[Kemaskini Disember 2022]
"Bebas hutang" lain, "financial freedom" lain.
Banyak yang fikir bila dia tak ada hutang, maka dia sudah pun capai financial freedom (kebebasan kewangan).
Sebenarnya "bukan". Belum lagi. Bebas hutang tak bermaksud sudah capai financial freedom.
Dalam checkpoint kewangan, "bebas hutang" baru checkpoint ke-3. Sedangkan "financial freedom" adalah checkpoint ke-5.
Supaya sahabat pembaca tak perlu lagi buang masa mencari cara untuk capai "financial freedom", mari saya tunjukkan jalan sebenar mencapai financial freedom.
Ini hasil 'kajian' dan pengalaman saya sendiri sejak 2003, dan belajar dari guru yang telahpun bertahun-tahun mencapai financial freedom. Dan saya sendiri sudah pun mencapai financial freedom sejak Disember 2013 lagi. Alhamdulillah.
Cari Duit Yang Tak Berkesudahan
Setiap orang yang bekerja, sepatutnya mesti letakkan matlamat supaya satu hari dia dapat capai financial freedom.
Ini disebabkan; pasti akan tiba satu masa nanti, kita tidak lagi mampu bekerja. Sedangkan selagi kita dan ahli keluarga kita hidup, kita semua perlukan pendapatan untuk menampung kos sara hidup.
Realitinya, banyak orang sebenarnya tak pernah fikir pun tentang "financial freedom".
Kita semua sibuk kerja siang malam cari duit. Tapi malangnya majoriti daripada kita tak tahu berapa banyak duit yang kita nak. Kita cuma fikir nak duit banyak jer. Tapi tak tahu berapa banyak yang dianggap "banyak" itu.
Kalau begitu caranya, maka pencarian kita tentang duit tak akan berkesudahan.
Kekayaan Tanpa Had
Siapa yang celik kewangan, tentunya mereka akan letakkan target untuk bekerja sampai capai status bebas kewangan (financial freedom).
Bebas kewangan bukan gaji besar, dan bukan juga sekadar duit banyak. Tapi maksudnya kita ada pendapatan tetap setiap bulan tanpa perlu bekerja sebagaimana orang pencen kerajaan.
Bahasa mudahnya, "tak kerja pun ada pendapatan".
Sebagai contoh; memiliki 5 buah rumah sewa.
Katakanlah sebuah rumah sewa boleh dapat RM1,000 sebulan. Dengan memiliki 5 buah rumah sewa, kita ada passive income RM5,000 (RM1,000 x 5 rumah) tanpa perlu bekerja.
Besar ker RM5,000 sebulan?
Nilai Sebenar Passive Income
Tak besar.
Tapi bagi yang celik kewangan, mereka anggap passive income RM5,000 sebulan jauh lebih besar daripada gaji bulanan (active income) RM50,000 sebulan.
Menurut David Lee, rakan bisnes kami yang juga seorang Certified Financial Planner berpengalaman katanya “passive income RM1,000 sebulan lebih baik dari gaji bulanan (active income) RM10,000”.
Kenapa?
Sebabnya, kalau kita hilang upaya untuk bekerja, RM1,000 sebulan tu tetap masuk ke akaun bank kita. Sebaliknya gaji RM10,000 sebulan tu akan jadi RM0 sebulan pada bila-bila masa sahaja kalau kita tiba-tiba hilang upaya untuk bekerja!
Back to zero!
Jalan Sebenar Bebas Kewangan
Tapi apakah cara sebenar nak dapat passive income?
Di bawah ni, saya dedahkan rahsia orang kaya-kaya dapat passive income sekaligus mencapai financial freedom.
Rahsia ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja walaupun kita hanyalah orang biasa. Asalkan sanggup berusaha, kita juga boleh mencapainya, insyaAllah.
Cara #1: Pelabur Besar (Duit Buat Duit)
Buat bisnes (walaupun secara sambilan), cari dan kumpul duit banyak-banyak, dan laburkan di dalam pelaburan yang boleh memberikan pulangan yang baik, sekurang-kurangnya 5% setahun - seperti ASB dan Tabung Haji.
