MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kerana Mulut Badan Binasa, Celupar Mulut Jasad Terpenjara!

July 19, 2023

Nampak remeh. Tapi padahnya berat untuk ditanggung.

Pengalaman 2 tahun terpenjara, saya jadi saksi banyak yang merengkok bertahun-tahun dalam penjara gara-gara komen dan sembang berlebihan di medsos. Macam sembang di kedai kopi. Tak berbaloi...

Maka ingatlah pesan Nabi s.a.w; bercakap baiklah... Atau diam itu lebih baik.

Zaman Sudah Berubah

Saya turut simpati kepada Pakcik yang didakwa ni Mahkamah Sesyen Ipoh baru- baru ini... Habis duit, habis masa, dan menyusahkan diri sendiri dan ahli keluarga gara-gara bersembang dalam group WhatsApp!

Tak berbaloi!...

Apa yang kita semua patut sedar, kita bukan lagi hidup di zaman orang boleh sembang sembarangan di kedai kopi. Zaman tu sudah berlalu.

Dulu orang boleh sembang, mengecam atau memfitnah sesiapa sahaja tanpa risiko didakwa di mahkamah.

Sebab zaman dulu, ia habis setakat di kedai kopi. Kalau ada yang marah, hanya setakat bertepuk meja di kedai kopi sahaja.

Tapi sekarang zamannya berbeza.

Perbualan, perkataan dan perbuatan kita dirakamkan. Samada dalam bentuk tulisan, audio ataupun video. Dan ianya boleh disebarkan kepada kelompok yang mungkin menafsirkan dalam konteks yang jauh daripada apa yang sebenarnya kita maksudkan.

Bukti Yang Tidak Boleh Disorokkan

Tapi malangnya, bukti-bukti perbuatan itu jelas; yang kita adalah pelakunya. Dan bukti-bukti itu cukup untuk didakwa di mahkamah - sama ada dalam bentuk teks, foto mahupun video.

Ketika 2 tahun saya di penjara, banyak yang saya jumpa kes merengkok bertahun-tahun dalam penjara hanyalah kesalahan yang tarafnya cuma "sembang kedai kopi" sahaja - pada pandangan kita.

Tapi bila dibawa ke mahkamah, ia boleh dihujjahkan sebagai mendatangkan ancaman dan ketidakharmonian dalam masyarakat, yang akhirnya tetap dipenjarakan!

Tak berbaloi...

Jadi saya nasihatkan kepada kawan-kawan; berkatalah yang baik, atau diam sahaja.

Kalau tak ada kata-kata atau komen yang baik-baik di media sosial, diam itu jauh lebih baik.

Kita tak nak jadi seperti pepatah Melayu; "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa"!

Allahu a'lam.

Zulkifli
Cyberjaya
13 Julai 2022
13 Zulhijjah 1443

Daripada Abu Hurairah r.a., daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda; Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau hendaklah dia diam (sahaja)” 



(HR Bukhari no. 6018) (HR Muslim no. 47) [Riyadus Solihin no. 1511]

“Satu butang share boleh membuatkan seseorang itu terjun ke Neraka, dan boleh mendorong dia ke Syurga. Bagaimana seseorang itu jaga mulut dan kemaluan dia, boleh menentukan nasibnya ke Syurga ataupun Neraka. Fikir sebelum share.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 23 Disember 2021

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>