Hutang Berkat, Hutang Mudarat

by on July 21, 2008

Post image for Hutang Berkat, Hutang Mudarat

Bertukar-tukar kereta antara tabiat yang menghalang kita menjadi lebih kaya, sekali gus meletakkan diri sentiasa dalam belengu hutang. Tapi kami dalam proses membuat hutang lagi setelah semua hutang kami langsai pada Januari 2007.

“Ha? Hari tu kata tak nak buat hutang lagi”

Hmm, pasal hutang ni sebenarnya ada topik yang belum pernah saya tulis untuk dikongsikan dengan sahabat pembaca. Topik ini ada juga ditulis dalam buku-buku kewangan. Memang sekarang ni, saya sedang dalam proses membuat hutang lagi, tetapi kali ini dengan kefahaman baru, iaitu kefahaman terhadap Hutang Berkat dan Hutang Mudarat.

Ada hutang yang boleh dikategorikan sebagai hutang ‘baik’ (Berkat), dan hutang ‘buruk’ (Mudarat). Hutang Berkat, kalau diuruskan dengan betul, akan menambahkan lagi kekayaan kita. Manakala Hutang Mudarat, selalunya mengikis kekayaan kita.

Hutang Berkat – Bertambah Nilainya

Hutang Berkat ialah hutang pada perkara yang makin hari makin tinggi nilainya, seperti membeli hartanah. Bahasa Inggerisnya dipanggil “good debt”. Katakanlah hari ini kita berhutang RM100,000, tetapi setiap tahun nilai rumah kita makin meningkat. Mungkin ia boleh mencecah RM200,000 pada 5 tahun akan datang. Sebab tu lah bank kenakan faedah tinggi untuk pinjaman perumahan, bukan macam pinjaman kereta.

apartment kos sederhana pelaburan hartanah

Buat pinjaman beli rumah membuatkan kita lebih kaya.

Hutang Mudarat – Susut Nilainya

Hutang Mudarat pula sebaliknya. Bahasa Inggerisnya dipanggil “bad debt” – jangan disalah ertikan sebagai Hutang Lapuk. Katakanlah hari ni beli kereta Myvi, keesokkan harinya nilai kereta itu boleh jatuh sehingga RM5,000! Lagi malang, kalau beli pada bulan Disember. Masuk jer bulan Januari (tahun baru), mungkin kerugian lebih banyak dari itu sebab nilai kereta akan dikira pada tahunnya, bukan pada umur sebenarnya.

Dah la nilainya makin susut, bank pula kenakan faedah atas pinjaman tersebut. Kita kena tanggung susut nilai, ditambah dengan faedah pinjaman. Yang miskin akan bertambah miskin. Kalau nak jadi lagi miskin, amalkanlah tabiat suka bertukar-tukar kereta – contohnya setiap 2 atau 3 tahun.

pinjaman kereta memiskinkan

Pinjaman kereta membuatkan peminjam lebih miskin.

Bertukar Kereta Jalan Memiskinkan Kita

“Ah, bukannya banyak. Kereta dulu bayar RM500 sebulan. Kereta baru ni cuma RM600 jer sebulan. Top-up RM100 jer”

Itulah antara cakap-cakap orang yang suka bertukar-tukar kereta. Memang tak banyak bila dilihat pada installmentnya, tapi macam mana pula pada nilainya? Pinjaman kereta lama hanya tinggal RM20,000, tetapi top-up lagi hutang kepada RM80,000. Secara mudahnya, dia bertambah miskin sebanyak RM60,000!

Hm, inilah antara ‘rahsia’ ramai payah nak jadi kaya. Puncanya adalah diri sendiri. Sebab tu kita lihat, ada orang yang pendapatannya kecil, tetapi masih boleh hidup seperti biasa. Tak pula kedengaran berkeluh kesah seperti kebanyakkan daripada kita. Tapi orang yang pendapatan besar, asyik mengeluh tak ada simpanan! Keretalah antara puncanya…

Wallahu ‘alam.

Zulkifli
Damansara Damai
8 Jun 2008, 12.44 tengahari
4 Jamadil Akhir 1429

Contoh Hutang Berkat – pinjaman perumahan dan pinjaman pelajaran. Hutang Mudarat – pinjaman kereta, ansuran perabot dan barangan elektrik, kad kredit. Walauapapun, semua hutang ini masih perlu diurus dengan baik kerana Hutang Berkat boleh bertukar Mudarat kalau salah diurus.

Artikel berkaitan:

(Kredit foto : elitechoise, caranddrive, mitula)

{ 111 comments… read them below or add one }

1 HanaKhairi November 30, 2011 at 6:20 am

salam,
kalau hutang peralatan pembelajaran untuk anak-anak macamana pulak? termasuk dalam kategori aper

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie November 30, 2011 at 6:28 am

Wslm Pn. HanaKhairi.

Hutang apa tu puan? Kalau study loan biasanya interestnya rendah.. ia boleh dikaterogikan hutang berkat kalau diurus dengan betul.. loan biar berpada2, digunakan utk tujuan sebenar iaitu belajar.. belajar tu boleh tingkatkan nilai diri kita.. bila nilai diri meningkat, poket pun meningkat, insyaAllah..

Wallahu a’lam..

Reply

3 sobri @ putera December 5, 2011 at 8:22 am

pelaburan yg terbaik adalah pelaburan utk ilmu yang bermanfaat di dunia dan akhirat.. jgn pinjaman blajar tp blajar sekadaR nak lulus exam.. yg paling penting adalah ilmu tersebut yg bleh di aplikasi dalam kehidupan kita.. ilmu + amal = berjaya. imlu tanpa amal = rugi.. amal tanpa ilmu = jahil.. berdasarkan pengalaman saya amek diploma hya nak pass exam tp tak gunakan ilmu.. merana walaupn ada diploma tp bla interview, nak ceta apa yg kita blajar pn tak tau.. harap2 tak jd pada kwn2 smua..

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie December 6, 2011 at 9:25 am

Betul tu Sobri, saya setuju. Biarlah kita belajar untuk dapatkan ilmu, bukan nak dapat sijil. Bila kita ada ilmu, nilai diri kita akan meningkat. Bila nilai diri meningkat, poket pun adakan meningkat – AUTOMATIK! InsyaAllah.

T.kasih atas perkongsian ringkas dan padat dari Sobri.

Reply

5 Anonymous November 3, 2012 at 6:41 pm

sangat setuju… kita boleh kaya dengan berhutang tetapi ramai yg jadi papa kedana kerana berhutang… fikir fikir kan lah

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie November 3, 2012 at 7:53 pm

Tq atas pandangan tuan.

Reply

7 Anonymous April 15, 2013 at 1:05 pm

duit banyak tapi ada yang berhutang @ tak cukup duit… kenapa??? jawapannya… baliklah kepada allah kerana keberkatan dari-Nya yang paling penting… kalau tak ada keberkatan dlam rezeki, 3k, 4k sebulan pun boleh hilang sekelip mata… pendek kata, tak tau duit tu pi mana!

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie April 16, 2013 at 10:23 am

Terima kasih tuan atas perkongsian bermanfaat. Moga Allah merahmati tuan.

Reply

9 che wey July 28, 2013 at 11:06 pm

Salam, macam mana ya pinjaman untuk pelaburan. Terkandung dalam hutang manafaat juga ke.. ingat nak buat pinjaman peribadi untuk melabur dalam emas.. ni pinjaman pertama saya sebab baru bekerja. Saya ada terbaca pasal Aziz Ali cakap nak buat pinjaman ada dua sebab je, besarkan bisnes n beli rumah. TQ.

