MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Derita Bekas Tahanan SOSMA Setelah Bebas

Berat... Derita tu saya pun alaminya sampai ke hari ni.

Pengalaman PMX dipenjarakan secara zalim bukanlah ujian yang ringan. Sehingga Nabi s.a.w pernah mengakui yang baginda pun tak sekuat Nabi Yusof a.s. kalau diuji dengan ujian penjara sebegitu.

Deritanya bukan hanya ketika dipenjarakan, tapi penderitaan tu tetap dialami walaupun lepas bebas dari penjara.

Saya dan isteri pun pernah rasa apa yang PMX dan keluarganya pernah lalui... 

More...

Titik Terendah Dalam Hidup

Saya tengok teaser filem "Anwar : Untold Story" tu pun cukup membuatkan saya menangis. Terkenang balik detik-detik paling rendah dalam hidup saya dan isteri serta anak-anak.

Bezanya PMX lebih lama dalam penjara, dan dia ada banyak penyokong yang membela dia...

Saya tak lama, cuma 2 tahun. Tapi lamanya waktu 2 tahun tu saya rasa 6 tahun!

Dan saya cuma rakyat marhaen yang suara saya tiada siapa mendengarnya walaupun kami menjerit meminta tolong pada dunia pada ketika itu.

Memang ada kenalan terdekat yang cuba membantu apa yang termampu, tapi derita sekelompok kecil rakyat marhaen ini kerajaan tak ambil peduli.

Penderitaan kami tak ada apa-apa kepentingan untuk survival politik mereka.

Derita Rakyat Marhaen

Jadi saya boleh faham trauma, kecederaan emosi dan mental yang dialami setelah lalui fasa ini... Parut tu tak mungkin akan hilang sampai mati... 

Itulah sebab kenapa saya tak boleh berdiam diri dari berceritakan tentang undang-undang kontroversi SOSMA. Ia undang-undang yang zalim.

Saya dah rasa betapa peritnya orang yang tidak buat jenayah dan tidak pernah terfikir dalam benak fikirannya untuk buat jenayah, tapi tidak berpeluang mendapat keadilan untuk membela dirinya dengan undang-undang yang ada...

Walaupun begitu, syukur alhamdulillah, saya terkurung cuma 2 tahun.

Kalau lebih lama dari tu, saya fikir mungkin saya kehilangan isteri selama-lamanya disebabkan kesan tekanan mental dan emosi yang dia lalui sepanjang 2 tahun tersebut. Ianya sangat perit...

Trauma Setelah Dibebaskan

Dan kesannya tak habis cuma 2 tahun itu...

Derita tu saya masih rasai sampai hari ini...

Kesan yang dilalui oleh kenalan-kenalan yang senasib dengan saya ada yang lebih berat lagi...

Ada yang jadi gila dan banyak yang sakit mental... Bahkan ada keluarga mereka yang terkejut dan tak boleh terima setelah mereka bebas. 

Walaupun mereka masih orang yang sama, tapi mental mereka tak sama macam apa yang keluarga mereka kenal dulu...

Mudah-mudahan penderitaan yang kami lalui itu menjadi asbab Tuhan permudahkan kami untuk ke Syurga... Amiin ya Allah...

Zulkifli
Cyberjaya
22 Mei 2023
2 Zulkaedah 1444H

#TabahHadapiMusibah

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>