“Saya tulis artikel ni sebab saya nampak ramai orang terbuang masa cari jalan "kebebasan kewangan". Luang waktu 5 minit, baca artikel ini. Saya tunjukkan sahabat semua jalan sebenar untuk bebas kewangan, hasil pencarian saya selama 5 tahun, dan belajar sendiri dari orang yang telahpun 20 tahun bebas kewangan” - Zul
Baru lepas terbaca satu tulisan ex-classmate saya di Majalah Niaga, bertajuk "Bebaskan Diri Mu!". Dah lama nak share pasal tajuk bebas kewangan ni, tapi tak sempat-sempat. Oklah, just nak share pasal tajuk ni. Kita dok sibuk kerja siang malam cari duit tapi sebenarnya ramai orang tak tahu berapa banyak duit yang dia nak. Dia cuma fikir nak duit banyak jer, tapi tak tahu berapa banyak sebenarnya.
Kekayaan Tanpa Had
Bagi orang yang celik kewangan, mereka bekerja ke arah bebas kewangan. Bebas kewangan bukan gaji besar, bukan duit banyak, tapi maksudnya kita ada aliran tunai masuk yang tetap tanpa perlu bekerja. Contoh mudah ialah ada 5 buah rumah sewa. Katakanlah sebuah rumah sewa boleh dapat RM1,000 sebulan, maksudnya, dengan 5 rumah sewa, kita dapat income RM5,000 tanpa perlu bekerja. Besar ker RM5,000 sebulan? Tak besar tapi bagi orang yang celik kewangan, mereka anggap RM5,000 passive income jauh lebih besar daripada gaji bulanan (active income) RM50,000 sebulan.
Kata David Lee, rakan bisnes kami yang juga seorang Certified Financial Planner berpengalaman katanya "passive income RM1,000 sebulan lebih baik dari gaji bulanan (active income) RM10,000". Kenapa macam tu? Sebabnya, kalau kita hilang upaya untuk bekerja, RM1,000 sebulan tu tetap masuk ke akaun kita. Tapi RM10,000 sebulan tu akan jadi RM0 sebulan bila kita hilang upaya.
Jalan Sebenar Bebas Kewangan
Apakah caranya nak dapat passive income? Di bawah ni, saya dedahkan rahsia orang kaya-kaya dapat passive income sekaligus mendapat kebebasan kewangan yang boleh dilakukan oleh orang biasa, kalau mereka sanggup berusaha.
Cara #1: PELABUR BESAR
Buat bisnes, cari duit banyak-banyak, laburkan ditempat yang betul. Strategi ni adalah strategi konvensional yang banyak diamalkan oleh jutawan-jutawan senyap. Strategi ni perlu benar-benar tahu berjimat cermat. Bukannya dapat hasil, terus tukar kereta besar!
Untuk dapat income RM5,000 sebulan tanpa perlu bekerja, kita kena ada dana at least RM1,200,000. Dengan melaburkan duit tu ditempat yang boleh bagi pulangan 5% setahun, maka dapatlah RM5,000 sebulan! Sebab tu kami target nak kumpul dana sampai RM1.2 juta.
Cara #2: BISNES BERSISTEM
Buat bisnes dari kecil, kembangkan, membesar, membesar sampai ada SISTEM perniagaan yang kukuh tanpa perlu lagi kita ada di situ untuk pastikan bisnes berjalan. Contohnya macam syarikat Gaint, Tesco, dan syarikat-syarikat besar yang lain. Gaint 10 tahun yang lalu tak lah se-Giant hari ni, betul tak?
Masa pergi bershopping hujung minggu di Giant, pernah tak nampak taukey Giant? Dan soalan lagi best, kenal tak siapa taukey Giant? Itulah dia bisnes yang ada SISTEM yang kukuh, dan taukeynya yang ada passive income. Bisnes berjalan tanpa perlu dia ada bersama.
Soalan seterusnya, kenal tak siapa taukey kedai runcit dekat rumah kita tu? Mesti kenal betul tak? Kalau tak kenal, senang jer. Cuba tengok siapa yang jaga cash box bila nak bayar tu. Itulah dia taukey atau keluarga taukey kedai runcit. Bisnes mereka cuma berjalan lancar hanya bila dia ada bersama.
Cara #3: BISNES FRANCAIS
Bina bisnes francais sendiri, atau dapatkan lesen francais yang mempunyai sistem terbukti berjaya.
Contoh francais paling berjaya ialah Mc Donald. Tahu tak, Ray Kroc, owner McDonald mati sejak 1984 lagi? Memamg betul tu. Tapi hari ni, outlet McDonald dah lebih 30,000 outlet seluruh dunia walaupun Ray Kroc dah lama mati. Keluarga Ray Kroc hari ni lebih kaya dari Ray Kroc semasa hidupnya. Dan lagi pelik, keluarganya tak perlu keluarkan setitik peluh pun untuk nikmati hasil kekayaan bisnes McDonald. Itulah dia penangan bisnes Francais. Sama lah juga apa yang bakal dirasai oleh perwaris seperti Secret Recipe dan francias lain yang mempunyai SISTEM perniagaan yang kukuh.
