MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Bunga Bukan Sekuntum, Jadilah Lelaki Yang Kuat Berjuang!

November 21, 2023

Bunga bukan sekuntum... Saya simpati dengan satu posting seorang anak muda yang luahkan rasa kecewa sebab hantaran yang diletakkan pihak keluarga perempuan telalu tinggi. Dia tak mampu katanya. Dan dia luahkan kekecewaan dia di medsos.

Sebagai seorang ayah, yang bakal nikahkan anak-anak perempuan saya, saya nak nasihatkan kepada lelaki bujang yang nak menghalalkan anak dara orang...

More...

Kena terima keluarganya seadanya

Kena ingat... Bila berkahwin, kita bukan sahaja akan hidup dengan isteri kita sahaja, tetapi keluarga isteri kita tu akan jadi keluarga kita juga. 

Kalau keluarga perempuan berkeras dengan meletakkan nilai hantaran tinggi dan kita tak mampu, serta meja rundingan sudah ditutup, move on sahajalah... 

Kita tak perlu keluarkan peringatan dan luahan di medsos kita. Sebab nampak sangat kita adalah loser. 

Memang sebaik-baik perkahwinan itu yang memudahkan. Tapi yang ambil mudah juga tak baik...

Jadilah lelaki yang kuat berjuang

Ibubapa yang besarkan anak mereka bertahun-tahun dan didik dengan baik, tak akan lepaskan anak perempuan mereka kepada lelaki sembarangan.

Saya sebagai bapa yang bertanggungjawab, saya tak akan lepaskan anak-anak perempuan saya kepada lelaki yang lembik, yang tak ada semangat juang! 

Melepaskan anak perempuan kepada lelaki yang macam tu bukanlah ibubapa yang prihatin. 

Kalau betul nakkan anak dia, tunjukkan semangat juang dan berundinglah dengan baik. 

Tak perlu war-warkan di media sosial yang kita tak mampu... Itu hanyalah menunjukkan kita adalah lelaki yang lemah dan tak tahu berunding...

Kuat, bertanggungjawab dan tahu berunding

Dan selayaknya keluarga perempuan tolak lelaki yang lemah dan tak tahu berunding, daripada mereka serahkan anak perempuannya... Belum kahwin dah lembik, nanti dah kahwin lebih teruk lagi...

Nasihat saya, jadilah lelaki kuat semangat berjuang untuk keluarga... Cabaran sebenar dalam berumahtangga lebih berat dari sekadar nak melamar anak dara orang. Nak sempurnakan nafkah itu berat. Nak mendidik isteri dan anak-anak, itu jauh lebih berat.

Ketika masih bujang, binalah kekuatan diri. Tingkatkan ilmu, kukuhkan kewangan, perbaiki diri jadi sebaik-baik lelaki mengikut acuan Allah dan Rasul.

Kalau kita benar-benar lelaki yang baik, bertanggungjawab, dan kuat semangat juang, kita perlu nak mengemis anak dara orang. Nanti berduyun-duyun bakal-bakal mak mertua offer anak dia. Boleh pilih sahaja. InsyaAllah...

Serius saya cakap!

Zulkifli
Cyberjaya
21 November 2023
8 Jamadil Awwal 1445H

#TipIbubapa #TipPengantinLelaki

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>