Reply

10 Mohd Zulkifli Shafie July 28, 2013 at 11:44 pm

Wslm En. Che Wey,

Pinjaman untuk membeli aset yang sentiasa meningkat nilainya termasuk dalam hutang bermanfaat – rumah, tanah, emas & perak. Walauapa pun, ia mesti berpada-pada dan diuruskan dengan betul. Hutang rumah kalau tak berpada-pada, rumah tu akan jadi penjara walaupun ia termasuk dalam hutang bermanfaat.

Wallahu a’lam.

Reply

11 jie August 21, 2013 at 2:43 pm

salam..sekadar nak bertanya…kalau nak tukar kereta sebab kereta lama selalu rosak…tu camner???

Reply

12 Mohd Zulkifli Shafie August 21, 2013 at 5:31 pm

Wslm.

Kalau dah memang keperluan tak ada masalah. Beli kereta sekadar untuk keperluan. Kalau Proton Saga FLX dah cukup untuk keperluan, jangan bazirkan duit beli Proton Inspira. Begitulah sebagai contohnya.

Reply

13 rin September 24, 2013 at 4:39 pm

As-salam En Zul,

Setelah membaca ruangan /blog ini saya terpanggil utk bertanyakan satu permasalahan. Byk manfaat saya perolehi dr blog ini. Usaha yg begitu baik sekali. Tahniah dan semoga Alah memberkati segala usaha Tuan ini.

Saya mempunyai sebuah kereta lame (ansuran dah abis bayar setahun yg lalu).

Keadaan kereta saya tu spt berikut:-
1) Manufacturing thn 1995, usia nya skg dah 18thn)
2) Road Tax/ Insurans – cecah RM400 setahun
3) kesihatan nya pon tak begitu baik, pernah overhaul 2 kali), saya beli 3rd hand dr bank.
4) nak bawak pegi keje… long distance high petrol consumption
5) dlm anggaran kasar RM6k kene spend utk repair (antaranya tukar tayar, masuk workshop-enjin/radiator, break, tukar cermin depan yg retak teruk)

Saya bercadang untuk jual…tp ade halangan dr pihak tertentu atas alasan sayang kete tu dah abis bayar dan boleh direpair lagi. Masalahnye… dekat setahun wang dr gaji tak mampu nak allocate untuk repair kete tu.

Wang pulak habis byk sebelum ni untuk bayar dan buat maintenance kereta tu.. Total kasar RM90k, termasuk tukar enjin dan ansuran bulanan yg tggi..menjadikan saya begitu fobia untuk spend semate2 untuk kereta tu.

Appreciate your advice/ any suggestion apa patut saya lakukan. Sama ada keputusan saya untuk jual atau simpan je kereta tu.

Terima kasih. Wasalam.

Reply

14 Mohd Zulkifli Shafie September 26, 2013 at 4:03 pm

Wslm Tuan,

Kalau kereta dah teruk sangat sampai maintenance terlalu tinggi, lebih baik beli kereta baru jer. Kereta baru ni tak perlu keluar kos yang besar sekaligus, cuma ansuran jer lah yang kena tanggung bulan-bulan. Kereta lama ni memang banyak kos habis. Kalau orang tak ada saving, memang tenat sikit pakai kereta lama. Tapi overall cost, biasanya kereta lama mungkin lebih jimat.

Buat loan kereta ok, asalkan ia benar-benar untuk keperluan. Kalau Saga BLM dah cukup untuk keperluan, beli Saga BLM jer lah. Tak perlu sampai habis duit beli Inspira. Tengok keperluan la macam mana.

Wallahu a’lam.

Reply

15 amrus August 23, 2013 at 6:49 am

Kali pertama saya melawat blog tuan hari ni… masyallah saya rupanya baru tahu kami sekeluaga dikelingi oleh hutang tp allamdulilah hutang berkat lebih byk dari hutang mudarat…. org lain pernah kata pada saya kerja 15 thn tak pernah beli walaupun sebijik kereta hanya pakai motorsikal aje… tp saya telah berhutang beli rumah untuk disewakan pada tahun pertama saya kerja….. kini selep

Reply

16 Mohd Zulkifli Shafie August 23, 2013 at 8:02 am

Wslm En. Amrus,

Alhamdulillah, tahniah sebab semua hutang yang En. Amrus buat tu adalah hutang yang membuatkan En. Amrus lebih kaya. Hutang tu semua hakikatnya ditanggung oleh penyewa sepenuhnya. Kalau ia memberi aliran tunai yang positif setiap bulan, jangan risau. Tak perlu langsai awal semua hutang tu.

Reply

17 rina August 23, 2013 at 9:26 am

Terima kasih atas perkongsian tuan. Baru saya tahu banyak kesalahan yang saya dah buat. Tuan. saya ingin meminta pendapat tuan, saya trade in kereta pertama saya myvi dengan ansuran bulanan 560/bulan kepada vios 790/bulan pada tahun lepas. Kini saya terasa bebanan membayar harga kereta tersebut dan baru tersedar kesalahan saya membuat hutang mudarat. Soalannya, patut kah saya trade in vios tersebut kepada kereta 2nd hand, yang ansuran bulanan yang lebih rendah?saya takut membuat kesalahan lagi yang menyebabkan saya terjerat dengan hutang baru. Untuk pengetahuan tuan, kereta vios tersebut adalah tahun 2012. Mohon bantuan nasihat dalam saya ini. terima kasih, hanya Allah mampu membalasnya.

Reply

18 Mohd Zulkifli Shafie August 23, 2013 at 5:13 pm

Wslm Pn. Rina,

Saya tak berani bagi cadangan supaya trade-in kepada kereta second hand sebab kereta second hand pun ada cabaran dia. Tapi selama 10 tahun saya kerja, saya dah pakai 2 kereta second. Kereta pertama saya beli tahun 2003 berharga RM15,500, kereta Nissan Sunny 2nd hand (keluaran 1994). Awal tahun ni saya jual kereta Nissan Sunny tu dengan harga RM3,400 kepada orang kampung dan beli kereta Honda Accord 2nd hand bernilai RM14,000 (keluaran 1995). Saya tak habis duit banyak untuk beli kereta.

Saya syorkan Pn. Rina tulis atas kertas, pro & kontra setiap pilihan yang dibuat. Lepas tu buat keputusan.

Wallahu a’lam.

Reply

19 Liza Hamiza August 26, 2013 at 1:28 pm

Assalamualaikum wbt Zul,

Saya telah membeli rumah baru secara tunai setelah menjual rumah lama pada tahun 2011.

Saya telah membuat kesilapan dimana saya tidak membuat pinjaman bank utk bayar rumah baru. Sepatutnya saya buat pinjaman supaya ada duit tunai dalam tangan.

Bila saya baca artikel tentang pinjaman rumah (good debt), boleh zul cadangkan idea kpd saya. Tujuan saya nak dapatkan tunai dalam tangan adalah utk menunaikan haji sebelum umur 50thn dan membeli emas utk pelaburan.

Reply

20 Mohd Zulkifli Shafie August 26, 2013 at 3:20 pm

Wslm Pn. Liza,

Kesilapan kecil jer tu. Rumah tu puan boleh refinance, tak ada masalah. Berbincang dengan pihak bank untuk refinance rumah tu.

Reply

21 lis August 28, 2013 at 4:45 am

Salam,
Adakah bayaran bulan untuk insurans dikira sbg hutang mudarat? Kini sy telah ada tunggakan 3 bulan utk byr insurans saya dan anak2.now rasa agak bebanan.tp sy fikirkan ini utk kbaikan masa krikitikal.in fact insurans yg sy ambil ada pakej utk simpanan.adakah insurans sseuatu yg priority?trima kasih.

