MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Cili Mengingatkan Saya Supaya Sentiasa Bersyukur

November 10, 2024

Berebut cili setiap kali lepas solat Jumaat. Itulah 'target' saya dan kawan-kawan masa di Penjara Sg Buloh.

Saya tak pernah menghargai cili hidup sebelum tu.

Cili?

Cili tu kan makanan biasa. Harganya pun sangat murah. Tanam sendiri pun boleh.

Jadi apalah sangat cili tu kan? 

Nikmat cili hidup di penjara

Tapi "tidak" masa saya di penjara.

Dapat kutip bawa pulang beberapa batang cili (di keliling surau dalam penjara) ke sel setiap kali lepas solat Jumaat, ya Allah... Happy betul rasanya...

Nikmat rasanya makan tengah hari pada hari tu.

Kami bagi-bagi. Supaya kawan-kawan lain pun dapat merasa.

Tapi cili tak banyak. Ada 2, 3 pokok sahaja. Tak semua yang akan dapat sebab tahanan dari blok bangunan lain pun akan berebut juga.

Betapa nikmat dan happy bila dapat cili... 

Mengingatkan rasa syukur 

Hari ni setiap kali nampak cili, ia menggamit memori saya ketika setahun di Penjara Sg Buloh.

Cili mengingatkan saya tentang syukur...

Ada orang makan makanan di restoran sampai membazir. Makanan yang sedap-sedap tu tak dihabiskan. Dibiarkan terbuang macam tu sahaja... 

Makanan sedap tu tak menggembirakan mereka...

Sedang di sebalik palang besi tu, ada orang bersyukur menadah tangan hanya sebab dapat beberapa batang cili sahaja. 

Mereka gembira dan bersyukur dengan nikmat Tuhan yang ramai orang anggapnya kecil...

Rahsia hidup bahagia

Pengalaman tu membuat saya belajar sesuatu.

Bahagia bukanlah dengan memiliki segalanya. Dan bukanlah dengan memiliki lebih dari apa yang orang lain miliki.

Tapi bahagia tu bila kita tahu menghargai dan bersyukur apa yang Tuhan beri.

Bersyukur dengan apa yang ada dan bersabar dengan apa yang belum ada. 

Kita tak perlu memiliki segalanya untuk bahagia. Tapi tingkatlah rasa syukur dengan apa yang sudah ada. Nescaya hidup kita akan lebih bahagia... InsyaAllah... 

Abu Hurairah r.a. melaporkan, Rasulullah (ﷺ) bersabda,

"Pandanglah orang yang lebih rendah daripada kamu (dalam hal kekayaan dan penampilan fizikal), dan jangan melihat kepada orang yang lebih tinggi daripada kamu, kerana demikian itu lebih baik agar kamu tidak menganggap remeh nikmat Allah yang telah dikurniakan kepadamu.”

(HR Bukhari dan Muslim)

#TabahHadapiMusibah #IslahDiri 

Zulkifli
Jakarta
3 Julai 2024
27 Zulhijjah 1445H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>