MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Championship Ini Untuk Kalian!

January 30, 2021

Championship ini untuk kalian!

Tak tahu apa nak cakap. Saya tidak layak terima anugerah kali ini.

Anugerah kali ini adalah 100% milik kalian. Kalian yang mempercayai dan membantu saya.

Anugerah kali ini adalah untuk prestasi tahun kewangan 2019/2020. Ia dikira bermula dari 1 April 2019, dan berakhir pada 31.3.2020. Ia tempoh di mana saya langsung hilang upaya untuk menjalankan bisnes.

Titik Paling Rendah Dalam Hidup

Saya tidak ada upaya, melainkan hanya berdoa sahaja supaya Allah menjaga bisnes yang sudah saya bina sejak 2010 yang lalu.

Sepertimana yang ramai sedia maklum, tempoh itu adalah tempoh saya melalui titik paling rendah dalam hidup saya. Tempoh ini adalah tempoh saya lebih banyak menangis dari ketawa.

Tempoh ini tidak ada apa yang mampu saya lakukan, melainkan hanya berdoa dan menyampaikan pesanan sahaja buat murid-murid yang saya sayangi.

30.10.2018 - 30.10.2020 adalah tempoh saya hidup sebagai seorang tahanan dan banduan. Yang setiap hari saya hanya melihat dinding dan palang besi sahaja.

Hari-hari di mana taraf layanan yang saya terima hanyalah seperti seorang hamba sahaja. 

Jadi tak ada apa yang boleh saya banggakan dengan pencapaian ini.

Championship Ini Untuk Kalian

Maka pencapaian saya untuk kali ini saya kreditkan 100% untuk kalian. Kalian yang mempercayai dan membantu saya di saat saya melalui fasa paling sukar dalam hidup saya sekeluarga.

Puji-pujian bagiMu Ya Allah. Tidaklah kami memiliki segalanya ini, melainkan Engkaulah yang meminjamkan sahaja kepada kami. Ini semua kurniaan yang Engkau limpahkan kepada kami, supaya kami jadi orang yang bersyukur...

Terima kasih Dato Wira Louis Ng dan Datin Wira Yvonne Lim di atas peluang yang diberikan kepada saya dan isteri Najdah Mohammed Hussain dengan menyediakan platform bisnes yang sangat bagus untuk kami mengubah hidup kami.

Daripada orang biasa-biasa yang kerja keluar pagi balik petang dengan pendapatan sekadar cukup makan, hinggalah menjadi seorang yang financially free. Alhamdulillah. 

Terima kasih Ahli Keluarga

Terima kasih yang tak terhingga kepada insan yang paling penting dalam hidup kami, iaitu kedua ibu bapa kami serta adik beradik kami. Terima kasih atas doa serta sokongan dan dorongan kalian selama ini.

Tanpa doa serta sokongan kalian, kami takkan berada di sini. 

Buat kelapan-lapan anak kami, Aisyah, Amal, Anis, Fathi, dan Hifdzi, terima kasih kerana menjaga adik-adik i.e. Hasan, Muaz dan Anas dengan baik sepanjang Papa Mama bekerja keras membina bisnes ini demi masa depan kalian.

Terima kasih Mentor

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada best of best mentor kami, Mahaguru En. Syukor Hashim & Cik Jun Jonaina Nordin atas ilmu, bimbingan dan dorongan untuk kami terus maju dalam bisnes ini. Sepatah nasihat kalian, besar impaknya pada bisnes dan kehidupan kami.

Dan terima kasih kerana menjaga #PGG100Network sepanjang 2 tahun musibah itu terjadi kepada kami. Hanya Allah sahaja mampu membalas jasa baik kalian kepada kami.

Terima kasih Staff Public Gold

Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Mr. Harrison Chiang dan Mr. Kenneth Cheang Chee Wah di atas sokongan mereka serta nasihat yang diberikan yang menyedarkan kami bisnes ini bukan tentang kami, tapi ianya tentang apa yang kami boleh berikan kepada orang lain.

Terima kasih buat semua staff merangkap keluarga Public Gold di HQ dan di semua branch di Malaysia dan Indonesia terutamanya home branch kami, Sunway, Miera Umaira, Yatie & Roman Loh di atas servis terbaik yang kalian semua berikan kepada semua customer di bawah network kami.

Terima kasih Team G100

Terima kasih juga kepada semua dealer di bawah network kami iaitu G100 Network di atas kepercayaan kepada mentorship dan leadership kami. 

Khusus buat murid kami Tuan Muda Syarif Jamil yang mengambil tanggungjawab memimpin G100 Network dengan dibantu oleh En. Haris Halim, En. Mohamad Hafiz Shafie, Dr. Mu'az Mahadzir, Ustazah Nor Azah Ahmad, Pn. Emellia Maskor, Pn. Norhafizah Abdullah, En. Haniff Mohammad dan semua yang lain yang tak mampu saya sebutkan nama satu persatu. We love you all!

Terima kasih Bu Pid Ressy Miryanti dan Pak Bachtiar R. Pudya kerana memimpin team G100 Network Indonesia. Dan En. Mohammad Redzuan Meludin dan En. Zul Hilmi kerana memimpin team G100 Network Brunei.

Terima kasih rakan Public Gold

Terima kasih kepada murid kami En. Khaja Nazimudeen Yaacop serta isteri Pn. Siti Rosniza Mohd Amir dan Abang Long Fendy Rusli Upp serta isteri Pn. Niny Marnismal kerana banyak membantu isteri saya dan melayan anak-anak kami sepanjang ketiadaan saya di sisi mereka.

Terima kasih kepada sahabat saya Ustaz Khairul Anuar Basri kerana menjenguk saya di penjara dan di mahkamah dan sangat perihatin atas musibah yang menimpa kami sekeluarga.

Terima kasih penyimpan emas

Terima kasih kepada semua lebih 90,000 penyimpan emas di bawah G100 Network di seluruh Malaysia, Singapore, Brunei & Indonesia kerana mempercayai kami dan team kami.

Tanpa kepercayaan anda semua, kami takkan berada di tahap ini. 

Terima kasih juga kepada semua dealer serta customer Public Gold keseluruhannya kerana memeriahkan dunia emas dan bersama-sama membina bisnes secara harmoni.

Tahniah semua achievers!

Kami juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua achievers pagi tadi. Insya Allah next recognition, akan ada lebih ramai lagi achievers.

Bagi yang tidak dapat apa-apa award hari ini, insya Allah akan datang adalah giliran kalian. Asalkan kalian mempunyai impian yang besar, sanggup belajar dan berusaha untuk berjaya. Insya Allah kejayaan akan jadi milik kalian.

Last but not least, tahniah buat semua staff Public Gold yang telah bertungkus lumus menjayakan FB Live Award Recognition pagi tadi. It was a superb event!

Terima kasih, terima kasih, dan terima kasih!

Anugerah ini adalah milik kalian!Jumpa kalian semua di puncak kejayaan! Insya Allah.

Bagi yang tidak sempat tonton Live pagi tadi, boleh tonton rakaman di https://fb.watch/3l1XooBHTR/

Zulkifli
Cyberjaya
30 Januari 2021
16 Jamadil Akhir 1442

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>