Reply

22 Mohd Zulkifli Shafie August 28, 2013 at 12:22 pm

Wslm Pn. Lis,

Insuran bukan hutang, ia untuk protection kewangan bila berlaku musibah. Bagi saya ia perlu ada kalau dah cukup simpanan untuk kecemasan. Insuran yang penting ialah protection, bukan simpanan. Kalau nak menyimpan, simpan di Tabung Haji lagi untung. Saya tak ambil insuran (takaful) melainkan untuk portion protection sahaja.

Wallahu a’lam.

Reply

23 Ros September 5, 2013 at 2:20 pm

Salam tuan,
Kalau buat pinjaman untuk beli emas, macamana pulak? Harga emas jarang menurun ( jangka masa panjang)…

Reply

24 Mohd Zulkifli Shafie September 6, 2013 at 8:34 am

Wslm Pn. Ros,

Buat pinjaman untuk beli emas bagi saya ia good debt sebab emas mengekalkan kuasa belinya dalam jangka panjang.

Reply

25 Zie September 22, 2013 at 11:02 am

Saya makan gaji . Ada personal loan rm200k. Gaji bulanan tinggal rm1500. Anak 3 orang kecik lagi. Suami tiada pendapatan tetap. Dengan kata lain saya ada 6 mulut hendak di suap. Savings tiada langsung. Bagaimana nak go on ? Saya bergantung dengan ajaran agama untuk tidak biarkan tekanan datang dalam hidup atau menyebabkab saya mengalami tekanan perasaan..

Reply

26 Mohd Zulkifli Shafie September 22, 2013 at 5:14 pm

Saya nampak puan kena berniaga secara sampingan dan letakkan azam nak langsaikan hutang tu. Kalau harap makan gaji jer, memang tenat nak langsaikan semua hutang tu. Moga Allah permudahkan puan. InsyaAllah.

Reply

27 budu December 26, 2013 at 2:40 pm

Hutang berkat = riba = alhamdulillah?
Hutang mudharat = riba = alhamdulillah?

Nikmatnya hidup didalam sistem riba. Sesuatu yg sukar dicari malahan ustaz-ustazah yg bersekolah agama pun sudah selesa dengan jual-beli riba. Apatah lagi orang awam yg bukan belajar agama.. semuanya berangan2 untuk memberi rezeki kpd diri sendiri dan selepas mati pula, mereka dapat pula menyediakan rezeki untuk waris2 mereka..

http://m.youtube.com/watch?v=Qpidv6FPEIw&desktop_uri=%2Fwatch%3Fv%3DQpidv6FPEIw

Reply

28 Mohd Zulkifli Shafie December 26, 2013 at 2:48 pm

Riba atau tidak, itu saya ikut pendapat ijmak ulama. Kalau salah ijtihad mereka, mereka dapat 1 pahala. Kalau betul ijtihad mereka, mereka dapat 2 pahala. Itu kaedah mengeluarkan hukum dalam agama. Kita orang awam ikut sahaja, melainkan kita boleh tashihkan sendiri hukum berdasarkan ilmu kita sendiri. Kalau salah pendapat ijmak ulama, tak ada dosa langsung pada kita.

Saya setuju pendapat Sheikh Imran, dan saya hormati pendapat ulama yang lain.

Wallahu a’lam.

Reply

29 izzati December 27, 2013 at 4:44 pm

Salam mohon share..bermanfaat informasi di sini

Reply

30 Mohd Zulkifli Shafie December 27, 2013 at 10:10 pm

Wslm Pn. Izzati. Silakan share. Mudah-mudahan ianya bermanfaat, insyaAllah.

Reply

31 Ibni Majah December 28, 2013 at 10:01 am

salam tuan..saya nak tanya pendapat tuan.saya baru 3tahun kerja n setahun khwin..sbnarnya lama dh bercadang nk beli kereta bila nk khwin tu..saya cadang nk beli MPV sebab utk perjlnn jarak jauh dri johor ke kelntan(kg hlman) n keperluan jangka pnjg isteri n anak(insyaallah jgka buln5 y sulong)..
saya dalam dilema nk beli kereta keluaran malaysia atau luar negara..dlm prncgn nk beli alza,avanza,grand livina.kalu boleh sy nk guna utk tempoh y lama..

Reply

32 Mohd Zulkifli Shafie December 28, 2013 at 8:16 pm

Wslm,

Bagus tu beli MPV. Sesuai untuk orang berkeluarga dan travel jauh macam tu. Saya prefer kereta second hand keluaran luar negara sebab jauh lebih jimat, dan kualiti jangka panjang jauh lebih baik berbanding kereta tempatan. Kalau nak beli kereta second hand, saya syorkan baca buku “Bagaimana Memilih Kereta Terpakai Yang Lebih Baik” di http://www.bookplanet.com.my/index.php?target=products&product_id=72.

Wallahu a’lam.

Reply

33 Ibni Majah December 29, 2013 at 9:57 am

ooo ok atas penerangan..insyaallah sy akn wat kptsn trbaik..pngurusan kwangan akn jd lbih elok lpas tgk web ni…

Reply

34 Mohd Zulkifli Shafie December 29, 2013 at 10:08 am

InsyaAllah. Alhamdulillah.

Reply

35 Aizuddin December 29, 2013 at 4:09 pm

Assalamualaikum tuan,
Mohon penerangan lebih lanjut tentang bagaimana hutang berkat itu boleh memudaratkan bila tidak diuruskan dengan baik. Mungkin boleh beri contoh bagaimana caranya pengurusan yang baik dan tidak baik.

Semoga Allah memberkati jasa baik tuan.

Reply

36 Mohd Zulkifli Shafie December 30, 2013 at 12:21 am

Wslm En. Aizuddin,

Contohnya beli rumah tapi dalam jumlah ansuran yang tak mampu dibayar. Rumah tu akan jadi penjara, bukan jadi harga. Lagi contohnya beli rumah jauh-jauh yang kita tak boleh urus sendiri. Akhir sekali rumah tu terbiar tak ada orang duduk, dan tak disewakan. Kita terpaksa tanggung ansuran bulanan dan rumah tu makin “reput”. Dan banyak lagi.

Wallahu a’lam.

Reply

37 Aisyah January 2, 2014 at 1:38 am

Saya dlm dilema. Saya ingin menukar kereta tapi serba salah. Kerana saya masih tidak dapat menketogori kan diantara keperluan dan kehendak. Tujuan tukar utk jimat minyak coz byk travel dan kete lama dh 70000km within 2years. Dan mcm ada tanda2 yg ditakuti if still keep don’t know what next yg kena repair. Dr myvi 2011 ke Jazz Hybrid. Hutang bank ada 37k. Market tak tahu berapa. Cadang nak tred in. What do you think? Boleh bg fair opinion. Pro n con.Tq

Reply

38 Mohd Zulkifli Shafie January 9, 2014 at 11:08 pm

Pn. Aisyah, bagi saya 70,000km tu masih ok dengan syarat kena jaga maintenance dengan baik. Pengalaman saya, kereta Honda memang tahan. Cuma kerisauan puan tu mungkin sebab puan tak tahu problemnya dimana. Kena mintak suami, atau sesiapa keluarga yang lelaki tengok-tengokkan kereta tu. Atau kena cari pomen yang boleh dipercayai untuk diagnose masalah kereta tu. Boleh jimat banyak, insyaAllah.

Wallahu a’lam.

