Kehidupan saya juga simple. Sama macam guru saya Tuan Azizi Ali Mentor Wang dan Mahaguru Emas Syukor Hashim.
Saya tidak mempunyai banyak barangan material. Dan saya tak memiliki barang mewah.
Bukan kerana tak mampu, tapi saya suka hidup simple begitu tanpa banyak barang yang menyemakkan hidup saya.
Bak kata pepatah, less is more...
More...
Walaupun begitu hidup saya tetap bahagia, alhamdulillah.
Ini kerana apa yang membuatkan saya bahagia tak sama seperti apa yang selalu diiklankan di media tentang gembira dan bahagia;
1. Saya tak minat berbelanja.
Shopping adalah perkara yang memenatkan dan stress bagi saya. Sebaliknya saya lebih happy bekerja (ya, happy bekerja) untuk buat duit lebih banyak berbanding shopping.
2. Saya tak perlu keluar shopping untuk rasa happy.
Tapi saya happy bila isteri dan anak-anak saya shopping apa yang dia suka. Asalkan tak membazir, saya okay.
3. Saya happy dengan apa yang sudah saya miliki.
Bahkan saya sentiasa rasa bimbang kalau-kalau apa yang sudah saya miliki ini tidak dimanfaatkan sepenuhnya.
Takut membazir. Tuhan tak suka kita membazir.
4. Saya tak beli barang murah.
Tapi saya beli barang yang berkualiti tinggi, tahan lama dan yang boleh meningkatkan produktiviti saya.
Bila membeli, saya sanggup bayar lebih mahal asalkan saya puas hati. Beli sekali, tapi puas hati. Berbanding beli yang murah, tapi kena beli berkali-kali dan menyusahkan saya di kemudian hari.
Bak kata pepatah, alah membeli menang memakai...
5. Saya tidak mempunyai hobi yang mahal.
Walaupun begitu, saya akan pertimbangkan untuk join circle hobi yang mahal satu hari nanti kalau ia boleh membantu mengembangkan network dan membantu saya mendapat akses kepada mereka yang lebih berjaya daripada saya. InsyaAllah.
6. Hiburan saya juga murah;
Membaca buku, belajar ilmu baru, menulis artikel yang bermanfaat, menyampaikan ilmu dan membimbing murid-murid saya untuk berjaya. Hidup saya sibuk dengan aktivi mencari ilmu dan menyampaikan ilmu.
Sibuk dan penat, tapi ia membuatkan saya rasa puas dan happy. Ia diistilahkan sebagai "good tired"!
Saya sangat percaya dunia ini akan jadi lebih baik jika masyarakat kita lebih berilmu.
Saya sedar, apa yang saya miliki hari ini akan saya tinggalkan semuanya dan selamanya satu hari nanti. Yang akan terus kekal bersama saya selama-lamanya ialah amalan baik yang pernah saya lakukan dengan apa sahaja kelebihan yang Tuhan sudah berikan kepada saya.
Saya mahu jadikan dunia ini lebih baik, walaupun hanya 1% daripada sebelumnya. InsyaAllah.
Itu tip yang saya pegang untuk hidup bahagia.
Anda pula bagaimana?
Boleh share di bahagian komen. Mudah-mudahan ia bermanfaat bagi rakan-rakan kita yang lain juga. InsyaAllah.
Alhamdulillah, saya juga sedang belajar mengenai kehidupan. insyaAllah satu hari nanti saya akan kecapi hidup simple tapi bahagia.
InsyaAllah En Khairi.
Terus belajar untuk jadikan kehidupan sentiasa lebih baik dari semalam. InsyaAllah.
Cukup menginspirasi. jazakallah khairuljazak Tuan Zul… Saya sedang belajar dan bina diri. Rupanya inilah kebahagiaan saya.
Alhamdulillah. Saya juga masih terus belajar. Mudah-mudahan artikel ini bermanfaat, insyaAllah.
Allahu..saya belajar sesuatu dari En Zul…Erti hidup pada memberi….Doakan saya menyusuri jejak kejayaan yang En Zul tinggalkan
InsyaAllah En Rashid. Saya pun masih terus belajar untuk jadi lebih baik. InsyaAllah.