MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kerana Birokrasi SOSMA, Saya Terpaksa Mengaku Bersalah!

August 25, 2023

Macam pengguin... Itulah keadaan saya ketika dipindahkan dari Penjara Kajang ke Penjara Tapah (November 2019).

Stesen Petronas R&R Tapah ini mengingatkan semula memori saya waktu itu. Iaitu ketika tangan, kaki dan pinggang saya digari. 

Nak jalan pun susah. Langkah kecil-kecil macam penggiun. Sampai sakit kaki saya melangkah sebab kedua-dua belah kaki saya tercekik dengan gari.

Habis banduan lain tengok pada saya ketika saya di escort keluar dari Penjara Kajang.

More...

Macam tahanan Guantanamo

"Ini kes apa ni?" Tanya mereka hairan.

Kes jual dadah dan bunuh orang pun tak kena gari sampai macam ni. Tapi "Abang ni kes apa?" Tanya mereka sungguh hairan.

Waktu tu, itulah SOP membawa Tahanan SOSMA. Memang betul-betul macam pengganas yang ditahan di penjara Guantanamo. 

Bezanya cuma muka saya tak ditutup sahaja dan pakain saya serba putih.

Waktu tu baru 10 hari saya dijatuhkan hukuman 3 tahun penjara. Dan itulah hari yang paling saya banyak menangis dalam hidup saya.

Kenapa saya sangat terkilan?

Saya tak terkilan kalau duit RM200 saya berikan memang untuk keganasan (mencederakan atau membunuh orang lain).

Tapi saya terkilan sebab saya hulurkan duit atas dasar ihsan kemanusian. Untuk makan minum kenalan lama saya yang saya percaya dia dan isteri serta anak-anak kecilnya dalam kesusahan. 

Saya masih ingat kata-kata dia, "kalau demo boleh bagi sumbangan, boleh la kawe makan sedap sikit dengan isteri dan anak-anak kawe di sini". Sambil dia tunjukkan foto dia bersama anak kecilnya yang comel.

Jadi tak sampai hati saya untuk tidak hulurkan sumbangan. Apatah lagi Allah kurniakan kesenangan kepada saya dari sudut kewangan pada ketika itu. 

Sesiapa pun tak boleh terima!

Saya menangis, kenapa sampai hati saya diperlakukan begini? Butakah hati mereka meneliti fakta kes saya? Hingga di dalam mahkamah, saya digambarkan sebagai orang jahat yang patut dijatuhkan hukuman yang berat.

Saya pilih mengaku bersalah bukan sebab saya bersalah, tapi sebab birokrasi perundangan yang cukup zalim.

Kalau Dato Seri Najib dihukum penjara setelah dibicarakan di 3 mahkamah (Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, dan Mahkamah Persekutuan) selama 4 tahun pun masih ada pihak rasa dia tidak diberikan keadilan yang cukup, tapi saya dipenjarakan terlebih dahulu sebelum dibicarakan! 

Walhal saya tidak mencuri atau mengambil hak orang lain. Bahkan saya mengeluarkan duit saya untuk membantu orang dalam kesusahan!

Dihukum tanpa buat kerosakan

Dalam kes saya, tidak ada apa-apa kerosakan atau kemusahan harta mahupun nyawa pun yang berlaku. Bahkan tidak ada sehelai bulu roma pun yang gugur gara-gara sedekah RM200 itu!

Jadi kenapa saya dihukum dan dihumban ke penjara sampai 3 tahun lamanya?

Semua orang pun tak boleh brain...

Di hadapan saya cuma ada 2 pilihan, samada "mengaku bersalah" atau "mengaku tidak bersalah". Tetapi kesannya tetap sama, saya tetap akan dihukum!

Salah atau tak bersalah, tetap dihukum!

Pilihan pertama, lalui jalan yang panjang, iaitu minta dibicarakan dan lawan kes sampai habis. Kalau kalah ataupun memang sekalipun, dipenjarakan lebih lama (hukumannya lebih berat)! 

Pilihan kedua, lalui jalan yang pendek, iaitu ambil offer daripada pihak pendakwaan untuk mengaku bersalah dan terus dihukum dengan hukuman lebih pendek.

Kedua-dua pilihan tersebut, pengakhirannya tetap sama. Saya tetap akan dihukum!

Dengan kata lain, kalau saya tak mengaku bersalah, saya terpaksa merengkok dalam penjara lebih lama! 

Memori di Petronas R&R Tapah arah utara

Bila singgah di Petronas ini, saya teringat kebaikan warden penjara yang belanja saya makan roti.

Mungkin dia tahu perut saya sedang lapar. Tak sempat breakfast di Penjara Kajang pagi tu sebab tiba-tiba kena panggil untuk dipindahkan ke Penjara Tapah. 

Saya berada dalam van penjara itu dalam keadaan semua bergari dan sangat tak selesa. Driver van singgah isi minyak dan warden pengiring itu keluar belikan makanan dan berikan saya untuk alas perut.

Sambil seorang lagi warden yang menunggu dalam van lengkap dengan senjata api untuk mengiring saya.

Kebaikan warden tersebut saya masih ingat sampai ke hari ini walaupun saya lupa siapa orangnya. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya...

Zulkifli
Cyberjaya
24 Ogos 2023
7 Safar 1445H

#TabahHadapiMusibah

Insert Content Template or Symbol

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>