Reply

39 Kartinie binti Johari January 10, 2014 at 1:23 pm

Assalmmualaikum, kontrak perkerjaan saya akan tamat pada 15 Feb 2014 dan company tidak akan renew kontrak itu disebabkan saya akan bersalin pada akhir bulan March 2014. Kalau diikutkan saya memang ada simpanan sebab saya sedar situasi saya sebagai pekerja kontrak bukan pekerja tetap. Sebab itu simpanan paling penting untuk tampung kehidupan saya. Selepas habis pantang memang saya dah stanby kerja dari rakan-rakan yang saya kenal. Boleh kah saya menyertai pelaburan emas? mengikut Tuan Zul kita perlu ada 3 bulan salary untuk masuk dalam pelaburan emas ini, dan memang saya ada simpanan itu tetapi adakah tuan dapat beri pendapat, wajarkah saya menyertai atau perlu tunggu sehingga saya bekerja selepas pantang? mohon pendapat dan penjelasan..

Reply

40 Mohd Zulkifli Shafie January 11, 2014 at 12:36 am

Wslm Pn. Kartinie,

Saya boleh syorkan mulakan dulu at least dengan coin 1 dinar. Duit 3 bulan gaji tu biarkan disimpan dalam bentuk tunai. Bila dah ada emas, puan akan lebih cepat faham tentang emas, insyaAllah.

Reply

41 Ariffin January 14, 2014 at 11:06 pm

assalamualaikum,
sy nk tanya pendapat saudara tentang bisnes bizkkaching, https://www.facebook.com/stemcell.bizkaaching?fref=ts ramai yang kata ia menguntungkan tp adakah melepasi hukum syariah?

Reply

42 Mohd Zulkifli Shafie January 15, 2014 at 1:29 am

Wslm En. Ariffin,

Saya tak pasti pasal hukumnya. En. Ariffin kena tanya direct orang yang berniaga produk tu. Kalau ianya adalah MLM, saya syorkan En. Ariffin baca artikel saya di http://www.mohdzulkifli.com/2011/09/2-petanda-asas-menilai-sesuatu-mlm.html .

Wallahu a’lam.

Reply

43 irwan January 20, 2014 at 8:11 pm

Salam, saya baru sahaja bekerja dan bercadang mengambil satu polisi insuran. Buat masa sekarang saya masih bernasib baik kerana mempunyai kad perubatan dr company saya.

Saya ingin meminta pendapat tuan, adakah satu langkah bijak jika saya mengambil satu polisi insurans yg baru utk perlindungan(sprti takaful etc) ataupun cukup sekadar bergantung kepada insuran company shaja?
Adakah berbaloi jika jika utk tujuan simpanan sedangkan duet tersebut saya rasa adalah lebih baik jika disimpan di dalam tabung haji?

Minta pandangan.. :)

Reply

44 Mohd Zulkifli Shafie January 20, 2014 at 10:14 pm

Wslm En. Irwan,

Pasal takaful ni bagi saya, at least kena ambil cover penyakit kritikal dengan cover sekitar RM150,000 – RM200,000. Kalau selalu pergi kerja naik motor, kena tambah cover personal accident (PA). Jumlah cover PA tu ikut keperluan.

Reply

45 irwan January 21, 2014 at 12:52 am

Terima kasih Tuan Zul,

Saya mmg bercadang ke arah itu. Satu lagi adakah penting bagi kita utk memiliki kad perubatan(cover by insuran) dan juga simpanan melalui insuran? Terutamanya jika bajet yg agak terhad. tq.

Reply

46 Mohd Zulkifli Shafie January 21, 2014 at 7:08 am

Kalau bajet terhad, bagi saya kad perubatan bukan priority. Priority cover penyakit kritikal & PA kalau banyak travel. Insuran bukan tempat yang bagus untuk buat simpanan sebab fees yang terlalu mahal, tapi ia terbaik untuk dapat perlindungan. Anggap duit yang dibayar tu belanja hangus. Kalau untuk simpanan tunai, saya prefer Tabung Haji.

Wallahu a’lam.

Reply

47 Puan Hana February 15, 2014 at 9:01 pm

As salam,
Saya ada pertanyaan, saya ada 2 rumah, satu rumah diduduki oleh ibu n bapa dan satu lagi resort condo yang tk berapa memberi pulangan dari segi pelaburan kerana kurang pelanggan. Soalan saya patutkah saya selesaikan pinjaman bank untuk kedua2 property tersebut kerana saya ada cash di tangan atau bayar sahaja di bank sehingga tamat tempohnya. Memandangkan saya berkerja sendiri, saya risau sekiranya duit simpanan saya abis dan gagal untuk membayar ansuran di masa akan datang.
Minta nasihat dari En. Zulkifli, Terima kasih.

Reply

48 Mohd Zulkifli Shafie February 16, 2014 at 12:53 pm

Wslm Pn. Hana,

Dari sudut kewangan, kedua-dua rumah tu jadi bebanan (liabiliti). Kalau liabiliti, lebih baik settlekan kesemua. Ataupun Pn. Hana manfaatkan cash yang ada untuk deposit beli properly lain yang boleh bagi positif cash flow yang mampu cover ansuran kedua-dua rumah tersebut. Memang duit tunai tak boleh dibiarkan lama-lama. Nanti panjang pulak akal untuk berbelanja.

Wallahu a’lam.

Reply

49 sofian April 16, 2014 at 4:50 pm

as salam. Saya ada kemuskilan. Skrng ni sy ada cash di tangan dan pada mulanya sy bercadang untuk melangsaikan hutang rumah a. Tp bila difikir balik, lebih baik saya gunakan duit itu untuk renovate rumah baru iaitu rumah b yang dijangka siap bulan 8 ni. Apa cadangan tuan? Terima kasih

Reply

50 Mohd Zulkifli Shafie April 16, 2014 at 6:14 pm

Wslm En. Sofian,

Kalau rumah A tu untuk investment, dan kutipan sewanya boleh bagi positive cashflow, bagi saya tak perlu gopoh untuk langsaikan hutang tu.

Reply

51 sofian April 16, 2014 at 4:53 pm

Saya ada kemuskilan. Skrng ni sy ada cash di tangan dan pada mulanya sy bercadang untuk melangsaikan hutang rumah a. Tp bila difikir balik, lebih baik saya gunakan duit itu untuk renovate rumah baru iaitu rumah b yang dijangka siap bulan 8 ni. Apa cadangan tuan? Terima kasih

Reply

52 Mohd Zulkifli Shafie April 16, 2014 at 6:14 pm

Wslm En. Sofian,

Kalau rumah A tu untuk investment, dan kutipan sewanya boleh bagi positive cashflow, bagi saya tak perlu gopoh untuk langsaikan hutang tu.

Reply

53 sofian April 17, 2014 at 7:29 am

As-salam,

Terima kasih di atas respond tuan. Sebenarnya rumah A yang saya nak settle tu adalah untuk dijual.

Reply

54 Mohd Zulkifli Shafie April 17, 2014 at 9:08 am

Oh, ok En. Sofian. Kalau macam tu tak ada keperluan untuk settle segera.

Reply

55 cokkodok May 5, 2014 at 11:22 am

Salam Encik Zul,

kadang-kadang masa terdesak, saya terpaksa guna wang simpanan yang ada untuk bayar hutang yang tertunggak. Apa pendapat Encik Zul?Ada tak cara lain untuk elakkan daripada mengganggu wang simpanan sedia ada?

sekian, terima kasih

Reply

56 Mohd Zulkifli Shafie May 5, 2014 at 4:06 pm

Wslm tuan,

Untuk elak kebocoran wang, mungkin artikel saya di link http://www.mohdzulkifli.com/2013/12/7-strategi-elak-kebocoran-wang.html boleh membantu. InsyaAllah.

Reply

57 mohazam May 6, 2014 at 11:21 pm

Assalamualaikum, tuan.

