MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kompeten Lagi Berintegriti, Pra-syarat Memilih Pekerja Mahupun Pemimpin

August 29, 2022

Tidak. Kita tidak ketandusan orang yang kompeten. Orang kompeten itu banyak. Tapi yang berintegriti hanyalah sedikit.

Rasuah, pecah amanah, perpecahan, dan pelbagai masalah berlaku dalam dunia, ia bukan dilakukan oleh orang yang bodoh, tapi dilakukan oleh orang cerdik (kompeten) yang tidak berintegriti.

Jadi dalam memberikan amanah dan tanggungjawab, tidak cukup sekadar orang itu mahir lakukan kerja-kerja tersebut. Tapi yang lebih penting ialah dia amanah dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut.

More...

Kompeten Lagi Berintegriti

Samada nak ambil pekerja atau nak melantik pemimpin yang akan diberi tanggungjawab, Tuhan sudah berikan panduan kepada kita di dalam Surah Al-Qasas, ayat 26;

قَالَتۡ إِحۡدَٮٰهُمَا يَـٰٓأَبَتِ ٱسۡتَـٔۡجِرۡهُ‌ۖ إِنَّ خَيۡرَ مَنِ ٱسۡتَـٔۡجَرۡتَ ٱلۡقَوِىُّ ٱلۡأَمِينُ

"Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: "Wahai ayah, ambillah dia (Nabi Musa a.s) menjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya orang yang bagus untuk ayah ambil sebagai pekerja ialah orang yang KUAT lagi AMANAH."

Allah s.w.t rakamkan kata-kata perempuan itu (sebahagian ahli tafsir mengatakan itu adalah anak perempuan Nabi Syuib a.s) sebagai panduan bagi kita.

Dua ciri-ciri yang disebutkan oleh perempuan itu, iaitu AL-QAWIY dan AL-AMIN.

Maksudnya, kuat lagi amanah.

Dalam bahasa moden; kompeten lagi berintegriti.

Risiko Abaikan Garis Panduan

Kalau kita abaikan garis panduan ini dalam memberikan tanggungjawab kepada seseorang, kerosakan akan berlaku.

Samada dia gagal laksanakan tanggungjawab itu dengan baik kerana lemah atau ditipu, atau dia sendiri yang jadi penipu!

Sebagai pengasas kepada network terbesar dealer #PublicGold, memang itulah prinsip yang saya gunakan dalam membangunkan team.

Tak kisah apa latarbelakang pendidikan, agama dan bangsa mereka, yang penting mereka mestilah orang yang mempunyai dua ciri-ciri tersebut untuk menggalas tanggungjawab dalam team.

Itulah antara rahsia dalam membangunkan team yang besar, bersatu hati dan saling sokong menyokong antara satu sama lain, demi menjayakan misi besar kami, iaitu membantu 1,000 penyimpan emas mencapai #financialfreedom dan 1 juta celik emas bersama kami menjelang tahun 2024, insyaAllah.

"If you want to walk fast, walk alone"
"If you want to walk far, walk togather"
"If you want to walk fast and far in Public Gold business, walk with G100"

#MembangunDiri #RoadTo1000MD

Zulkifli
Cyberjaya
20 Ogos 2022
22 Muharram 1444H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>