MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Pandang ke Bawah Supaya Lebih Bersyukur

Terkena. Anak saya seorang ni minat sangat dengan anime ni. Dia ajak Mama dia pergi Pavilion. 

Mama dia pulak ajak saya teman. Dia tak biasa pergi Pavilion.

Mereka nak naik Grab.  Mudah katanya... Saya cakap bukan urgent pun nak ke sana sampai nak naik Grab. Kita santai-santai naik MRT sudahlah... Jimat kos 2/3 berbanding naik Grab. 

More...

Sesekali Pandang Ke Bawah

Lagi pun kebetulan hari tak sibuk...

Sesekali kena naik kenderaan yang sama macam orang ramai naik walaupun kita mampu. Sentiasa pandang ke bawah supaya kita sedar dan hargai nikmat Tuhan bagi. 

Supaya kita tak pandang remah nikmat besar yang Tuhan bagi.

Nak bersyukur ketika senang sebenarnya lebih susah berbanding bersabar ketika susah.

Nikmat Besar Terasa Kecil

Itulah sebab kenapa Tuhan sentiasa sebut "hanya sedikit dikalangan hamba-Nya bersyukur".

Bila dah senang, kadang-kadang kita lupa nikmat besar yang Tuhan bagi pada kita.

Satu ketika dulu, kalau dapat makan KFC, happy-nya rasa... Sebab jarang-jarang dapat makan KFC. 

Ketika dua tahun saya terpenjara, peluang makan KFC cuma setahun sekali jer. Itupun kalau isteri hantar duit belanja supaya dapat makan sedap.

Tapi bila dah senang, kita lupa dapat makan KFC tu satu nikmat besar yang patut kita syukuri... Makan KFC dah jadi biasa-biasa. Tak se-happy dulu...

Pesan Nabi s.a.w yang bermaksud;

"Pandanglah orang yang (lebih susah) berada di bawahmu dan jangan kamu memandang orang yang (lebih senang) berada di atasmu. Kerana yang demikian itu lebih baik, agar kamu semua tidak menganggap remeh nikmat Allah yang telah dikurniakan kepadamu" (Hadis direkodkan oleh Bukhari dan Muslim).*

Tersalah Pavilion

Jadi kali ini kami naik MRT dari Putrajaya Sentral sampai ke Stesyen MRT Conlay... Tak jauh dari Pavilion KL. 

Tapi bila sampai... Aduh rupa-rupanya event tu bukan di Pavilion KL. Tapi di Pavilion Bukit Jalil! 

Huhu... Terkena...

Saya tak pernah tahu ada Pavilion lain selain Pavilion KL.

Nak ke Pavilion Bukit Jalil tak tahu apa public transport yang terbaik. Terpaksa ambil Grab juga lah... 22 minit dari Pavilion KL.

Zulkifli
Cyberjaya
1 Mei 2023
10 Syawal 1444H


*Riyadus Solihin Karya  Bestari, halaman 360.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>