Saya berumur 26 tahun (2014), masih bujang, baru bekerja selama 2 tahun 4 bulan di sektor awam.

Pendapatan + elaun yang saya terima, Alhamdulilah, cukup/agak mewah untuk seorang yang bujang.

November 2013 yang lalu, saya telah buat sejumlah personal loan untuk membeli sebidang tanah ladang getah daripada saudara saya. Alhamdulilah, ladang mengeluarkan hasil dan ada orang dipercayai yang uruskan.

Selebih daripada baki wang personal loan itu, saya gunakan untuk membeli emas dan dinar, dan selebihnya saya simpan dalam akaun bank.

Saya tiada komitmen tinggi terhadap kereta, sekadar RM 248 sebulan untuk sebuah perodua kancil yang beli beli semasa 2008 waktu saya belajar dahulu, masih berbaki 3 tahun untuk installment bank.

Rumah masih tiada, sekadar menyewa bilik bujang, memandangkan saya ditugaskan jauh di Borneo, masih tinggal bersama-sama ibu bapa dan keluarga apabila pulang bercuti.

Ada cadangan daripada pihak tuan untuk menambahbaik lagi pengurusan kewangan saya?

Reply

58 Mohd Zulkifli Shafie May 7, 2014 at 8:27 am

Wslm En. Mohazam,

Saya tak pasti apa yang boleh saya syorkan.

Status kewangan En. Mohazam bagi saya ok. Cuma pastikan letak matlamat kewangan, berapa banyak nak kumpul harta dan macam mana dengan harta tu boleh generate passive income sepanjang hayat. Contohnya, target untuk memiliki aset bernilai RM1.2 juta (dlm tempoh yang ditetapkan), dan aset tu boleh jana passive income RM5,000 setiap bulan. Aset tu mungkin berbentuk tanah, rumah sewa, simpanan tunai dsb. Bila ada matlamat, senang untuk susun strategi sesuai dengan matlamat, dan kita senang ukur sejauh mana kita dah capat matlamat kewangan. Kalau tak ada matlamat, kekayaan kita senang bocor.

Wallahu a’lam.

Reply

59 mohazam May 7, 2014 at 9:35 am

terima kasih, tuan.

InsyaAllah, akan diikhtiarkan.

Reply

60 Isteri Orang May 21, 2014 at 11:34 am

saya ada hutang ah long sebanyak 10k. saya cuma kerani yang bergaji bawah 1k. bulanan tolak along rm500.00 sepanjang 2 tahun. kini saya terbeban , gaji suami utk keperluan rumah, anak2 dan keluarga. setiap bulan duit gaji saya “negatif” . saya muhasabah diri dan kadang2 saya rasa stress mengiatkan hutang yang perlu saya bayar. apa yang boleh saya buat saya cuma bole bersabar dlm masa 2 tahun lagi. Minta pendapat tuan…

Reply

61 Mohd Zulkifli Shafie May 21, 2014 at 11:58 am

Salam Puan.

Puan mesti cari jalan tambah pendapatan. Buat kerja part-time atau mulakan bisnes sendiri. Banyak buat solat hajat dan doa, minta Allah keluarkan dari belengu hutang. Setiap doa yang kita minta, Allah tak akan biarkan ianya kosong. Pasti Allah mendengar permintaan kita.

Wallahu a’lam.

Reply

62 Insan bertaubat April 25, 2015 at 1:59 am

Puan ‘Isteri Org’,

Jika puan ada mslh dgn Ah Long, puan dtglah ke PPIM untuk mintak bantuan di Bukit keramat, kuala lumpur. Boleh contact mereka di 03-42566618/03-42532781.

Reply

63 fieda September 25, 2014 at 11:24 pm

Salam tuan,
Saya ada beli 1bidang tanah di kg dengan syarat tidak boleh dijual kerana ingin kekalkan pemilikan di kalangan saudara.

Saya tidak berhajat utk blik ke kg memandangkn saya ada 30tahun lagi utk berkhidmat dengan kerajaan.

Soalan saya, bagaimanakah saya boleh menjana pendapatan dengan tanah tersebut kerana sekarang ini saya ada tanggungan pinjaman perumahan, pinjaman peribadi(utk beli tanah itu) dan ansuran kereta?

Terima kasih

Reply

64 Mohd Zulkifli Shafie September 26, 2014 at 8:38 pm

Wslm Puan,

Untuk jana hasil samada usahakan sendiri, atau pajak kepada orang lain yang nak usahakan tanah tu.

Reply

65 budak biasa` October 4, 2014 at 7:36 pm

salam …

saya ingain bertanya mengenai status kewangan saya….saya mempunyai simpanan berjumlah RM100,000 hasil simpanan sendiri…skrg saya sudah membeli sebuah rumah RM273k dengan bayaran bulanan RM1356 sebulan…hutang ptptn masih ada RM8k dan hutang peribadi masih ada rm22k… adakah status kewangan saya berada tahap memuaskan atau saya akan menghadapi masalah kewangan…untuk loan RM22k lagi tu sentiasa dipotong dari gaji bulanan saya …rm251 sebulan…minta pendapat tuan mengenai perkara ini… sekian…:)

Reply

66 Mohd Zulkifli Shafie October 5, 2014 at 6:41 am

Wslm,

Bagi saya kedudukan kewangan tu ok, tapi yang lebih penting, tuan kena ada matlamat kewangan. Kalau saya ditempat tuan, saya akan gunakan duit simpanan untuk settle pinjaman peribadi RM22k tu dulu.

Reply

67 Naddy December 30, 2014 at 12:15 pm

Salam Tuan,

Saya ada beberapa kemusyhkilan.. Saya bekerja sbg penjawat awam. Masih lagi potong kwsp maybe dlm tempoh lagi satu tahun. Adakah berbaloi kalau saya gunakan duit kwsp akaun 2 untuk langsaikan hutang ptptn. Atau biarkan sebagai simpanan? Tapi saya mengalami masalah untuk bayar ptptn secara bulanan..

Reply

68 Mohd Zulkifli Shafie February 28, 2015 at 8:34 pm

Wslm Pn. Naddya,

Duit KWSP akaun 2 tak boleh keluarkan untuk bayaran PTPTN. Kalau untuk pembelian rumah atau bayar ansuran pinjaman perumahan, itu memang boleh.

Reply

69 Suzana January 25, 2015 at 8:52 am

salam…sy ingin bertanya. sy skarang ada 4 loan. loan ptptn dip n degree,loan kereta nloan rumah. sy br dpt duit kwsp dlm 25k. niat sy nk settlekn hutang2 yg ada. so sy pilih utk settlekn loan kereta yg berbaki 26k pd feb 2015. tetapi suami sy syorkn utk byr hanya sparuh n sparuh lg masukn dlm tabung haji sbgai pelaburan. apa pendapat tuan ttg cadangan itu?

Reply

70 Mohd Zulkifli Shafie January 25, 2015 at 9:35 am

Wslm Pn. Suzana,

Ok juga cadangan suami puan tu. Tapi saya prefer simpan 3 bulan pendapatan sebagai dana kecemasan, selebihnya saya akan fokus settle hutang kereta dulu. Next, PTPTN pulak.

Reply

71 cekMunah February 25, 2015 at 1:39 pm

Salam En Zul,
sejak BFR dinaikkan oleh bank negara, bayaran bulanan loan rumah saya kesemuanya telah naik, melebihi kadar sewa yg sy terima bagi setiap rumah. . apa yang harus saya lakukan sekarang supaya byaran loan lebih rendah drp kadar sewa.. maintenance fee pun tuan rumah yg kena tanggung….sy kerja gomen.. ada simpanan Tabung haji dlm 30K yg boleh gunakn utk bayar loan topup tu. Cadangan tuan sy harapkan..

