MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Penagih Dadah, Hati Busuk. Jangan Terima Jadi Pasangan Hidup!

February 29, 2024

Penagih dadah, dan hati busuk! Ini dua ciri yang kumpulan perompak pun tak nak ambil join team mereka.

Waktu saya dalam penjara dulu, saya pernah di tempatkan bersama tahanan dari kalangan kumpulan perompak. Mereka adalah anak muda usia 20-an dan awal 30-an. 

More...

Sukar ubah hati busuk, penagih dadah 

Duduk dalam penjara, bukan boleh buat apa-apa. Jadi saya banyak berbual dengan mereka. 

Salah satu yang menarik perhatian saya ketika kami berbual, katanya, mereka tak akan terima sesiapa jadi ahli kumpulan mereka kalau seseorang itu ada dua perkara.

Pertama "busuk hati". Tak ada semangat setia kawan dan boleh khianat kita pada bila-bila masa. 

Kedua ialah "penagih dadah". Penagih dadah mereka anggap orang yang tak siuman. Itu akan merosakkan perancangan mereka dan akan membocorkan rahsia mereka.

Bukan mudah nak ubah orang yang busuk hati. Dan bukan mudah nak ubah penagih dadah. Mereka ibarat mayat hidup. 

Dan memang betul, akhirnya mereka terpenjara sebab ada di kalangan ahli kumpulan mereka balik kampung hisap dadah.

Berubah dulu sebelum terima 

Ketika ditahan polis, segala rahsia mereka terbongkar dan akhirnya kumpulan mereka ditahan dan dipenjarakan. 

Gara-gara penagih dadah!

Pengalaman kedua, pemerhatian saya, mereka yang sampai lebih 10 kali keluar masuk penjara adalah dari kalangan penagih dadah.

Gara-gara dadah, mereka buat banyak jenayah-jenayah lain.

Jadi pada saya, kalau seseorang tu dah dikenali sebagai penagih dadah dan masih penagih dadah, tak perlulah pertimbangkan untuk terima sebagai pasangan hidup. 

Ia cuma mengundang bala... 

Dari penagih dadah jadi billionaire

Memang ada bekas penagih dadah yang akhirnya jadi orang berjaya macam Grand Cardone, seorang billionaire di Amerika.

Tapi biarlah dia jadi macam Grand Cardone dulu baru terima dia masuk dalam hidup kita. Biar dia benar-benar berubah dulu...

Itu syarat paling utama... 

Allahu 'alam.

Zulkifli
Cyberjaya
29 Februari 2024
19 Syaaban 1445H

#TabahHadapiMusibah

Pengalaman Pn Normaliza Mahadi, seorang kaunselor keluarga berlesen.

Dari penagih dadah tegar, akhirnya jadi seorang billionaire. Itu kisah Grant Cardone, billionaire di Amerika.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>