Contoh francais paling berjaya ialah Mc Donald. Tahu tak, Ray Kroc, owner McDonald mati sejak 1984 lagi? Memamg betul tu. Tapi hari ni, outlet McDonald dah lebih 30,000 outlet seluruh dunia walaupun Ray Kroc dah lama mati. Keluarga Ray Kroc hari ni lebih kaya dari Ray Kroc semasa hidupnya. Dan lagi pelik, keluarganya tak perlu keluarkan setitik peluh pun untuk nikmati hasil kekayaan bisnes McDonald. Itulah dia penangan bisnes Francais. Sama lah juga apa yang bakal dirasai oleh perwaris seperti Secret Recipe dan francias lain yang mempunyai SISTEM perniagaan yang kukuh.
Bila ada SISTEM perniagaan, maksudnya sesiapa pun boleh buat bisnes tu kalau dia betul-betul follow manual perniagaan tu. Kalau nak buka restoren, mesti ada tukang masaknya. Sedap atau tak sedap masakan di restoran, sangat bergantung berapa bagus tukang masakannya.
Persoalan sekarang, restoran McDonald ada tukang masak tak? Jawapannya tak ada. Budak lepasan SPM pun boleh jadi 'tukang masak' McDonald dan rasa burgernya SAMA dengan semua outlet McDonald seluruh dunia walaupun tukang masaknya berbeza. Tapi, bila pekerja McDonald tu berhenti kerja, boleh ker dia buat burger sama dengan McDonald? Jawapanya tak boleh. Itulah dipanggil SISTEM perniagaan yang kukuh. Owner tak ada pun, bisnes boleh jalan macam biasa.
Cara #4: MLM CARA FRANCAIS
Bina bisnes MLM yang disokong oleh sistem perniagaan yang kukuh, sebagaimana francais.
MLM ni ramai orang tak suka dan fobia sebab ianya sering sinonim dengan penipuan dan ketidakjujuran. Tapi MLM yang saya maksudkan di sini ialah MLM yang dijelaskan panjang lebar dalam buku Robert T.Kiyosaki, "The Business School for People Who Like Helping People". Bukan sahaja syarikat MLM tu, tapi yang lebih penting ialah organisasi yang menyediakan support system terbukti yang bekerja sama dengan syarikat MLM tu.
Bisnes MLM ni bukan didominasi oleh leader. Leader bukan segala-galanya. Leader cuma seorang "duplicator" kepada sistem perniagaan yang dikawal rapi oleh syarikat yang menyediakan support system, sebagaimana Hamburger University menyediakan support system untuk bisnes McDonald. Bisnes MLM begini, biasanya berkembang hampir ke seluruh dunia. Kalau sahabat dengar, ada orang buat bisnes MLM merentasi sempadan negara dan benua, biasanya mereka ini disokong oleh organisasi yang menyediakan sistem perniagaan begini. Sebabnya, hampir mustahil orang yang buat bisnes di Malaysia, tapi bisnesnya berkembang ke beberapa benua di dunia. Ianya mustahil dengan MLM biasa.
MLM Cara McDonald Lebih Terjamin
Pada saya, cara #4 adalah cara paling mudah untuk orang kebanyakkan. Tapi bukan mudah untuk cari MLM yang penuhi kriteria yang Kiyosaki gariskan. Kalau pun jumpa, belum tentu kita layak untuk sertai mereka sebab mereka bukan jenis bisnes MLM yang dijalankan secara tangkap muat. Mereka ada kriteria tersendiri untuk tentukan dengan siapa yang mereka boleh bekerjasama. Bila tersalah pilih bisnes MLM, itu la ramai yang hilang duit, hilang kawan, hilang kredibiliti, hilang masa dan hilang kerja pun ada!
Katanya, bisnes MLM boleh bagi passive income, tapi kenapa orang yang dikatakan “berjaya”, “jutawan MLM”, “Diamond Director”, “International Diamond” masih berhempas pulas dengan bisnes MLM mereka? Lagi penting, katanya bisnes MLM boleh bagi “financial freedom”, tapi kenapa lagi besar bisnes mereka, lagi tak ada masa, dan lagi pening kepala? Setelah lama mengkaji dan memerhati, saya nampak inilah puncanya. Mereka berniaga MLM cara Ramly Burger, bukan cara McDonald sebagaimana disyorkan oleh Robert T.Kiyosaki.
Dan inilah juga rahsianya orang berniaga MLM yang dah mati lebih 15 tahun lalu tapi keluarganya masih warisi income yang dia usahakan masa hidupnya, bahkan income tersebut terus membesar, membesar, dan membesar. Saya bukan dengar-dengar cakap orang, tapi tengok dengan mata kepala saya sendiri.