Reply

72 Mohd Zulkifli Shafie February 27, 2015 at 2:46 pm

Wslm Pn. Cek Munah,

Kalau nak turunkan ansuran, antaranya panjangkan tempoh pinjaman, atau refinance rumah tu. Kena bincang dengan bank. Mereka lebih tahu.

Reply

73 zam May 14, 2015 at 12:26 pm

Salam tuan ,
Saya ingin bertanya, bagaimana cara untuk uruskan pendapatan bulanan anggaran dlm 5K bersih..supaya blh buat penyimpanan .Masalah utama sya adalah susah untk buat simpanan ,,,,,Dibawah disenaraikan byrn bulanan yg perlu diselesaikan setiap bulan:
1) Rumah RM 840 – Balance htg +-RM 109,000
2) Kereta A : Rm 925 – balance htg +- Rm 76000
3) kereta B : RM 287 – Balance htg +- Rm8000
4) Motor – Rm 215 (Tinggal 11 bln lg)
5) Ansuran (Mediacal card ) – RM277
6) Bill utility
a) Elektrik RM 250 – 300 / bln
b) Telefon HP + wife punya RM 80 – 100
c) Telefon Rumah + Internet RM 75 -80
d) Astro RM 88
e) Bil Air Rm 30 50
f) Indah Water Rm24
7) Security / maitenance rumah – RM70
8) Belanja rumah + keperluan anak/isteri – RM 1500 ++
9) Bayara kredit card – Disebabkan saya tidak ada saving , untuk byr insurance kereta , saya terpaksa byr menggunaka CC dan tukar ke installment plan dgn byran bulanan +- Rm 100- 200
9 ) Lebihan perbelanjaan diatas baru saya gunakan untk kos perbelanjaan ketempat kerja + keperluan sya.Keinginan utk menyimpan memang ada…tapi masih x mencukupi …. Saya juga risau …klu rezeki yg dpt ..x berkat….

Saya ada terfikir utk tamatkan ..
– astro tetapi istri dan anak …nak tgk pulak.
– internet service– anak2 nak guna untk blejar..
– nak jual satu kereta A – anak dah besar takut x selesa pulak / istri pulak mcm x setuju
– Jual kereta B – mungkin blh dpt RM 2K ++
Skg saya dlm proses nak refinance rumah….anggaran byran blnan dlm Rm770 ++. ..Adakah berbaloi sya buat refinance ….rumah…?

Diharap tuan dpt memberi pandangan dlm hal ini ..sbb setiap bln memang sya kehabisan dan tidak cukup duit….

Tq
Wassalam

Reply

74 Mohd Zulkifli Shafie May 14, 2015 at 4:06 pm

Wslm En. Zam,

Macam mana pun, kena cari jalan tambahkan pendapatan dan kurangkan perbelanjaan. Kalau tak tak boleh kurangkan perbelanjaan, fokus tambahkan pendapatan. Kad kredit tu potong. Jangan jadikan kad kredit sebagai reserve. Sebenarnya kita boleh hidup tanpa kad kredit, cuma sebab dah terbiasa, susah untuk kita tinggalkan. Saya dulu pernah lalui zaman kesempitan, tetapi saya tak pernah jadikan kad kredit sebab “dana kecemasan”. Bila kita terbiasa sangat nak beli apa sahaja dengan cara berhutang, kita cenderung berbelanja lebih dari keperluan sebenar menyebabkan kewangan kita makin lama makin tertekan.

Wallahu a’lam.

Reply

75 zam May 14, 2015 at 4:27 pm

Terima kasih atas pandangan tuan.

Reply

76 Syaiful May 21, 2015 at 9:19 am

Assalammualaikum tuan,

Adakah wajar saya refinance rumah yg telah habis bayar @ buat pinjaman peribadi (overlap)bagi melangsaikan hutang kredit kad?Terima kasih atas pencerahan.

Reply

77 Mohd Zulkifli Shafie May 21, 2015 at 2:01 pm

Wslm En. Syaiful,

Kalau masalah kad kredit dah kronik, salah satu cara yang lebih baik ialah refinance rumah atau buat personal loan dan langsai semua hutang kad kredit. Dah langsai tu, terus potong dan buang kad kredit tu. :)

Reply

78 Rosz June 26, 2015 at 8:08 am

Assalammualaikum..

Terima kasih tuan atas perkongsian yg sgt berharga.
Saya ada soalan tentang ‘bad debt’..tentang kereta.
1. Bagaimana jka kereta tersebut dijadikan kereta sewa dan mendapat income? Adakah ia juga dikatakan ‘bad debt’ kerana harga kereta memang akan menurun setiap tahun. Apa pendapat Tuan?

2. Saya ada 50k hasil jualan rumah saya yang ke-2, tapi saya pernah berniat untuk menggunakan 30k untuk bawak ibubapa + mertua saya untuk mengerjakan umrah. Dan selebihnya akan digunakan untk perluaskan perniagaan. Saya juga turut ber’nazar’ yang saya tidak akan keluar Negara melalinkan saya jejak ‘Mekah’ dahulu. Tapi pada masa yang sama, saya dapat peluang untuk ke Indonesia untuk meningkatkan ilmu perniagaan.

Adakah wajar saya gunakan 30k untuk selesaikan ‘niat’ saya tu dan apa hukumnya kalau saya langgar ‘nazar’ saya tu untuk ke Indonesia dulu?Sebab Umrah pada bulan 12 dan Indonesia bulan 9.

Mohon pendapat Tuan..saya confuse..n takut Allah marah dengan nazar saya…

Reply

79 Mohd Zulkifli Shafie June 26, 2015 at 11:27 pm

Wslm puan.

1. Itu good debt sebab hutang itu menambah kekayaan kita.

2. Nazar begitu wajib dilaksanakan selagi ianya tak melanggar syariat. Kalau niat duit itu untuk buat kebaikan kepada ibubapa, jangan batalkan niat yang baik itu. Itu sudah jadi hak ibubapa.

Wallahu a’lam.

Reply

80 Rosse August 9, 2015 at 2:12 am

saya bercadang utk refinance rumah utk settlekan
kad kredit 20k,
personal loan 200k

loan rumah ada baki 70k. dulu beli 250k. skrg value 500k.
skrg monthly installment 2200. tapi gaji bersih saya dlm 1200 je tinggal.

minta pendapat tuan.

Reply

81 Mohd Zulkifli Shafie August 9, 2015 at 5:38 am

Salam Pn. Rosse,

Lepas refinance, dah settle semua hutang, berapa tinggal gaji bersih puan?

Reply

82 Ain August 10, 2015 at 2:54 pm

Assalamualaikom wbkth Encik Zul.

Boleh tak En Zul tulis satu artikel berkenaan refinance? Sampai sekarang saya masih tak faham bagaimana refinance tu berlaku. Saya telah cuba melihat blog-blog berkenaan refinance tetapi sangat mendukacitakan kerana ramai penulisnya walaupun pakar tidak friendly dan tidak responsive dengan pertanyaan dari orang ramai selain memperlekehkan pertanyaan dari golongan yang tidak faham/tidak pandai ini.

Saya berharap artikel pihak tuan nanti dapat membantu ramai orang berkenaan refinance dan berpeluang untuk bertanya jika tidak faham.

Sekian, terima kasih.

Reply

83 Mohd Zulkifli Shafie February 24, 2017 at 8:08 am

Wslm Pn. Ain,

Refinance tu pembiayaan semula.

Contohnya, puan beli rumah harga RM200k. Dah puan dah bayar selama 10 tahun. Katakanlah nilai rumah tu sekarang RM500k, sedangkan hutang pinjaman perumahan cuma berbaki RM150k.

