MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Untung Sikit-sikit, Untung Lama-lama. Hidup Kita Akan Berubah

February 28, 2024

"Untung sikit-sikit, untung lama-lama. Ini dapat ubah kita punya kehidupan", kata Dato Wira Louis Ng, Founder Public Gold.

Saya dah banyak kali dengar kata-kata beliau tu.

Ahad lepas (25 Februari 2024), ketika saya dan barisan Leaders G100 berziarah ke office beliau, beliau ulang lagi kata-katanya yang sama.

Makin lama saya makin faham dan makin banyak bukti-bukti hidup sepanjang 14 tahun bersama dengan Public Gold. 

More...

RM1 juta tak dapat ubah hidup

Katanya lagi, "Kalau dapat duit RM1 juta sekaligus, lepas tu habis, itu tak akan ubah kita punya hidup. Tapi kalau dapat RM100k setahun selama 10 tahun, itu akan ubah kita punya hidup"...

Makin jelas apa yang beliau maksudkan...

Nak kekal berjaya dan nak ubah hidup, ia memakan masa. Kena sabar buat perkara yang betul.

Walaupun Public Gold pengeluar emas fizikal terbesar di Malaysia, PG tak pernah ambil peluang buat skim emas yang pelik-pelik; pelaburan emas yang kena lipat sana lipat sini kononnya lebih cepat kaya.

PG (Public Gold) kekalkan prinsipnya, beli emas mesti dapat emas fizikal. Emas tu kena ada di tangan penyimpan-penyimpan emasnya sendiri. 

Nak kaya memang lambat

Walaupun PG ada kaedah belian Akaun Emas GAP, tujuannya bagi memudahkan penyimpan emas dapatkan emas fizikal. Bukan nak suruh penyimpan emas simpan banyak-banyak dengan Public Gold.

Prinsip pelaburan emas Public Gold sangatlah old school, tapi ianya evergreen. Yang dah diamalkan sejak ribuan tahun.

Beli emas, dapat emas. Titik.

Tak ada apa-apa pulangan, melainkan untung jual emas bila harganya naik tinggi.

Nak untung pun, kena tunggu sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas. Bukan beli emas bulan ni, bulan depan dah untung. Bukan...

Nak kaya memang lambat. Tapi nak jatuh lingkup sangat cepat! 

Nak kaya cepat, lingkup pun cepat!  

Kalau kita buat perkara yang betul dengan sabar, kita tetap akan kaya juga akhirnya. Bahkan kekayaan tu yang lebih kekal dan lebih bertahan lama. InsyaAllah. 

Prinsipnya, "untung sikit-sikit, untung lama-lama". Itulah yang akan mengubah kehidupan kita dan keluarga kita. InsyaAllah...

Skim-skim yang offer untung dengan cepat, bukan sahaja tak akan ubah hidup kita jadi lebih baik. Bahkan ia akan meruntuhkan apa yang sudah kita bina bertahun-tahun lamanya...

Back to zero!...

Bersabarlah dalam membina kekayaan...

Zulkifli
Cyberjaya
28 Februari 2024
18 Syaaban 1445H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>