4 Jalan Lain Bebas Kewangan
Ada lagi tak jalan lain untuk bebas kewangan? Memang ada, tapi jalan di bawah ni bukan semua orang boleh buat, iaitu:
- Penulis buku - macam penulis Harry Porter
- Pereka cipta
- Penyanyi, penulis lirik, komposer - macam Michael Jackson, Alvis Presly
- Keluarga di raja
Mereka di atas semuanya dapat royalti – passive income. Kerja sekali, di bayar seumur hidup! Bahkan mati pun masih dibayar. Bayangkan hidup Michael Jackson dipenuhi hutang semasa hidupnya, tapi sehari lepas dia mati, anak-anaknya jadi millionnaire!
Jadi, macam mana dengan bisnes internet, insuran dan lain-lain yang katanya boleh dapat passive income?
Jawapannya senang, kalau kita mati, keluarga kita boleh terus warisi income yang kita pernah usahakan tu selama-lamanya, itulah dia PASSIVE income. Tapi kalau cuma dapat untuk beberapa ketika, itu dipanggil RESIDUAL income. Kalau tak dapat langsung, itu dipanggil ACTIVE income. Itulah neraca sebenar menilai samada pendapatan tu pasif, residual ataupun aktif.
Orang yang dapat pendapatan PASIF yang melebihi keperluan hidup mereka, itulah dia sebenar-benarnya orang yang kaya – bebas kewangan!
Wallahu a'lam.
Zulkifli
Damansara Damai
27 Julai 2011
26 Sya'ban 1432
P.s. sebelum pergi jauh mencari duit, lebih baik kita faham dulu 3 jenis pendapatan ni iaitu pendapatan PASIF, RESIDUL, dan AKTIF. Paling mudah nak dapat pendapatan pasif ialah kerja kerajaan, tunggu pencen! Itu memang pendapatan pasif. Tapi jalan tu tak membawa kita kepada bebas kewangan, melainkan jadi macam orang politik. 5 tahun masuk politik, terus jadi millionaire! Mana datang duit tu? Wallahu a’lam.
(Artikel ini dikemaskini semula pada 8 Februari 2012)
Artikel berkaitan:
(Artikel ini dikemaskini semula pada 8 Februari 2012)
Artikel berkaitan:


bile baca artikel encik zul ni,rasa nk buat sekarang juge....tp xtau di mana nk bermulanya,satu langkah untuk terus berjaya seumur hidup....dan xtahu ape jenis bisnes yg,betul2 menjamin masa depan....
ReplyDeleteSaya tengah usahakan 1 daripada jalan dalam artikel tu. Saya boleh tujukkan jalan apa yang kami suami isteri usahakan, tapi saya tak boleh jamin apa2 coz rezeki tu Tuhan dah jamin untuk setiap orang. Kalau tuan/ puan duduk di area KL/ Selangor atau Kelantan, mungkin kami boleh bantu coz kami tengah expand bisnes di 3 negeri ni sekarang ni. Contact saya atau isteri saya.
DeleteSalam tuan, artikel yang menarik. mohon izin untuk kongsikan di blog sy. Tq
ReplyDeleteWslm Puan Adzuliza,
DeleteKalau ianya bermanfaat, silakan sebarkan artikel ni seluas mungkin. Moga ia jadi amal jariah saya dan puan juga, insyaAllah.
Tq byk2.
DeleteSama2 Pn. AdzuLiza.
DeleteSalam Tuan artikel yang amat menarik.Kalau tuan sudi join la sekali bisnes menjana pendapatan pasif dari handphone ini. Sila layari website www.bisnesprepaid.com/wannorahman. InsyaAllah mudah-mudahan berjaya.
ReplyDeleteWslm. T.kasih Wan atas tawaran ni. Moga Wan berjaya, insyaAllah.
DeleteSalam En. Zul,
ReplyDeleteBoleh saya tahu perniagaan apa yang encik jalankan di 3 buah negeri tu? saya berminat untuk memulakan perniagaan passive income ni cuma tak pernah tahu caranya
Wslm Asyraf,
DeleteNanti kita keep in touch thru email, insyaAllah. Asyraf emailkan kepada ibnushafie@gmail.com. Cuma apa yang Asyraf perlu tahu, nak build up passive income ni TAKES TIME. Ia tak sama dengan bisnes yang nak dapat fast cash.
Untuk dapat FAST CASH, kita cuma perlu pandai buat PERSONAL SALES. Tapi untuk build up passive income, kita perlu (1) buid up people untuk generate NETWORK SALES, dan (2) kena ada 'SISTEM' / SOP bisnes yang dah established.
Lepas tu baru dapat PASSIVE INCOME. Wallahu a'lam.
as salam en.zul... tawaran utk perniagaan 3 buah negeri to masih ada lg kq?
DeleteWslm Tuan,
DeleteBuat masa ni saya tutup buat sementara waktu sebab tengah build up newtork sedia ada. InsyaAllah saya akan buka balik beberapa ketika nanti. Tuan bagi nama dan contact no. ke email saya ibnushafie@gmail.com, nanti saya contact tuan bila saya buka balik, insyaAllah.