Kesian... Hanya gara-gara lantang di Facebook tentang isu keganasan global, Pak Abu (bukan nama sebenar) seorang pesara kerajaan berusia pertengahan 60-an dipenjarakan selama 6 tahun dengan tuduhan menyokong keganasan...
Beliau ditempatkan bersama saya ketika saya dipenjarakan di Penjara Sg. Buloh (Selangor), dan kemudian di bawa ke Penjara Tapah (Perak).
Selesai menjalani hukuman 6 tahun penjara, kini saya dapat berita daripada anak beliau, pencen kerajaan beliau hasil penat lelah berkhidmat sebagai guru selama lebih 30 tahun kini dihentikan!...
More...
Duit Pencen Terhenti Bila Terpenjara
Saya baru tahu, rupa-rupanya perkara ini memang sudah termaktub di dalam Akta Pencen 1980 [Akta 227] dan Akta Pencen Badan Berkanun Kuasa Tempatan [Akta 239].
Sebenarnya undang-undang tersebut pada saya adil.
Cuma dalam kes Pak Abu, saya rasa tak adil untuk beliau.
Kerana Pak Abu yang saya kenal selama 2 tahun dipenjara, bukanlah seorang penyokong keganasan. Dia seorang yang berilmu.
Dia seorang guru bahasa Inggeris, tetapi dia mahir berbahasa Arab dan banyak membaca kitab-kitab berbahasa Arab.
Kalau saya kurang jelas tentang maksud ayat-ayat Al-Quran dan Hadis, saya sering rujuk pada Pak Abu untuk dapatkan pandangan beliau.
Gara-gara dia lantang suarakan pandangannya tentang isu keganasan yang mana selama ini sentiasa dikelirukan oleh media barat untuk memburukkan umat Islam, akhirnya beliau ditahan di bawah Akta SOSMA dan dipenjarakan selama 6 tahun.
Sudah Jatuh Ditimpa Tangga
Sudahlah dipenjarakan dalam keadaan kesihatan beliau sangat menyedihkan. Kini bayaran pencen beliau sebagai pesara kerajaan juga dihentikan!
Saya doakan Allah berikan kesabaran untuk beliau, dan gantikan apa yang hilang daripada beliau dengan rezeki yang lebih baik. Amiin ya Rabbal 'Aalamiin.
Melihat kes yang terjadi kepada Pak Abu, ia membuktikan "skim pencen" bukanlah jaminan yang terjamin bagi penjawat awam.
Kita tak boleh hanya mengharapkan satu sumber pendapatan untuk bersara.

Baca pengumuman yang dibuat oleh Bahagian Pencen JPA DI SINI.
Bina Harta Sementara Masih Bekerja
Walaupun kita adalah orang baik dan bukan penjenayah, tetapi apa-apa pun boleh terjadi kepada kita seperti mana Pak Abu.
Ketika masih mampu bekerja, sentiasalah menabung sebahagian daripada pendapatan. Bila tabungan sudah cukup, tukarkan duit tabungan itu menjadi harta-harta yang boleh menjana cashflow sebanyak mungkin.
Kalau apa-apa terjadi, sekurang-kurangnya kita masih mempunyai harta dan sumber pendapatan pasif sendiri untuk kelangsungan hidup.
Allau a'lam.
Zulkifli
Cyberjaya
8 Mac 2023
15 Sya'ban 1444H
Artikel berkaitan:
- Jaminan bagi Seorang Pekerja ialah Berhenti atau Diberhentikan!
- Jawatan Itu Bukan Milik Kita. Buat Dua Persediaan Ini Sebelum Terlambat!
- Kerana Mulut Badan Binasa, Celupar Mulut Jasad Terpenjara!
- Pengalaman Penjara Mengajar Saya Erti Bersyukur
- Momen Paling Indah Saya Bersama Isteri
- Emas Menyelamatkan Saya Ketika Akaun Bank Dibekukan
- SOSMA, Tahanan Tak Bersalah Tetap Dihukum