Jumpa face to face juga baru best nak bersembang tentang bisnes. Sedar tak sedar, 3 jam lebih kami bersembang di Starbuck D'pulze Cyberjaya tadi.
Lebih 2 tahun tak berpeluang bersemuka begini, jadi banyak yang dapat kami bertukar-tukar idea tadi, alhamdulillah.
Terima kasih En Syukor Hashim yang singgah ziarah saya tadi.
Sepanjang 2 tahun ketiadaan saya, beliaulah yang sebenarnya yang ambil berat tentang bisnes dan team bisnes yang sudah bertahun-tahun saya bangunkan.
Saya rasa sangat secure membina bisnes dan memimpin empayar bisnes Public GOld saya sebab ada mentor yang sudah lebih 12 tahun pengalaman bersama #PublicGold yang sentiasa bersedia untuk memberi tunjuk ajar, berkongsi pengalaman, dan mengingatkan saya tentang blind spot saya.
Dan sentiasa mahu lihat saya berjaya dalam bisnes.
Jadi saya kena sentiasa pastikan mindset saya sync dengan mindset mentor saya ini, supaya kami dapat terus membina kejayaan bersama. InsyaAllah.