Kenapa bisnes?
Sebab bisnes adalah jalan tercepat tingkatkan pendapatan, dan tambahkan simpanan.
Strategi ni adalah strategi yang biasa diamalkan oleh kebanyakkan jutawan senyap.
Untuk gunakan strategi ni, kena perlu benar-benar tahu berjimat cermat, hidup berpada-pada, dan tahan diri daripada hidup bermewah-mewah untuk beberapa tahun.
Keutamaannya ialah kumpul harta dulu.
Bila dapat hasil daripada bisnes, fokus tambahkan simpanan dan kumpul harta. Bukannya dapat hasil, terus tukar kereta besar!
Jumlah Harta Yang Perlu Dikumpul
Untuk dapat pendapatan pasif RM5,000 sebulan tanpa perlu bekerja, setiap kita kena ada harta yang nilainya sekurang-kuranganya RM1,200,000.
Dengan melaburkan duit itu di tempat yang boleh bagi pulangan sekurang-kurangannya 5% setahun (seperti ASB, Tabung Haji, atau hartanah), maka dapatlah RM5,000 sebulan!
Itulah sebabnya kami target nak kumpul dana minimum RM1.2 juta waktu kami mula-mula merancang kewangan sekitar tahun 2005 dulu.
Antara cara tercepat kembangkan harta ialah dengan menggandakan kekayaan dengan hutang seperti beli hartanah-hartanah yang boleh disewakan (dengan sewaan yang memberikan cashflow positifi) menggunakan pinjaman bank.
Kembangkan Harta Dengan Hartanah
Kalau nak beli hartanah nilai RM200,000 sebagai contohnya, kita perlu modal sekitar RM30,000 (i.e. 15% dari nilai) sahaja.
Bahkan kalau ada ilmu (dan network pelabur hartanah yang baik), modal tunai yang diperlukan tak sampai pun RM10,000!
Nilai hartanah dan kadar sewaan sentiasa meningkat dalam jangka panjang, sedangkan bayaran ansuran bank adalah “fixed”.
Kalau harga hartanah tu meningkat menjadi RM350,000 dalam tempoh 5 tahun, maksudnya harta kita berkembang sebanyak RM150,000 (RM350k – RM200k) dengan modal cuma RM30,000!
Keuntungan 500% dalam tempoh 5 tahun!
Itulah sebabnya kenapa orang yang beli hartanah kekayaan dia cepat berkembang. Tapi syaratnya kena ada ilmu. Bukan main beli tanpa ilmu...
Cara #2: Bisnes Bersistem (Bangunkan Sistem)
Bangunkan bisnes berSISTEM.
Mulakan bisnes dari kecil, naikkan jualan, dan rekrut serta bina team yang berkualiti.
Dengan skill kepimpinan yang baik, team itu nanti akan bangunkan SISTEM perniagaan yang mantap (seperti adakan polisi dan SOP untuk kawal hasil kerja), hingga akhirnya bisnes boleh berjalan dengan baik tanpa perlu lagi kita ada di situ.
Dan yang lebih baik, bisnes boleh tetap berjalan seperti biasa walaupun staff sentiasa bertukar ganti, datang dan pergi.
Antara contoh bisnes bersistem; Gaint, Tesco, dan syarikat-syarikat besar yang lain.
Gaint 10 tahun yang lalu tak lah se-Giant hari ni, betul tak?
Gaint satu ketika dahulu bermula dengan mini-market sahaja.
Dengan strategi yang baik, akhirnya sekarang sudah jadi hypermarket yang bukan sahaja ada di Malaysia, tapi berkembang sehingga ke luar negara.
Taukey Tak Ada, Bisnes Tetap Jalan
Bila bisnes sudah ada sistem operasi yang baik, "taukey" tak ada di kedai pun bisnes tak ada masalah.
Masa pergi bershopping hujung minggu di Giant, pernah tak nampak taukey Giant?
Dan soalan lagi best, kenal tak siapa taukey Giant?