Jadi bila buat pembiayaan semula, puan akan dapat TUNAI sebanyak RM350k (RM500k – RM150k), tetapi ansuran bayaran rumah tu akan meningkat. Untuk refinance ni, banyak juga kos yang terlibat, lebih kurang nak beli rumah baru juga.

Pelabur hartanah selalunya guna duit refinance tu bila sewaan rumah tu dah meningkat, dan mampu cover ansuran hutang yang baru. Hasil duit refinance tu selalunya digunakan untuk beli lagi hartanah baru.

Wallahu a´lam.

Reply

84 Am November 30, 2015 at 12:44 pm

Salam,
Sy ada komitmen kereta dlm RM850, Personal Loan RM 857, sewa rumah RM650, termasuk bagi mak ayah jumlah komitmen dlm 3.5k sebulan. Gaji lbh kurang 4.5k..

Soalan saya, ada org baru bayar hutang dlm RM32k..Apakah yg saya patut buat dengan duit tu? perlu ke saya kumpul duit & plan untuk bayar Personal Loan yang masih berbaki RM69k? atau jadikan duit tu untuk jana pendapatan lain? Sejujurnya sy rase terbeban dengan komitmen yang ada sekarang

Reply

85 Mohd Zulkifli Shafie November 30, 2015 at 4:10 pm

Wslm,

Saya prefer settle hutang dulu.

Reply

86 Noor December 29, 2015 at 4:27 pm

Assalam En. Mohd Zulkifli,

Terima Kasih banyak2 atas ilmu pasal penyimpanan.
Di sini saya nak tanye pendapat En. Zul,
saya dikira mcm Black Listed @ Special Attention kerana tidak membayar installment kereta. Kerata itu sudah di lelong pada 3 @ 4 tanun lepas.
Saya ingin selesaikan hutang kereta saya yg berjumlah RM15k-RM18k lagi, tetapi saya tidak boleh buat personal loan atau pinjaman di mana2 Bank,
saya tidak mahu pinjam Ah Long, takut. Di mana kah lagi saya per buat pinjaman untuk langsai kan nama saya dari “Special Attention”.
Saya bekerja tetap dan boleh commited bayar Rm200 per month utk pesonal loan. Tapi maner2 Bank pun tak layan sehingga nama saya bersih dari “Special Attention” baru saya di benar kan meminjam.
Yang saya pelik, maner saya nak cari RM15k-RM18k jika Bank tidak benarkan saya Pinjam?
Niat ingat nak buat Hutang berfaedah once name saya bersih nanti.

Reply

87 Mohd Zulkifli Shafie January 4, 2016 at 11:14 am

Wslm Pn. Noor,

Tak ada jalan lain puan, kena usaha cari duit lebih dengan tingkatkan pendapatan, atau jual harta-harta lain yang ada. Dah langsai semua hutang, barulah mudah untuk tingkatkan lagi tahap kewangan. InsyaAllah.

Reply

88 Ri January 8, 2016 at 11:49 am

As Salam En.Mohd

Terima kasih berkongsi ilmu.Moga Allah merahmati tuan.
Saya mohom pendapat tuan.Saya mempunyai baki pinjaman peribadi berbaki dlm rm30k bagi tempoh 4thn++ lagi.Saya telah membuat simpanan dgn amaun yg sama.Wajarkah saya menyelesaikannya menggunakan simpanan tersebuat atau bayar seperti biasa kerana rebate yg saya perolehi hanya dlm 4k setelah separuh tempoh pembayaran selesai.Saya fikir penyelesaian awal lebih mengukuhkan pendapatan sebaliknya pula ia boleh menjadi modal pelaburan/simpanan.Bagaimana pdgn tuan?

Reply

89 Mohd Zulkifli Shafie January 13, 2016 at 6:30 am

Wslm Pn. Ri,

Saya prefer settlekan hutang dahulu. Hutang dah confirm settle, tetapi pelaburan tu tak tentu lagi.

Reply

90 Puan Ain January 19, 2016 at 9:29 am

Assalamualaikum Tuan Zul,

Saya masih ada berhutang pada PTPTN, pinjaman kereta dan pinjaman peribadi. Pinjaman kereta sy berkongsi byr dgn suami. PTPTN saya pun ada 2 tahun lebih lg nk habis. Saya telah bekerja hampir 10 tahun tapi saya tiada rumah sendiri. Saya ada bercadang untuk membeli sebuah rumah untuk buat aset sebagai sewaan, walaubagaimanapun suami saya telah memiliki rumah dan tanah di kg nya. Saya bercadang nk beli rumah PR1MA atau rumah 2nd hand je…Pada pandangan tuan, adakah patut saya beli je rumah?

Reply

91 Mohd Zulkifli Shafie January 19, 2016 at 10:28 am

Wslm Pn. Ain,

Saya tak dapat jawab patut beli atau tidak. Ia bergantung kepada matlamat kewangan puan sendiri. Persoalan paling penting, puan nak apa sebenarnya? Lepas tu baru cari jalan mencapainya samada kena beli rumah atau tak.

Reply

92 Lina January 28, 2016 at 5:30 pm

As salam Tuan,
Sy membeli rumah pertama pada tahun 2001, RM132k dan projek tersebut terbengkalai. Bayaran bulanan melalui potongan gaji ialah RM699. Rumah kedua dibeli pada tahun 2002 di Nilai, rancangan asal untuk dijadikan pelaburan dengan bayaran bulanan RM1,2oo. Kini sy menyewa rumah pangsa di KL, RM600 sebulan. Bagaimana cara untuk menjual rumah kedua kerana tidak mampu untuk meneruskan pembayaran. Disebabkan ‘maintenance charge’ yang tinggi dan tertunggak, kami tidak dapat mengambil kunci rumah. Sedih kerana semua perancangan tdk menjadi.

Reply

93 Mohd Zulkifli Shafie January 29, 2016 at 12:25 am

Wslm puan.

Saya pun tak pasti apa jalan untuk jual rumah tu. Baik puan bincang terus dengan developer cara untuk jual rumah tu.

Reply

94 Insan menyesal February 11, 2016 at 9:54 pm

As salam. En, sy ada hutang 1.Personal Loan rm1110 selama 17thn 2.Kereta rm757 selama 6thn 3.Ptptn rm180 selama 11thn. Saya tiada rumah, cuma ada simpanan sebanyak rm30k. Sy dlm di lema, samada sy mahu fokus utk buat rumah d kpg dulu @ selesaikan dulu hutang sy. Kalau nak selesaikan hutang pula, hutang apa yg perlu diutamakan dulu. Boleh en bg sy sedikit nasihat? Saya masih bujang.

Reply

95 Mohd Zulkifli Shafie February 12, 2016 at 6:01 am

Wslm tuan,

1. Kalau saya di tempat tuan, saya fokus langsikan hutang dulu.

2. Langsaikan hutang yang paling kecil dahulu sebagai motivasi untuk langsaikan hutang-hutang lain. Mungkin boleh fokus hutang kereta dahulu.

Wallahu a’lam.

Reply

96 Pg00096211 April 18, 2016 at 10:46 pm

Salam En zul,

Setelah membaca buku zero hutang, saya telah banyak mendapat motivasi tentang pengurusan kewangan. Dan keesokan harinya (13/4/2016), saya trus simpan duit ke asb2 sy, dan memasang matlamat untuk menambahkan simpanan sy yg selama ni mmg di tahap status kewangan berbahaya, di mana hutang (rumah 300k, kreta 90k, Loan asb1 200k), walapun d tahap msh selamat tp dgn keadaan ekonomi yg x mnentu, rupa2 nya baru sy sedar yg sy sbnr di paras status kewangan, boleh dikatakan bahaya n miskin d sbbkn hutang.

