Bukan sekadar diving sebenarnya...
Diving ni aktiviti rekreasi yang mahal.
Saya tak ajak murid-murid saya (team #PGG100Network dan #5GAssociates) join diving dengan saya kecuali kewangan mereka dah kukuh.
Ada passive income at least RM10,000 sebulan, dan ada time freedom.
Dengan kata lain, tak kerja pun ada duit. Bahasa kewangannya #FinancialFreedom.
Sukan menyelam ni kosnya mahal.
Lebih mahal dari sukan golf
Setiap kali dive trip, kami belanja sekurang-kurangnya RM1,000 - RM1,200 setiap orang (termasuk penginapan dan transport).
Bahkan boleh cecah RM3,000 seorang kalau menyelam di Sipadan. Ia lebih mahal dari sukan golf.
Alatan menyelam pun mahal.
Kalau sewa, kosnya dalam RM70 sehari.
Kalau beli, kosnya ribuan ringgit!
Kos alatan menyelam
- BCD (jacket penyelam) sekitar RM2k - RM5k
- Regulator (alat pernafasan) sekitar RM2k - RM5k
- Mask sekitar RM400 - RM800
- Fin (kaki itik) sekitar RM500 - RM1,000
- Dive computer (jam jaga nyawa) sekitar RM1.7k - RM5k
- Torch light menyelam sekitar RM200 - RM500
Kalau tersalah beli, tambah lagi kos nak beli yang baru...
Kosnya tak murah.
Jangan sampai 'lemas'
Dan saya remind juga murid-murid saya, kena ukur baju badan sendiri kalau nak ikut saya turun menyelam.
Jangan sampai aktiviti menyelam ni mengganggu keutamaan kewangan mereka.
Saya tak ada masalah, InsyaAllah.
Income saya besar, dan saya tak berbelanja mewah dan mahal untuk hal-hal lain, kecuali gajet saya untuk bekerja, dan kedua pergi menyelam (hobi baru)!
Saya tak ada hobi lain selain bekerja dan menyelam.
Saya tak minat barang branded. Saya tak minat kereta mewah. Dan saya tak beli rumah mahal (untuk duduk sendiri).
Sampai #FounderPublicGold hairan duit saya dibelanjakan untuk apa?
Sambil menyelam sambil berukhuwah
Jadi bila pergi menyelam, ia tak menjejaskan kewangan saya. InsyaAllah.
Menyelam dah jadi hobi saya sekarang. Saya nak menyelam lagi dan lagi...
Tapi saya bukan sekadar nak menyelam. Saya nak menyelam bersama murid-murid saya yang dah capai certain level kejayaan sahaja.
Sambil menyelam, saya berpeluang kenal mereka lebih dekat. Supaya mudah saya tune mereka untuk meningkat ke tahap seterusnya dalam bisnes dan kehidupan. InsyaAllah.
Sambil menyelam, kami brainstorm dan bertukar-tukar idea bisnes.
Setiap kali lepas menyelam, kami naik bot dan gelak sama-sama (pasal gelagat setiap orang masa menyelam)!
Ia juga tentang networking dan ukhuwah sesama team.
Bukan sekadar menyelam.
Pulang dengan semangat baru
Lepas selesai setiap kali diving trip, kami kembali bekerja bantu lebih ramai lagi yang percaya kepada #MisiUbahHidup1000Keluarga.
Mudah-mudahan lebih ramai lagi dapat turun diving trip bersama kami! InsyaAllah...
Sampai sifu diving kami Tuan Faris Hamid fikir, nanti murid-murid dia akan lebih ramai dari kalangan dealer #PublicGold.
Dia kena get ready untuk servis jumlah peserta lebih ramai dari komuniti kami pada masa akan datang. InsyaAllah.
Kami baru balik dari menyelam di Pulau Tenggol semalam.
Hari ni tengah plan untuk next diving trip kami pulak... Tak sabar nak menyelam lagi...
Zulkifli
Cyberjaya
24 Oktober 2024
20 Rabiul Akhir 1446H

Menyelam di Pulau Tenggol, Dungun (Terengganu). Dari kiri; saya, En Faris (instructor), En Khaja, Pn Syafiqah, Dr Siti, Pn Najdah (isteri saya), Cik Odah.

Menyelam di Pulau Tenggol, Dungun (Terengganu). Dari kiri; Kapten Zahrin, En Shahrin, En Azim, En Hafiz dan Tuan Asmanizam (Eje).
CATATAN FACEBOOK - MENYELAM DI PULAU TENGGOL
21 Oktober 2024
- Bertolak dari Scuba Network Dive Centre, Kuala Dungun
- Bergerak naik bot dari Jeti Kuala Dungun
- Foto di dasar laut di Pulau Tenggol (oleh En Faris)
- Foto di dasar laut di Pulau Tenggol (oleh En Luqman)
- Di mana tempat menyelam tu penting. Tapi lebih penting dengan siapa kita turun menyelam.
22 Oktober 2024
Artikel berkaitan:
- Nak Jadi Diver Tegar, Kena Ada Duit dan Ada Kebebasan Masa
- Nak Ubah Masa Depan, Kena Ubah Circle (Pergaulan) Kita Dulu
- Kejayaan Kita Pada Menjayakan Orang Lain - ARN 2024
- Bina Team, Utamakan Bakat Dalaman Untuk Cipta Kejayaan Besar
- Pentingnya Orang Muda Dalam Membina Team Yang Cekap
- Semua Perkara Pun Susah Pada Permulaannya