Majoriti daripada kita tak kenal.
Itulah dia bisnes yang ada SISTEM yang baik. Pemiliknya dapat menikmati passive income sebab bisnes dia boleh terus berjalan tanpa perlu dia ada bersama.
Berbeza dengan kebanyakkan bisnes kecil.
Tanpa Sistem, Bisnes Tak Berkembang
Kebanyakkan bisnes kecil tak mampu berkembang disebabkan bisnesnya tak ada sistem.
Taukey ada di kedai baru bisnes jalan.
Nak kenal taukey bisnes kecil mudah je. Cuba tengok siapa yang jaga cash box di kaunter bila nak bayar tu. Kalau dia bukan tokey, mesti dia adalah ahli keluarga taukey kedai tersebut.
Bisnes mereka cuma berjalan dengan baik hanya bila taukey ada bersama.
Kalau taukey tak ada, bisnes akan bermasalah. Bila taukey pergi jaga cawangan kedua, prestasi cawangan pertama pula yang bermasalah!
Cara #3: Bisnes Francais (Beli Sistem)
Kalau tak mampu bangunkan bisnes dari kosong hingga ia besar dan bersistem, cara lebih mudah ialah beli bisnes yang sudah berjaya dan berSISTEM seperti francais.
Tapi ia perlukan modal yang besar.
Bisnes yang sudah mempunyai sistem yang baik, salah satu cara mereka kembangkan bisnes ialah dengan membuka peluang bagi sesiapa yang ada MODAL untuk dapatkan lesen francais.
Pembeli francais hanya perlu copy 100% model bisnes yang sudah dibangunkan tersebut. Dia cuma perlu bayar modal permulaan dan royalti kepada pemilik francais tersebut sahaja.
Tak perlu fikir tentang produk, branding, marketing dan sebagainya. Hanya perlu tiru bulat-bulat sistem yang sudah disediakan.
Antara model bisnes francais paling berjaya di dunia ialah McDonald's.
Bisnes Berjalan Tanpa Owner
Bagi siapa yang belum tahu, walaupun bisnes McDonald's hari ni sudah berkembang sehingga melebihi 30,000 outlet di dunia, tapi sebenarnya Ray Kroc (pemilik bisnes McDonald's) sudah pun mati sejak 1984 lagi!
Memang betul. Pemilik McDonald's sudah lama mati.
Tetapi dengan saiz bisnes McDonald's hari ini, sudah tentunya keluarga Ray Kroc hari ni lebih kaya dari Ray Kroc semasa hidupnya.
Dan apa yang lebih menakjubkan, keluarganya tak perlu 'keluarkan peluh' dan tak perlu memerah otak pun untuk nikmati hasil kekayaan bisnes McDonald tersebut!
Itulah antara keajaiban bisnes berSISTEM seperti francais ini.
Bila sesuatu bisnes itu mempunyai SISTEM yang baik, maksudnya sesiapa pun boleh menjalankan bisnes tersebut kalau dia betul-betul ikuti manual perniagaan tersebut.
Restoran Tanpa Tukang Masak
Apa yang kebanyakkan kita tahu, kalau nak buka restoran, mesti ada tukang masaknya. Sedap atau tak sedap masakan di restoran tersebut, ia sangat bergantung berapa bagus tukang masakannya.
Tetapi berbeza dengan restoran seperti McDonald's.
Adakah McDonald's perlukan tukang masak yang pakar untuk menjadikan makanan di restorannya sedap?
Jawapannya "tidak perlu".
Budak lepasan SPM pun boleh jadi ‘tukang masak’ McDonald's dan rasa burgernya SAMA di semua outlet McDonald seluruh dunia walaupun ‘tukang masaknya’ berbeza!
Walaupun pekerjanya sentiasa silih berganti, dan owner pun tak ada di outlet, tetapi bisnes tetap boleh beroperasi seperti biasa. Tak ada masalah.
Maksudnya, bisnes francais salah satu cara yang baik untuk menjana pendapatan pasif dan mencapai Financial Freedom. Tapi syaratnya kena ada modal.
