"Eh, Abang naik MRT? Kenapa tak naik Grab?"
"Tak apalah... Naik MRT jimat sikit. Lagipun Abang tak urgent pun..."
Perbualan ringkas masa isteri hantar saya ke stesen MRT tengah hari tadi. Saya ada appointment sekejap di KL siang tadi. Naik MRT, selain jimat, dapat paksa diri untuk exercise. Ambil peluang bakar kalori terus...
More...
Silap Potong Kos Sara Hidup
Banyak yang fikir, nak kaya kena "ikat perut". Kena potong bajet makan minum... Kena berlapar atau cuma makan satu lauk... Bila fikir nak berjimat sahaja, perbelanjaan pertama yang dia akan potong ialah kos makan.
Pada saya sebenarnya tak perlu pun. Kos besar yang membebankan kewangan kebanyakan daripada kita bukanlah kos SARA HIDUP, tapi kos GAYA HIDUP.
Bila pendapatan meningkat, dia terus upgrade gaya hidup. Belum apa-apa lagi dah tukar kereta baru.
Bila nak kurus, dia bayar gym, beli alat exercise mahal-mahal yang akhirnya tersadai tak digunakan.
Mentang-mentanglah income dia dah besar. Saja cari alasan untuk belanjakan duit. Sedangkan saving dan harta pun belum cukup kalau apa-apa terjadi dalam hidup dia.
Dia tak sedar kewangan dia masih lagi tahap "kais sebulan makan sebulan"!
Waktu Terbaik Tambah Harta
Untuk jadi lebih kaya, sebenarnya yang kena 'ikat' ialah gaya hidup yang tak sudah-sudah itulah, bukan ikat perut!
Ketika pendapatan tengah baik, kerjaya tengah stabil, maintainlah gaya hidup tu dulu.
Itulah waktu terbaik untuk cukupkan saving sekurang-kurangnya 12 bulan pendapatan, dan beli hartanah pelaburan (yang dapat bagi cashflow positif) sebagai 'insuran' masa depan sekeluarga.
Itulah nasihat yang selalu saya titipkan kepada murid-murid saya, dan sebagai peringatan untuk diri saya juga.
Ketika langit masih cerah, sediakanlah payung sebelum hujan... Hiduplah seadanya hari ini kerana hari esok belum tentu hujan panasnya...