[Kemaskini 6 November 2024]
Walaupun kewangan tentang matematik (kira-kira), tetapi kita cenderung buat keputusan dengan emosi. Kemudian kita justifikasikan dengan logik (untuk menyedapkan hati).
Emosi mempengaruhi kita dalam membuat keputusan, samada nak beli sesuatu, nak buat hutang baru, bahkan nak melabur sekalipun!
Bak kata Jim Rohn, “Faktor utama yang menentukan masa depan kewangan kita bukan ekonomi, tetapi psikologi”.
Maksudnya, kalau nak kaya, kita kena cari tip, teknik ataupun strategi yang membuatkan menang dari sudut psikologi, bukan sekadar kira-kira "tambah tolak kali bahagi".
Psikologi menabung setiap bulan
Sebagai contoh; logiknya kalau menabung RM500 sebulan, lepas 10 bulan kita ada RM5,000 (RM500 x 10 bulan) dalam akaun.
Tapi realitinya, cuma segelintir sahaja yang berjaya ada RM5,000 dalam akaun. Selebihnya, duit dia entah ke mana...
Berbeza dengan menabung emas.
Walaupun permulaan kita target nak menabung cuma 1 gram emas setiap bulan, tapi selepas 10 bulan, majoriti sudah ada berbelas gram ataupun berpuluh gram dalam tabung. Bukan 10 gram (1 gram x 10 bulan).
Persoalannya, mana datang lebihan gram tersebut?
Jawapanya ialah emosi kita yang mendorong kita menabung lebih dari target asal kita.
Emas ada auranya tersendiri... Sifat emas tu sendiri yang cantik, membuatkan kita ketagih nak menabung lagi dan lagi.
Bila duit dah jadi emas, kita tak terfikir-fikir lagi nak jual dan belanjakan emas tu. Duit kita selamat dari bocor.
Semua tu bukan tentang logik matematik, tapi psikologi...
Tip kawal emosi untuk kaya
Jadi untuk kaya, kita kena cari TEKNIK yang dapat kawal emosi untuk terus buat perkara yang betul, yang mendorong kita jadi lebih kaya.
Berdasarkan pengalaman saya sendiri, ini antaranya tip dan prinsipnya:
- Simpan dulu, belanja selebihnya - Nak menabung kena paksa. Jangan tunggu duit lebih. Sebaik sahaja dapat gaji, potong siap-siap sekurang-kurangnya 10% untuk simpanan. Kemudian berbelanjalah selebihnya...
- Adakan simpanan untuk dilupakan ("forgotten saving"). Lepas simpan kena lupa. Jangan diingat-ingat. Lagi diingat-ingat, lagi cepat duit tu habis...
- Tukar simpanan tunai jangka panjang kepada aset fizikal seperti emas dan hartanah supaya menghilangkan nombor. Nanti sedar-sedar harga emas dan hartanah sudah mahal.
- Sulitkan pengeluaran simpanan - Simpanlah duit tempat yang tak terlalu mudah dan tak terlalu susah dikeluarkan, macam ASB atau Tabung Haji. Jangan link dengan mana-mana kad ATM atau online banking. Lagi mudah dikeluarkan, lagi cepat duit tu habis...
- Ambil tempoh bertenang sebelum berbelanja - sebelum nak beli sesuatu dalam jumlah besar, ambil tempoh bertenang dulu. Fikir masak-masak sejauh mana keperluannya. Tangguhkan seketika, jangan terus beli.
- Minimumkan wang tunai dalam tangan (e-wallet) - jangan bawa cash yang banyak, dan jangan top-up baki yang banyak dalam e-wallet. Buat bajet, dan minimumkan. Top-up sikit-sikit supaya kita sedar duit kita mengalir keluar.
- Tutup idea untuk berbelanja, uninstall shopping apps; buang tabiat suka window shopping (saja-saja pergi shopping mall), elakkan pusing satu pasar malam, terus buang semua brosur shopping dari post box tanpa membeleknya, dan yang penting, unistall shopping apps. Guna bila benar-benar perlu sahaja, lepas tu unistall.
- Bayar hutang secara potongan gaji - Supaya tak terlupa dan tak terbelanja duit tu. Perkara yang betul untuk kita buat, sepatutnya tak perlu buat decision lagi. Auto-kan sahaja...
- Menabung secara potongan gaji atau auto-debit. Kalau nak menabung pun, menabunglah secara auto-debit. Supaya kita auto-menabung setiap bulan. Bagi penyimpan emas Public Gold, menabung melalui kaedah GAP Auto-Debit supaya kita auto-menabung setiap bulan tanpa perlu buat "decision" lagi (setiap kali nak menabung).
- Potong semua kad kredit kecuali satu. Jadikan kad kredit tu sebagai kaedah pembayaran sahaja, bukan untuk berhutang, dan bukan sebagai 'dana kecemasan'. Sebelum swipe kad tu, pastikan dah ready duit untuk pembayaran (tutup hutang).
- Bantu orang yang lebih susah melalui zakat dan sedekah supaya lebih bersyukur dan hargai apa yang kita sudah ada (miliki). Dan tak terkejar-kejar nak beli apa yang belum ada yang akhirnya membuatkan kekayaan kita bocor...
- Join circle (rakan pergaulan) yang betul - Iaitu circle yang sentiasa fokus bina kekayaan. Bukan yang bermewah-mewah dan boros berbelanja. Tanpa sedar, kita adalah produk persekitaran kita. Dengan siapa kita berkawan rapat, ia juga bakal menentukan tahap kewangan kita beberapa tahun akan datang.
- Jangan sesekali melabur, kecuali dengan duit yang kita sanggup lebur. Guna duit lebihan supaya ia tak ganggu emosi dalam buat keputusan secara rasional. Kalau tak ada duit lebih, jangan sibuk nak melabur. Fokus cari duit (dengan bekerja atau berbisnes) dan menabung sahaja...
Mudah-mudahan tip ni dapat bantu kita semua jadi lebih kaya, dan kekayaan kita itu nanti menjadi rahmat juga buat orang sekeliling kita. InsyaAllah...
Zulkifli
Cyberjaya
23 November 2023
10 Jamadil Awwal 1445H
- Kawal emosi dalam mengurus kewangan - FB (2016)
“Wealth are acquired by 20% head knowledge and 80% behavior” – Zig Ziglar