MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kali Pertama Terbang Setelah Bebas Dari Penjara

December 28, 2020

Setelah 2 tahun (terpenjara), baru berpeluang pulang ke kampung halaman hari ini. 

Dalam 2 tahun itu juga, isteri dan anak-anak hanya duduk di Cyberjaya dan tidak pernah berpeluang balik kampung.

Memandangkan kes harian Covid-19 masih tinggi (sekitar 2,000 kes baharu setiap hari), kami pulang berdua saja dulu. Demi menjaga keselamatan anak-anak dan orang tua di kampung.

Entah kenapa, tiba saja di KLIA2 ini, hati saya rasa sangat teruja, bersemangat dan terharu.

Memori Di KLIA2

Pertama sekali, tentunya sebab kami akan pulang bertemu Mama dan Abah yang sudah 2 tahun kami tidak dapat pulang ziarahi mereka di kampung.

Keduanya, KLIA ini adalah rumah kedua saya dan isteri. Kami berpindah dari Damansara Damai ke Cyberjaya supaya lebih dekat dengan KLIA.

Rutin mingguan saya dulu ialah terbang ke seluruh Malaysia dan Indonesia menyampaikan ilmu. Sampai saya sudah arif benar tentang KLIA dan flight yang ada di KLIA...

Jejak saja kaki di KLIA ini, semangat untuk saya sampaikan ilmu ke Indonesia juga berbuak-buak.

Public Gold Indonesia

Team #PublicGoldIndonesia hari ini dipimpin oleh Bu Pid Ressy Miryanti dan suaminya Pak Bachtiar R. Pudya.

Saya tahu tanpa kehadiran saya ke sana, ia agak mencabar bagi mereka. Tapi jangan bimbang, saya, #PublicGold dan #PGG100Network akan terus support bisnes di Indonesia.

Kami mempunyai rencana yang besar untuk pasaran Indonesia.

Kami jangka market Indonesia akan mendapat hasil yang besar setahun dari sekarang, insyaAllah.

Indonesia adalah market yang sangat besar untuk saya, Public Gold dan team #PGG100Network terokai.

Indonesia tunggu!  

Kami pasti akan datang! InsyaAllah.

Syukur, alhamdulillah. 3 hari yang betul-betul sibuk bersama keluarga dan saudara masa setelah 2 tahun tak bersua muka.

Fokus Masa Bersama Keluarga

Hanya duduk di rumah dan terima ziarah dari saudara mara dan beberapa kenalan. Tak sempat jumpa banyak kenalan yang berjumpa, terutamanya untuk bisnes.

Fokus pulang ke kampung kali ini benar-benar untuk Mama dan Abah serta adik-beradik.

InsyaAllah dalam waktu terdekat akan pulang lagi.

Dari Cyberjaya ke Kelantan dekat saja. Lebih kurang 1 jam setengah saja dari rumah kami di Cyberjaya.

Mohon maaf kepada kenalan-kenalan yang nak jumpa tapi saya tak berkelapangan waktu. InsyaAllah kita akan jumpa nanti.

Zulkifli
Cyberjaya
28 Disember 2020
13 Jamadil Awwal 1442

#TabahHadapiMusibah #FamilyTime

Terima kunjungan dari murid-murid saya team Public Gold Kelantan. KLIK DI SINI.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>