Di Malaysia, modal permulaan diperlukan untuk membuka francais McDonald's (pada tahun 2023) ialah sekitar RM5 juta!
Cara #4: MLM Cara Francais (Gunakan Sistem)
Nak bangunkan bisnes berSISTEM, kebanyakkan kita tak ada pengalaman. Risiko rugi dan gagal sangat tinggi.
Kalau nak beli bisnes bersistem seperti francais, perlukan modal yang besar. Dan kebanyakkan orang tak ada modal yang besar untuk membeli bisnes yang sudahpun mempunyai SISTEM yang baik.
Maka cara yang paling mudah dan praktikal bagi orang kebanyakkan ialah memiliki bisnes MLM (network marketing) yang sudahpun bersistem.
Kita tak perlu bangunkan sistem sendiri, sebaliknya kita hanya perlu "plug-in" sahaja pada sistem yang sudahpun terbukti.
Francais Mampu Milik
Pointnya ialah bisnes "bersistem" sebagaimana francais.
Bukan bisnes MLM yang hanya fokus jual-jual barang sahaja. Dan semestinya bukan bisnes MLM yang dijalankan dengan cara skim cepat kaya, atau skim piramid. Bukan.
Bisnes MLM yang bersistem (sebagaimana francais) ini ada diterangkan dalam buku Robert T. Kiyosaki (seorang guru kewangan dari Amerika) di dalam bukunya bertajuk "Cashflow Quadrant" dan "The Business School For People Who Like Helping People".
Beliau istilahkan sebagai "personal francise".
MLM ni ramai orang fobia sebab ianya sering sinonim dengan penipuan dan ketidakjujuran.
Tapi sebenarnya sistem MLM itu sendiri tak ada masalah.
Kalau di Malaysia, MLM yang tertua dan terbesar di Malaysia ialah Amway.
Sistem MLM Tiada Masalah?
Amway bukanlah syarikat MLM seperti banyak orang fikir (yang dijalankan secara skim cepat kaya). Amway sudah bertapak di Malaysia sejak 1976 lagi. Usianya sudah lebih 40 tahun di Malaysia!
Antara pelabur terbesar dalam Amway ialah KWSP, PNB dan juga Tabung Haji!
Maksudnya, "MLM" bukanlah satu sistem bisnes yang bermasalah. Ia bisnes genuine; yang memasarkan produk kepada pengguna akhir dengan tujuannya yang sebenar.
Bukan bisnes MLM yang jenis fokus pada "front-loading" - kena beli stok banyak-banyak yang akhirnya tersadai di bawah kali. Dan bukan juga bisnes MLM yang fokus pada "head-hunting" - cari orang yang sanggup buat pinjaman untuk join skim 'piramid' mereka.
Saya sendiri adalah pengguna tegar produk Amway sejak tahun 2003 hingga sekarang. Saya menggunakan produknya bukan sebab saya menjalankan bisnes tersebut, tetapi sebab saya yakin dan dapat manfaat daripada produk-produk tersebut.
Ciri-ciri MLM Bersistem
Walaupun Amway adalah bisnes MLM yang sudah established di dunia, bukan semua organisasi pengedar Amway menjalankan bisnes berSISTEM yang Robert T. Kiyosaki maksudkan.
Sebahagian besarnya hanyalah sekadar jurujual sama seperti bisnes-bisnes lain juga.
Sebagaimana ditulis dalam buku "Cash Flow Quadrant", yang Robert T.Kiyosaki maksudkan ialah MLM yang bercirikan di bawah:
- TRACK RECORD - organisasi yang sudah ada proven track record. Sudah banyak yang berjaya dan mencapai financial freedom dengan sistem yang dibangunkannya setelah bertahun-tahun.
- PELUANG BISNES - menyediakan peluang bisnes yang kita sendiri percaya untul berkongsi kepada orang lain dengan penuh yakin.
- EDUCATION - mempunyai pelan pendidikan jangka panjang untuk membangunkan kita sebagai manusia yang lebih baik dari sudut mindset, skillset, dan tabiat peribadi.