Dalam pada yang sama, saya sekarang dlm keadaan dilema, bagaimana lagi hendak tambah second income selain invest public gold.

Apakah online bisnes yg sesuai utk sy utk tmbh kn lg pendapatan. Mohon nasihat.

Tqvm.

Reply

97 Mohd Zulkifli Shafie April 19, 2016 at 5:42 am

Wslm En. Freddy,

Untuk mulakan bisnes sendiri, mungkin boleh baca pengalaman saya di http://www.mohdzulkifli.com/2013/02/4-langkah-mudah-memulakan-bisnes-sendiri.html .

Reply

98 Hidayati May 7, 2016 at 7:04 pm

Assalamualaikum En Mohd Zulkifli. Sy dah buat kesilapan besar dlm hidup bila skg ni sedang menanggung personal loan & kad kredit hampir 200k. Baru2 ni sy telah ditipu investor forex. Skg sy dlm dilema sama ada utk apply akpk atau buat loan govt dgn interest rate yg rendah. Utk pengetahuan En, sy baru sebulan keja govt & sy xlarat nk byr loan2 tu dgn gaji skg. Syukur sy beringat masa keja swasta dlm 2 thn sy beli rumah & akn disewakn RM1,500 sbulan, tp msih tak dpt bantu utk langsaikn hutng2 trsebut. Bantu sy En, akpk atau loan govt? Tp layakkah sy loan govt, sbb masih baru.

Reply

99 Mohd Zulkifli Shafie May 9, 2016 at 8:43 pm

Wslm puan.

Gali lubang tutup lubang tak akan menyelesaikan masalah.

Ada 3 cara yang boleh selesaikan hutang.

1. Jual harta yang ada dan bayar hutang.
2. Kurangkan perbelanjaan. Duit lebihan tu guna bayar hutang.
3. Tingkatkan pendapatan. Cari apa jalan sekalipun untuk tingkatkan pendapatan.

Kesemua hutang itu hanya akan selesai bila dah dibayar. Dan tak ada sumber duit lain yang akan selesaikan masalah itu melainkan guna duit puan sendiri juga. Tak ada jalan pintas.

Wallahu a’lam.

Reply

100 Elly May 21, 2016 at 10:00 pm

Saya suka dgn blog ini..saya rasa dpt membantu serba sedikit..saya nak tnya tuan..saya da 2thn try to loan rumah..tp semua x menjadi smpai akhirnya say rasa bkn rezeki ??..masalahnya bgnie saya try loan rumah 2thn lalu..tetapi tak berhasil sebabnya suami bekerja sndiri x ada kwsp n x ada incometax..sy pula bergaji kecil dan punya komitment yg bnyk…lepas tu saya mencuba lagik thn lepas dgn membuka company ats nama husband dan saya supaya loan senang…ada current acct ada incometax..tetapi incometax potong x banyak..saya try bawa kemana2 bank tanya berapa loan saya boleh lepas..semua bank ckp saya x bleh dpt loan..di sebabkn company sy masuk duit dlm 4 ke 5k sbln..dan perkongsian menjadikn xbleh buat loan…sudi la kiranya tuan memberi sedikit pndgan mengenai masalah saya ini..macam mana loan sy bleh lepas dgn mengunakn duit company yg ada…

Reply

101 Mohd Zulkifli Shafie May 23, 2016 at 9:27 am

Salam Pn. Ally,

Bank suka bagi pinjaman kepada sesiapa yang mampu bayar dengan baik. Syaratnya, kita mesti buktikan kedudukan kewangan kita yang menunjukkan kita mampu bayar. Ini termasuklah; jumlah pendapatan, jumlah simpanan, jumlah harta yang ada dsb.

Kalau orang berniaga, bank nak tengok current account tu aktif duit keluar masuk. Itu menunjukkan bisnes kita aktif. Kalau dapat pendapatan harian, kena masukkan duit ke akaun secara harian. Dan bank juga nak bukti pembayaran cukai. Puan boleh rujuk artikel saya di link http://www.mohdzulkifli.com/2014/11/rahsia-mudah-lulus-pinjaman-tanpa-slip-gaji.html .

Reply

102 Elly May 23, 2016 at 10:43 pm

Semua yang tuan maksudkn semua sy da buat…current acct ada cukai pendapatan ada..tetapi di sbbkn perkongsian bank terpaksa bahagi 2 lagi utk perniagaan tu..menjadikn saya dan husband loan tak lepas…perlukh saya ubah perniagaan saya tu kepada individual..dan current acct saya pun individual???..supaya bank tak bahagia 2 pendapatan perniagaan tu…tapi kalau saya ubah lagi buat masa terdekat ni saya kena tunggu lama lagi untuk loan rumah…..semakin hari semakin naik harga rumah..urmm..atau ada kah cara lain yg bleh saya buat selain ini….membolehkn bank percaya saya boleh bayar dan loan saya lepas..mohon tunjuk ajar…terima kasih..

Reply

103 Mohd Zulkifli Shafie May 23, 2016 at 10:53 pm

Betul. Sepatutnya buat atas nama seorang je senang. Lambat tak apa. Bila kita berduit, peluang yang baik sentiasa ada, insyaAllah.

Reply

104 Elly May 24, 2016 at 1:54 pm

Ok baik terima kasih ats pandanga tuan…boleh membantu saya serba sedikit..terima kasih banyak2…

Reply

105 Mohd Zulkifli Shafie May 24, 2016 at 4:57 pm

Sama-sama Pn. Ally.

Reply

106 Nurridan ABdul Han December 9, 2016 at 10:57 am

Assalamualaikum,
Saya ada dua buah rumah, rumah pertama nak sewa kan dgn sewa RM600 sebulan, ansuran bank RM900 sebulan, rumah kedua dibeli guna govt. loan, mana kah lebih baik sewa rumah atau homestay? sy kira nak jual rumah pertama sebab nak langsaikan hutang kredit card and so on..adakah ianya berbaloi, adakah harga rumah setelah 20 tahun akan menyusut, maksud saya rumah yg berusia 20 tahun…

Tkasih, Nuri, Kuching

Reply

107 Mohd Zulkifli Shafie December 13, 2016 at 7:50 am

Wslm En. Nuri,

Selalunya harga rumah makin mahal. Kena buat kira-kira samada berbaloi atau tidak.

Reply

108 Pn Haizum December 18, 2016 at 10:19 am

askm tuan….
mohon tunjuk ajar..
saya pekerja kerajaan dan bertugas di daerah lain…agak jauh dr kg asal..
saya ada membina rumah d kg bdektan rumah ibu bàpa mgunakn loan peribadi+simpanan sendiri. masalahnya saya sekeluarga jarang balik melainkn semasa cuti Dan rumah tidak terjaga dgn baik.sesuaikah saya jadikn rumah tersebut sbg homestay untuk menambah pendapatan sampingan?terima kasih…

Reply

109 Mohd Zulkifli Shafie December 19, 2016 at 7:11 am

Wslm Pn. Haizum,

Saya tak pasti sesuai atau tidak.

Puan boleh cuba.

Reply

110 Adzha March 3, 2017 at 2:55 am

sya mempunyai be berapa hutang semuanya kira2 dalam 100K,saya bercadang untuk menjual rumah saya Dan menyelesaikan semua hutang tersebut,apa pendapat tuan

Reply

111 Mohd Zulkifli Shafie March 6, 2017 at 8:12 am

Boleh, itu salah satu cara menyusun balik kedudukan kewangan.

Reply

Leave a Comment

{ 16 trackbacks }

Previous post:

Next post: