MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Pasang Niat, Kejayaan Kita Jadi Rahmat Buat Orang Lain

November 22, 2023

“Kejayaan kita akan jadi rahmat buat semua penyimpan emas #PublicGold. InsyaAllah.”

Itu kata-kata saya dalam meeting terawal bersama committee G100 (ketika itu dinamakan MDAC - #MasterDealerAdvisoryCouncil) sebaik sahaja saya bebas dari penjara - 30 Oktober 2020. 

Dengan semangat teamwork ketika itu, saya sangat percaya kami akan jadi team bisnes yang sangat besar. Yang akan jadi rahmat buat seluruh penyimpan emas, khususnya di Malaysia. InsyaAllah.

More...

Bila keluarga sendiri dulu

Setelah 2 tahun saya terpisah dari mereka (disebabkan musibah menimpa saya), keutamaan saya membangunkan team kami sendiri dulu.

Selesaikan urusan keluarga kami dulu.

Nanti bila team kami dah terurus dengan baik, kami akan bantu team lain pula. Team yang kami langsung tak ada keuntungan dari sudut wang ringgit, walaupun 10 sen. 

Kami nak bantu, betul-betul membantu. Supaya sama-sama dapat menikmati kejayaan bersama.

Rahsia kejayaan kami, kami bongkarkan semua, khususnya kepada murid-murid di dalam 5G Associates yang sudah ikuti saya bertahun-tahun. 

Sungguh selfish kalau kejayaan ini kami simpan sendiri. 

Kejayaan kita pada menjayakan orang lain

Bermula dengan impian (hanya impian) untuk mengubah kehidupan 100 keluarga pada tahun 2016, hari ini sudah lebih 200 keluarga yang berjaya kami bantu mendapat pendapatan pasif 4 - 5 angka setiap bulan sambil menyimpan emas. Alhamdulillah. 

Jadi kami mesti bantu yang lain juga. Bantu mereka yang nak dibantu.

Alhamdulillah, walaupun sibuk dengan program G100 Network (network terbesar dealer Public Gold), saya ruangkan juga jadual saya sampaikan ilmu buat murid-murid saya di dalam #5GAssociates.

Walaupun saya tak ada apa-apa keuntungan walaupun 10 sen sekiranya mereka berjaya, tetapi saya (bersama team G100) ambil tanggungjawab membantu mereka supaya sama-sama berjaya.

Hidup ini bukan tentang kejayaan kita seorang diri. Bukan... 

Kejayaan sebenar kita adalah pada menjayakan orang lain. Lagi banyak orang berjaya atas 'sentuhan' kita, lagi besarlah kejayaan kita. InsyaAllah.

Segalanya akan hilang dari kita

Pasti akan tiba waktunya duit, harta, nama, dan pangkat tidak lagi berguna untuk kita.

Yang akan kekal bersama kita selama-lamanya ialah amalan-amalan baik yang pernah kita buat ketika Tuhan limpahkan pelbagai kelebihan kepada kita. 

Jadi berlumba-lumbalah berbuat kebaikan... Lagi besar nikmat yang Tuhan berikan kepada kita, lebih banyaklah kebaikan yang patut kita limpahkan kepada orang lain.

Mudah-mudahan lebih banyak rahmat (kasih sayang) Tuhan sampai kepada orang lain melalui tangan kita. Amiin YRA...

Dan bersegeralah (berbuat amalan) untuk mendapat keampunan dari Tuhanmu dan Syurga yang luasnya seluas langit dan bumi. Yang disediakan (khusus) untuk orang yang bertaqwa. (Iaitu) orang yang menafkahkan (harta dan kelebihan yang ada padanya) di waktu senang mahupun susah, dan orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. (Sesungguhnya) Allah menyukai orang yang berbuat kebaikan” (Ali ‘Imran 3 : 133 - 134)

Zulkifli
Cyberjaya
22 November 2023
9 Jamadil Awwal 1445H

Hari ni G100 adalah network terbesar dealer Public Gold. Memberikan servis kepada lebih 430,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara. Alhamdulillah...

Barisan leaders yang memacu perkembangan team kami hari ini.

“Keseronokkan dapat duit tu sementara saja. Tapi keseronokan buat baik tu kekal selamanya. Berlumba-lumbalah buat kebaikan dengan segala nikmat yang Tuhan kurniakan. Orang yang sibuk berbuat baik, hidupnya pasti akan bahagia. InsyaAllah.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 4 November 2023

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>