MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Bila Diri Berubah, Kehidupan Turut Berubah

August 14, 2026

Rutin ni dah lebih 10 tahun!... 

Kehidupan kita lagi 5 - 10 tahun ditentukan oleh apa yang kita buat hari ni.

Bukan sekadar buat, tapi buat sampai jadi rutin

Formulanya simple;

👉🏻 Kalau kita buat sesuatu, kita akan dapat sesuatu.

👉🏻 Sebaliknya, kalau tak buat apa-apa, kehidupan masa depan pun tak ada apa-apa! 

Simple... Tak ada kejutan... 

Hari ni hari Sabtu...

Hari orang bercuti...berehat... dan santai bersama keluarga.

More...

Fokus Upgrade Diri

Tapi pagi ni, saya (dan murid saya yang serius nak jadi sebahagian daripada kejayaan

#MisiUbahHidup1000Keluarga), ikuti core training #PublicGold, iaitu #PGLeadershipTraining.

Ia bukan rutin sebulan dua, tapi rutin bulanan saya sejak 10 tahun lalu!

Ya, 10 tahun... Bukan sebulan dua. 

Nak bina kejayaan besar dalam apa bidang sekalipun, berilah masa untuk diri sendiri selama 10 tahun.

👉🏻 Setiap kita mampu cipta kejayaan besar dalam masa 10 tahun.

Dalam 10 tahun tu jangan fokus pada hasil, tapi upgrade diri sendiri. Sebab setiap tahap dalam hidup kita sentiasa memerlukan diri kita yang baru. 

✅ Mindset baru

✅ Ilmu dan skillset baru

✅ Attitude, habit dan rutin baru

✅ Circle yang baru 

Kunci Kejayaan Bermula Dari Diri

Ingat... Tuhan tak akan ubah keadaan hidup kita, sehinggalah kita ubah diri kita sendiri.

Kita ubah diri, Tuhan akan ubah kehidupan kita. 

Bila diri kita dah berubah, barulah kehidupan kita pun akan berubah. InsyaAllah...

Hakikat bina kejayaan dan kekayaan bukanlah tentang "membina poket", tapi "membina diri".

Membina diri menjadikan diri kita dalam versi yang lebih baik... InsyaAllah... 

#MembangunDiri

#PGG100Network

Zulkifli
Cyberjaya
1 Ogos 2026
17 Safar 1448H

Tentang Penulis

Anis Adlina

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}