- MENTORSHIP - mempunyai program mentorship yang terbukti, dibimbing oleh orang yang sudah terbukti mencapai financial freedom.
- CIRCLE - organisasi yang dianggotai oleh mereka yang kita sangat respek dan berbangga untuk menjadi sebahagian daripada mereka. Mereka menjalan bisnes secara profesional, dengan etika yang tinggi dan berakhlak yang baik.
Kalau nak pilih MLM yang betul, lihatlah 5 perkara ini terlebih dahulu sebelum melihat produknya.
Setahu saya, kalau di Malaysia, pengedar Amway yang membangunkan bisnes menggunakan sistem yang baik seperti TQG (Total Quality Group), BWW (Britt Worldwide), dan juga Network 21.
Saya pernah menyertai program mereka satu ketika dahulu.
Organisasi Bisnes Merentasi Benua
Bisnes MLM yang bersistem tidak didominasi oleh leader (owner).
Leader bukan segala-galanya sebagaimana bisnes McDonald's yang kita bincangkan sebelum ini.
Leader cuma seorang “duplicator” kepada sistem perniagaan yang dikawal rapi oleh syarikat yang menyediakan support system, sebagaimana Hamburger University menyediakan support system untuk bisnes McDonald's.
Organisasi bisnes MLM begini, mampu berkembang hampir ke seluruh dunia.
Kalau kita dengar ada orang buat bisnes MLM yang network bisnesnya sudah merentasi sempadan negara atau benua, selalunya bisnes mereka itu disokong oleh SISTEM bisnes yang sudah established, sama seperti McDonald's.
Ini kerana hampir mustahil sesebuah bisnes itu mampu berkembang ke luar negara tanpa support system yang baik.
Bina Sekali, Hasilnya Sampai Mati
Pada saya, cara #4 ini adalah cara paling mudah untuk orang kebanyakkan mencapai financial freedom.
Robert T. Kiyosaki juga setuju; kalaulah dia terpaksa membangunkan semula kekayaannya daripada kosong, maka dia akan buat bisnes MLM bersistem ini.
"If I had to do it all over again, rather than build an old style type of business, I would have started building a network marketing business." -Robert Kiyosaki, Investor, Entrepreneur and Best-selling Author.
Kerana baginya, inilah cara termudah dan tercepat membangunkan kekayaan dan mencapai financial freedom.
Kita binanya dan bekerja keras hanya sekali, tapi hasilnya dapat dinikmati sampai mati.
Bahkan kalau kita mati pun, bisnes ini dapat diwarisi dengan mudah.
Melihat Bukti Kejayaan Orang Lain
Ia bukan teori, tapi realiti.
Saya kenal sebahagian nama-nama leader bisnes MLM (bersistem) yang sudah meninggal dunia bertahun-tahun lamanya tapi keluarganya masih warisi passive income yang dia usahakan masa hidupnya.
Bahkan income tersebut terus membesar, membesar, dan membesar disebabkan dengan support system yang baik, network bisnesnya terus berkembang setelah kematiannya.
Saya bukan dengar-dengar cakap orang, tapi saya pernah berjumpa sendiri sebahagian waris mereka satu ketika dahulu.
Network Bisnes Yang Saya Bangunkan
Dan daripada pengalaman saya belajar dalam Amway hampir 7 tahun, akhirnya saya membina bisnes Public Gold dengan support system G100 Network (yang saya dan team bangunkan sendiri).
Sehingga Disember 2022, network ini sekarang sudah mempunyai lebih 300,000 customer di seluruh Asia Tenggara, dan berjaya membantu lebih 170 orang mendapat pendapatan pasif 4 - 5 angka setiap bulan sambil menyimpan emas. Alhamdulillah.
Saya sangat yakin, ini adalah jalan tercepat, termudah, dan termurah bagi siapa yang serius nak bina kekayaan dan mencapai financial freedom.
Asalkan dia sanggup untuk belajar dan berusaha (menggunakan sistem yang sudah disediakan), dia pasti berjaya, insyaAllah.
Alternatif Lain Capai Bebas Kewangan
Ada tak lagi jalan lain untuk capai financial freedom (bebas kewangan)?
Memang ada, tapi jalan di bawah ini bukan semua orang boleh buat. Antaranya dengan cara menjadi:
- Penulis buku – macam penulis Harry Porter
- Pereka cipta (inventor)
- Penyanyi, penulis lirik, komposer – macam Michael Jackson, Alvis Presly
- Keluarga di raja
Semua di atas adalah sumber pendatan pasif dalam bentuk royalti.
Kerja cuma sekali, tetapi di bayar sampai mati! Bahkan bila sudah mati pun, royalti itu akan terus dibayar kepada waris kita.
Cuba bayangkan hidup Michael Jackson dipenuhi hutang semasa hidupnya, tapi sehari lepas dia mati, anak-anaknya jadi jutawan!
Pendapatan Aktif, Residual, dan Pasif
Jadi bagaimana pula dengan bisnes internet, insuran dan lain-lain yang katanya boleh dapat passive income?
Jawapannya mudah. KALAU KITA MATI, keluarga kita boleh terus warisi pendapatan yang kita pernah usahakan tu selama-lamanya, itu adalah PASSIVE income.
Kalau cuma dapat hanya untuk beberapa ketika, itu dipanggil RESIDUAL income.
Kalau tak dapat langsung, itu dipanggil ACTIVE income.
Itulah neraca sebenar menilai samada pendapatan tu pasif, residual ataupun aktif.
Orang yang dapat pendapatan PASIF yang melebihi keperluan hidup mereka, itulah dia sebenar-benarnya orang yang kaya – bebas kewangan!
Allahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Damai
27 Julai 2011
26 Sya’ban 1432
NOTA : Paling mudah nak dapat pendapatan pasif ialah kerja kerajaan, tunggu sampai umur pencen! Duit pencen kerajaan itu juga salah satu bentuk pendapatan pasif. Tapi jalan tersebut bukanlah idea yang bagus bagi saya.
Pertama, kita terpaksa berkerja sampai usia tua. Kedua, jumlah duit pencen sangat sedikit berbanding gaji terakhir kita. Kita terpaksa hidup dengan cara lebih 'miskin' berbanding tahun-tahun terakhir kita bekerja.
"Bebas hutang", lain. "Bebas kewangan" pula lain. Jauh beza antara kedua-duanya. "Bebas hutang" tu kita dah bebas menanggung beban hutang. "Bebas kewangan" tu pula; tak kerja pun ada duit. Passive income kita lebih besar dari kos sara hidup kita.
[…] Jalan Sebenar Bebas Kewangan […]
[…] Jalan Sebenar Bebas Kewangan […]
[…] Jalan Sebenar Bebas Kewangan […]
[…] Jalan Sebenar Bebas Kewangan […]
Mengenai bisnes MLM, kita kenalah pilih yang betul dan telah terbukti. Lebih lama syarikat MLM itu, lebih bagus.
Betul En. Helmi. Kena cek track record company tu.
saya dh suka baca blog ni..sinonim dgn minat sy terhadap akaun ekonomi kewangan pelaburan etc..bnyk info yg berguna..mohon share info2 yg tuan kongsi di blog ni yer.
Tq berziarah ke blog ni. Silakan berkongsi. Moga ianya bermanfaat, insyaAllah.
[…] #3: Bina sumber pendapatan pasif. Maksudnya, kalau saya mati atau hilang upaya pun, isteri dan anak-anak masih boleh nikmati pendapatan tersebut tanpa gangguan. Saya pernah tulis artikel tentang cara sebenar mendapat passive income, tanpa perlu lagi membuang duit dan masa. Boleh baca artikel saya bertajuk “Jalan Sebenar Bebas Kewangan”. […]
Salam en Zulkifki, penerangan yang bermanfaat ttg bebas kewangan. Selain buku Robert Ti kiyosaki yg Encik review, Boleh Encik zulkifli cadangkn ebook yg bagus untuk buka bisnes? Semoga Allah meliptkn gandakan rezeki Encik sekeluarga. Terima kasih.
