MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Jangan Beli Barang Yang Kita Terlalu Sayang

July 18, 2023

Sayang, tapi jangan sampai terlalu sayang. Itu prinsip saya bila beli sesuatu barang.

Beli barang berkualiti supaya kita dapat jimat duit dalam jangka panjang. Tapi jangan beli barang yang terlalu mahal harganya sampai kita terlalu sayang barang tu.

More...

Beli sekadar cukup untuk keperluan dan kemudahan. Supaya barang-barang yang kita beli tu jadi hamba yang memudahkan kita. Bukan sampai barang tu jadi tuan hingga terpaksa kita terlalu menjaganya...

Jangan Sampai Jadi Hamba

Beli kereta contohnya, beli sekadar cukup untuk keperluan bergerak dari point A ke point B dengan sedikit selesa. Beli kereta yang kita ringan membayarnya, tapi cukup untuk keperluan kita.

Jangan beli kereta yang terlalu mahal, yang berat kita membayarnya. Sampai kita sayang kereta lebih dari sayang bini ataupun anak-anak!

Itu maksudnya dah 'lebih'...

Ini antara basikal anak-anak saya.

Dulu saya kunci semua basikal ni sebab takut hilang. Tapi bila dah selalu kunci, anak-anak jarang guna sebab selalu terlupa bawa turun kunci. Akhir sekali saya buka semua kunci dan biarkan semua basikal tak berkunci.

Nikmati Sepenuhnya Apa Yang Dibeli

Anak-anak bebas main basikal ni. Dan kekadang saya tengok anak-anak jiran pun tumpang main basikal ni bila anak-anak kami tak main.

Hari tu anak saya bagitahu, ada "budak arab" (anak jiran) yang main basikal tu. Saya dan isteri pesan, biarkan mereka main. Asalkan lepas main mereka susun balik dengan baik. Kita bagi mereka naik, setiap kali mereka main, kita dapat pahala... Biarkan.

Lagi pun tak luak pun basikal tu.

Dan basikal tu tak hilang (insyaAllah) sebab ada security guard jaga, dan CCTV ada di mana-mana.

Kalau pun hilang, insyaAllah tak mengecewakan saya sebab harganya tidaklah terlalu mahal bagi saya. Memang lah sayang, tapi tidaklah sampai terlalu sayang sampai terpaksa saya terlalu menjaganya...

Allahu a'lam.

Zulkifli
Cyberjaya
18 Julai 2018
5 Zulkaedah 1439H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>