Masa bekerja di Tawau, Sabah (2014 - 2019) hampir 3 minggu sekali En Hafiz (adik bongsu saya) snorkeling di pulau sekitar Semporna.
Di Pulau Mabul (salah satu pulau popular di Semporna), beliau tengok ramai diver (penyelam).
Pernah sekali, ada seorang diver tunjuk gambar hasil foto mereka di bawah laut. Dengan rasa excited dia cerita kepada En Hafiz pengalaman menyelam. En Hafiz cuma angguk-angguk sahaja.
Beliau ternampak dekat baju geng diver tu tertulis perkataan "Eat-Sleep-Dive and repeat".
More...
Tak ada masa, duit pun habis
Dalam hati beliau, nak "eat sleep dive" boleh, syaratnya kena ada passive income yang cukup.
Sebab "eat sleep dive" saja, kalau tak passive income, balik dive kena masuk office balik. Saving habis, boleh jadi huru-hara kewangan keluarga!
Sejak dari tu, beliau pasang niat;
"Suatu hari nanti. Aku boleh Eat, Sleep, Dive, Runing, Hiking sambil jana passive income di mana-mana sahaja, tanpa perlu apply cuti dari boss"
Setelah 7 tahun, akhirnya impian beliau tercapai melalui Public Gold. Hari ni, sambil beraktiviti outdoor, beliau boleh jana pendapatan pasif. Alhamdulillah.
Saya tertarik coretan pengalaman adik bongsu saya ni (coretan asal FB Mohamad Hafiz Shafie, 15 Jun 2024).
Banyak orang fikir, makin lama bekerja, makin banyak duit. Bila ada duit, banyaklah perkara yang dia boleh buat.
Tapi dia lupa, kebanyakan orang yang ada duit banyak (gaji makin besar), tapi dia tak ada masa. Dia kaya duit, tapi miskin masa.
Gaji makin besar, kerja makin sibuk
Dengan kata lain, duit makin banyak, masa makin tak ada.
Mestilah...
Majikan bayar gaji mahal, mestilah dia akan 'perah' kita cukup-cukup. Barulah berbaloi...
Gaji lebih mahal, tanggungjawab makin besar, dan expection dari majikan pun besar juga. Majikan akan pastikan berbaloi dia bayar gaji besar tersebut. Bukan saja-saja...
Kadang-kadang gaji tak mahal, tapi kalau nak dapat bayaran lebih banyak, kena kerja lebih masa. Sedangkan masa kita pun ada limit.
Limit cuma 24 jam sehari! Maka income pun ada limit juga.
Kena tukar cara cari duit
Nak ada duit lebih banyak tanpa limit, dalam masa sama dapat kebebasan masa lebih banyak, kena tukar kuadran - tukar cara buat duit.
- Sila baca : Jalan Sebenar Bebas Kewangan (2012)
Kena belajar buat duit guna masa dan tenaga orang lain dengan cara win-win (sebagaimana bisnes Public Gold yang En Hafiz jalankan). Leverage.
Supaya makin banyak duit, makin banyak kebebasan masa yang kita dapat. Dan nikmatilah hidup sebagaimana kita impikan. InsyaAllah.
Zulkifli
Cyberjaya
15 Jun 2024
8 Zulhijjah 1445H

Salah satu daripada 3 perkara yang menentukan kehidupan kita 5 tahun akan datang ialah impian kita pada hari ini.
CATATAN :
Kos aktiviti menyelam lebih mahal berbanding golf. Kos setiap kali selaman sekitar RM100 untuk 40 - 60 minit selaman.
Setakat pemerhatian saya, sekali trip 3 hari 2 malam, at least akan buat 6 selaman di dive sites berbeza. Belum masuk kos travelling dan penginapan.
8 - 10 Julai 2024 hari tu saya pergi menyelam berdua dengan isteri di Pulau Perhentian, kami berdua habis lebih RM2,000 untuk satu dive trip. Ini sebahagian catatan trip hari tu: