MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Jangan Sesekali Give-up Untuk Berbuat Baik

August 21, 2022

“Maaf En Zul, ini event terakhir yang Akak akan handle. Akak sudah penat dengan orang mengata kepada Akak. Padahal Akak handle event selama ini bukan dapat apa-apa pun”

Saya boleh faham apa yang Kak Liza rasai itu. Saya sendiri pun sudah banyak kali kena macam tu. Bahkan lebih teruk daripada itu pun saya pernah kena.

Bukan sahaja tak dihargai, sebaliknya dikhainati!

More...

Padahal bukan dapat untung apa-apa pun. Sekadar kerja sukarela untuk kebaikan orang lain.

Tapi setelah hampir 2 jam saya berbual dan berkongsi apa yang Tuhan janjikan kepada mereka yang sabar dalam berbuat kebaikan, akhirnya Kak Liza nampak kembali bersemangat untuk teruskan kerja beliau itu… InsyaAllah.

Kebaikan Itu Untuk Diri Sendiri

Di sebalik rasa nak give-up itu, sebenarnya Kak Liza memang happy dengan kerja-kerja sukarela yang dia buat. Tapi dia rasa nak give-up sebab mulut-mulut orang yang busuk hatinya itu.

Sepanjang dua jam itu, inilah sebahagian daripada intipati tazkirah yang saya share dengan Kak Liza sambil kami breakfast di sebuah hotel bersama seorang lagi rakan committee;

Kalau buat baik hanya kerana duit, kita akan cepat give-up bila tak dapat duit.

Kalau harapkan orang berterima kasih, kita akan give-up bila orang tak hargai.

Sedangkan manfaat setiap kebaikan itu untuk diri kita sendiri, bukan orang lain.

Hanya Sedikit Yang Bersyukur

Bila berbuat baik, jangan harapkan orang akan balas. Dan jangan harapkan orang akan berterima kasih.

Sebab Tuhan sudah ingatkan berkali-kali di dalam Al-Quran, hanya sedikit sekali manusia yang tahu berterima kasih.

 وَقَلِيلٌ مِّنْ عِبَادِىَ ٱلشَّكُورُ

“Dan hanya sedikit sekali hamba-hambaKu yang bersyukur (berterima kasih)” (Surah Saba’ 34 : 13)

Tuhan berikan nikmat melimpah ruah tanpa berkira pun manusia tak tahu berterima kasih, inikan pula kita sesama manusia.

Jadi kalau harapkan orang berterima kasih dan balas kebaikan kita, pasti kita akan give-up untuk berbuat baik.

Dan akhirnya ia merugikan diri kita sendiri.

Maka berbuat baiklah kerana TUHAN SURUH KITA BERBUAT BAIK. Dan kebaikan itu bukannya untuk Tuhan, tapi untuk diri kita sendiri.

Bukan Untuk Tuhan, Tapi Diri Sendiri

Dia pasti akan pulangkan semula kebaikan yang kita buat itu kepada diri kita sendiri, di dunia dan di akhirat.

Di dunia Dia akan campakkan rasa bahagia dan diberi rezeki dari jalan yang tak disangka-sangka, dan di Akhirat Dia akan sempurnakan balasan itu dengan ganjaran Syurga.

Bukankah Syurga itu matlamat akhir kita?

Kalau nak dihitungkan kebaikan yang Tuhan pulangkan kembali kepada kita, ianya tidak terkira. Dia (Tuhan) berjanji, setiap kebaikan yang kita lakukan, Dia pulangkan kembali kebaikan itu sekurang-kurangnya 10 - 700 kali ganda, bahkan lebih!

Pulangan 10 - 700 Kali Ganda!

Saya teringat sebuah hadis daripada Ibnu Abbas r.a., pesan Nabi s.a.w. yang bermaksud;

“Sesungguhnya Allah telah mencatatkan segala kebaikan dan keburukan, kemudian Dia menjelaskan (di dalam Kitab-Nya).

Sesiapa yang berazam untuk berbuat kebaikan, namun tidak dapat mengerjakannya, maka Allah menuliskan baginya satu kebaikan yang sempurna.

Jika dia berazam melakukannya, lalu dia dapat mengerjakannya, maka Allah menuliskan baginya SEPULUH KEBAIKAN HINGGA 700 KALI GANDA, bahkan hingga gandaaan yang sangat banyak…” 

(Hadis direkodkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Orang Baik Pasti Menang!

Daripada hadis ini, apa yang dapat saya fahami;

Buat satu kebaikan, ganjarannya 10 kebaikan (minimum)!

Buat satu kebaikan, pulangannya 700 kebaikan, malahan lebih dari itu!

Bila kita yakin inilah pulangan yang Tuhan pasti berikan atas setiap kebaikan yang kita buat, apakah kita akan give-up untuk terus buat baik sedangkan kebaikan itu adalah untuk diri kita sendiri?

Sudah tentunya “tidak”. 

Maka teruskanlah berbuat kebaikan tanpa kenal erti putus asa. Kerana orang baik tetap akan menang!

Dunia dan Akhirat. InsyaAllah.

Zulkifli
Cyberjaya
21 Ogos 2022
23 Muharram 1444H

“Bila buat kebaikan, jangan letak harapan manusia balas kebaikan kita. Kerana hanya sedikit manusia yang tahu berterima kasih. Haraplah kebaikan daripada Tuhan, kerana Tuhan tidak sesekali sia-siakan amal kebaikan kita.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 9 Oktober 2023

“Kalau harapkan manusia berterima kasih, kita akan give-up berbuat baik. Sedangkan setiap kebaikan itu, ia pasti kembali kepada diri kita sendiri. Teruslah berbuat baik. Tuhan pasti balas kebaikan itu dari jalan yang kita tak sangka-sangka.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 9 Oktober 2023

“Keseronokkan dapat duit tu sementara saja. Tapi keseronokan buat baik tu kekal selamanya. Berlumba-lumbalah buat kebaikan dengan segala nikmat yang Tuhan kurniakan. Orang yang sibuk berbuat baik, hidupnya pasti akan bahagia. InsyaAllah.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 4 November 2023

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>