"Untung sikit-sikit, untung sama-sama, untung lama-lama.
Kita semua akan berjaya...
"Itulah prinsip yang selalu disebut-sebut oleh Founder Public Gold, Dato Wira Louis Ng.
More...
Sebelum fly ke Surabaya tadi, En Syukor Hashim (dealer Public Gold pertama) share pengalaman, katanya rahsia kejayaan beliau dan #PublicGold disebabkan saling dapat manfaat antara satu sama lain.
Saling dapat keuntungan
Customer dapat manfaat daripada Public Gold; berjual beli emas dengan platform mesra penyimpan emas.
Public Gold juga dapat manfaat daripada customer; keuntungan dari pembelian customer yang setia.
Dealer dapat manfaat dari Public Gold; jana pendapatan dari bisnes emas tanpa perlu buka kedai emas.
Public Gold juga dapat manfaat daripada dealer; "free marketing" dan "free customer support" dari dealer yang sama-sama membangunkan bisnes.
Customer dapat manfaat daripada dealer; ilmu, bimbingan dan bantuan dari dealer terlatih lagi berpengalaman tanpa perlu dibayar.
Dealer juga dapat manfaat daripada customer; insentif hasil pembelian customer.
Hubungan symbiosis, bukan parasit
Customer untung...
Public Gold untung...
Dealer untung...
Semua orang pun untung!
Win-win-win!...
Hubungan ini bersifat symbiosis kata En Syukor.
Bukan hubungan bersifat parasit yang cuma menguntungkan sebelah pihak, dan merugikan pihak yang lain...
Satu masa dulu orang tuduh "Cina guna En Syukor" untuk kaya...
Siapa guna siapa untuk kaya?
En Syukor jawab, "Sebenarnya saya yang guna Cina untuk saya kaya".
"Saya tak ada apa-apa. Saya cuma ada ilmu. Cina itulah yang ada syarikat emas, ada stok emas yang banyak, ada staff sendiri, ada kilang dan cawangan emas sendiri "
"Saya guna semua kemudahan yang Cina itu sediakan untuk saya jadi kaya (sejak 16 tahun lalu)..."
"Sekarang ni siapa guna siapa?", tanya En Syukor...
Haha... Kami rasa macam nak tergelak...Iya, betul juga...
Sebenarnya untuk bina hubungan yang kukuh jangka panjang, kita saling dapat manfaatkan antara satu sama lain.
Hubungan yang membuatkan semua pihak pun untung.
Adil dan saksama untuk semua
Inilah salah satu prinsip "fairness" yang dipegang oleh #FounderPublicGold sejak 16 tahun lalu (tahun 2008).
Dalam membangunkan bisnes, beliau sentiasa mahukan kesaksamaan;
Fair untuk customer...
Fair untuk dealer...
Fair untuk vendor...
Dan fair untuk Public Gold juga...
Itulah yang beliau maksudkan, "untung sikit-sikit, untung sama-sama, untung lama-lama".
Saling dapat untung walaupun tak banyak, barulah hubungan itu akan bertahan lama dan berjaya bersama-sama.
Komuniti emas terbesar
Dan terbukti hari ni sudah Public Gold sudah menjadi sebuah komuniti emas terbesar di Malaysia, dengan jumlah penyimpan emas hampir mencecah 1.5 juta orang. Alhamdulillah...
Dengan prinsip ini juga, pastinya komuniti ini akan terus berkembang di seluruh Asia Tenggara, khususnya di Indonesia. InsyaAllah...
Syukur... Satu mutiara ilmu saya kutip di KLIA Terminal 2 pagi ni sebelum berlepas ke Surabaya untuk #PGSEATripSurabaya. Alhamdulillah...