Wslm Pn. Salome,
Bagi orang yang baru memulakan bisnes, antara buku yang bagus untuk dapat inspirasi ialah buku “Petunjuk Jalan Kekayaan”, dan buku “Menjejaki Jutawan Senyap” tulisan Chef Li (Dato’ Dr. Rusly Abdullah).
Terima kasih atas doa tersebut. Moga Allah merahmati puan juga.
Saya tau ada satu company yang kena dgn criteria Robert Kiyosaki.
Alhamdulillah.
Blog yang bagus, memang bercita-cita nak bebas hutang dalam 5 tahun ni, kene work smart dan jangan lupa berdoa..
Alhamdulillah.
Salam Tuan,
Boleh Tuan bezakan sedikit apa bezanya MLM cara Mc Donald dgn MLM cara Burger Ramly?
Terima kasih.
Wslm Pn. Rohaya,
MLM cara McDonald, ia mempunyai SOPnya (prosedur kerja) tersendiri. Kalau puan buka McDonald, puan tak boleh buat menu kesukaan puan untuk dijual kepada pelanggan. Puan perlu pastu SOP yang disediakan. Walaupun ada 100 ‘tukang masak’ yang sediakan burger McD, rasa dan standardnya semua sama. MLM begitu, mereka yang SOP yang stardard digunakan oleh pengedarnya SELURUH DUNIA. Ia bukan disediakan oleh syarikat MLM tersebut, tapi mereka mempunyai organisasi lain yang menyediakan sistem sokongan kepada pengedar.
Berbeza dengan Burger Ramly. Orang yang berniaga Burger Ramly di taman perumahan kita, rasa kesedapan burger tersebut pasti berbeza dengan yang berniaga di taman perumahan sebelah. Mereka tak ada standard yang dikawal rapi. Ikut suka peniaga tu sendiri nak buat macam mana. MLM cara Burger Ramly, cara dan strategi berniaga bergantung kepada selera leader dalam organisasi tersebut. Mereka tak ada SOP.
Ooo.. baru faham. Terima kasih Tuan Zulkifli kerana sudi menjawab persoalan saya. 🙂
Menarik! Makin semangat nak baca.
Alhamdulillah..
Klau buka kedai dobi
ok ke tn? tgh mencari idea nk bisnes apa
Assalam tuan Zul,
Saya baru-baru lagi menjenguk website tuan. Banyak perkongsian yang bermanfaat untuk dikongsi bersama. Mohon kebenaran dari pihak tuan untuk saya merujuk, menyalin serba sedikit ilmu yang ada disini. mohon halalkan tuan.
Sebelum tu, boleh tuan jelaskan sedikit mengenai ToneExcel kerana saya juga menyertai dan dapat keuntungan setiap bulan. Secara tak langsung saya ni kira macam agen/pengedar.
Tuan boleh layari http://www.toneexcel.biz/877765
Terima kasih tuan Zul.
Wslm En. Talib,
Silakan share artikel di blog ini. Mudah-mudahan bermaanfaat, insyaAllah.
Saya tak berapa tahu tentang Tone Excel. Cuma kalau produknya dijual beli dengan tujuan sebenar, bagi saya bisnes itu ok, tak ada masaalah. InsyaAllah.
Terima Kasih atas perkongsian Tuan.
Sama-sama En. Radziman.
nak mulakan bisnis emas tahun 2017. ada peluang jutawan akhir tahun ni dari tuan ya.
whatapp saya 010 8093054
Tak ada peluang En. Jack.
Nak jadi jutawan, ia proses ubah diri, bukan sekadar ubah poket.
Terima kasih En zul. Saya kini lebih jelas kenapa perlu bekerja keras untuk berjaya dalam Public Gold selepas baca artikel ini. Tq atas perkongsian ini,
Sama2 Cikgu Salim.
Alhamdulillah.
[…] Jalan Sebenar Bebas Kewangan […]