MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Nak Berjaya Menabung Kena Paksa Sampai Terbiasa

August 23, 2023

Nak menyimpan memang kena paksa. Tak boleh tunggu duit lebih baru nak menyimpan.

Dapat gaji, pejam mata dan paksa diri menyimpan sekurang-kurangnya 10% dari gaji (selebihnya baru berbelanja). Paksa, paksa, dan paksa sampai terbiasa - jadi tabiat. 

Bila dah jadi tabiat, barulah kekayaan akan sentiasa bertambah.

More...

Mula-mula Kena Paksa Dulu

Kalau dulu rasa happy bila berbelanja. Tapi sekarang rasa happy bila tengok jumlah tabungan dan harta bertambah-tambah dari semasa ke semasa. Dah tak rasa nak berbelanja yang bukan-bukan macam dulu dah.

Kuncinya ialah kena PAKSA. 

Sebenarnya apa pun perkara baik yang kita nak buat, memang permulaannya kena paksa. Paksa diri sampai terbiasa... 

Macam kena paksa gosok gigi masa kecil dulu. Daripada mula-mulanya kena paksa, akhir sekali kita terbiasa dan rasa selesa... Bahkan rasa tak selesa kalau tak gosok gigi.

Macam tu jugalah paksa diri menabung setiap bulan. 

Bukan Tentang Jumlah, Tapi Tabiat

Mula-mula memang kena paksa. Saya dulu pun paksa diri saya menabung RM20 setiap bulan. Paksa diri buat potongan gaji terus masuk akaun Tabung Haji. Itu sahajalah jumlah yang saya mampu paksa diri waktu tu. 

Menabung ni sebenarnya bukan tentang berapa jumlahnya, tapi tentang tabiat. Kena paksa buat perkara betul. Hingga sampai satu tahap, ia dah jadi sebahagian daripada tabiat diri kita. Dan rasa tak lagi selesa kalau tak menabung setiap bulan.

Kalau dah mula rasa ralat dan bersalah bila tabungan tak bertambah pada sesuatu bulan, itu maksudnya tabiat orang kaya dah mula melekat pada diri kita.

Maka jadi kaya tu hanyalah persoalan masa sahaja. InsyaAllah...

Allahu 'alam.

Zulkifli
Cyberjaya
20 Ogos 2023
3 Safar 1445H

#BukuWangEmas #BukuMisiBebasHutang

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia).

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>