasaran. Tak ada apa pun yang ‘wow’.
Dalam kereta tu cuma ada aircond, stereng, dan seat. Itu je. Nak harapkan ciri-ciri moden atau rupa mewah, memang tak ada lah.
Tapi yang buat dia tersentap... bila customer tu ambil kunci, dia menangis.
More...
Katanya, “Alhamdulillah bang, terima kasih. Saya tak pernah termimpi pun anak-anak dapat merasa naik kereta baru pergi sekolah...”
Allahu... bayangkan... Kita yang naik kereta setiap hari, kadang-kadang lupa nak bersyukur.
Dari motor ke kereta
Rupanya selama ni dia naik motor je. Hujan, panas, redah semua. Kalau hujan, anak pergi sekolah dalam keadaan lencun.
Dan esoknya, dia rancang nak bawa mak balik kampung naik kereta barunya.
Yang buat saya rasa lebih terharu... Penjual kereta tu selongkar stor, cari gift.
Bagi gift yang banyak untuk tambah lagi pengalaman paling manis customer dia tu.
Penjual tu cerita, cara customer dia sentuh dan belai kereta tu pun penuh hati-hati. Macam orang pegang kereta Ferrari.
Padahal cuma Axia Rahmah.
Bila hati kita bersyukur, kereta paling simple pun rasa macam Ferrari!
Bukan kurang harta, tapi syukur…
Kadang kita tak perasan. Kita dah ada macam-macam, tapi masih rasa “tak cukup”.
Kereta dah selesa, tapi komplen aircond tak sejuk sangat. Rumah dah elok, tapi asyik tengok rumah orang lain. Baju penuh almari, tapi still rasa tak ada baju nak pakai.
Sebab apa?
Sebab kita kurang satu benda — syukur...
Bila kita bersyukur, benda biasa pun rasa luar biasa.
Kita jadi lebih tenang, lebih hargai hidup. Tak mudah cemburu, tak cepat rasa kecewa.
Hidup kita akan bertambah-tambah baik bila kita lebih syukur.
Sebagaimana janji Tuhan dalam Al-Quran:
"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah lagi nikmatKu kepada kamu. Dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
Belajar hargai apa yang ada
Kisah Axia Rahmah ni ajar kita satu benda penting:
Bahagia tu bukanlah dengan memiliki segalanya, tapi macam mana kita menghargai apa yang kita ada.
Walaupun orang lain pandang kereta kita biasa-biasa sahaja. Tapi bagi kita, itu nikmat yang luar biasa.
Jadi kalau nak bahagia, didiklah diri dengan rasa syukur. Memang nak bersyukur ketika senang lebih susah berbanding bersabar ketika susah.
Salah satu cara didik rasa bersyukur, tengoklah orang yang lebih susah daripada kita supaya kita belajar hargai apa yang kita ada.
Supaya kita tak anggap remeh nikmat yang kita ada.
Mungkin sekarang belum mampu pakai Ferrari, tapi kalau hati penuh rasa syukur... Axia (kereta paling murah) pun dah cukup rasa macam Ferrari (kereta mewah).
Alhamdulillah...
Abu Hurairah r.a. melaporkan, Rasulullah (ﷺ) bersabda,
“Pandanglah orang yang lebih rendah daripada kamu (dalam hal kekayaan dan penampilan fizikal), dan jangan melihat kepada orang yang lebih tinggi daripada kamu, kerana demikian itu lebih baik agar kamu tidak menganggap remeh nikmat Allah yang telah dikurniakan kepadamu.”
(HR Bukhari no. 6490, dan Muslim no. 2963) [Riyadus Solihin, 466]
Zulkifli
Cyberjaya
30 Julai 2025
4 Muharram 1447H
Artikel berkaitan:
- Elak Duit Bocor Dengan Tingkatkan Rasa Syukur
- Baru Sedar, Betapa Mewahnya Aku...
- Cili Mengingatkan Saya Supaya Sentiasa Bersyukur
- Kekayaan Meningkat Bila Tingkatkan Rasa Syukur
- Bahagia Bukan Tunggu Kaya, Tapi Syukuri Apa Yang Kita Ada
- Kekayaan Bukanlah Kemuliaan, Tapi Ujian Untuk Kita Bersyukur
- Mendidik Sabar Dalam Mencari Kekayaan
- Minta Keajaiban Rezeki Dari Tuhan