MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kenapa Saya Yakin Bina Masa Depan Bersama Public Gold

July 28, 2023

Bukan sekadar jual beli emas, tapi platform terbaik untuk kaya dengan emas. Kami pemilik bersama. Kami bangunkan bisnes dan bina masa bersama-sama. 

Semalam saya dan isteri berdisuki hampir 2 jam bersama Dato Wira Louis Ng, #FounderPublicGold . Setiap 6 - 8 minggu, saya akan cari waktu untuk ‘mengopi’ dengan beliau. Untuk selaraskan (sync) fikiran dan gerak kerja saya bersama team dengan beliau sebagai Founder. 

More...

Long-term Business Partner

Dibahu beliau hari ini adalah masa depan lebih 1 juta penyimpan emas di Asia Tenggara. Dan sekitar 40% adalah dibahu saya dan team #PGG100Network serta #5GAssociates.

Beliau fokus pada operasi dan survival syarikat, saya fokus membangunkan team #PGBO (Public Gold Business Owner) dan edukasi penyimpan-penyimpan emas.

Kami adalah long-term business partner. 

Kalau tanya apa rahsia membuatkan saya fokus membina masa depan bersama Public Gold sejak 2010 sampai sekarang, jawapannya ialah sebab keyakinan saya pada Foundernya.

Keyakinan Saya Kepada Founder

PERTAMA, beliau adalah orang yang baik dan trusted.

Terbukti, sejak 16 tahun, sudah lebih 60 tan emas dijual oleh Public Gold sejak 2008. 100% pembeli emas dapat emas masing-masing. 

Dan ianya adalah emas fizikal! Bukan emas digital. 

KEDUA, beliau seorang yang sangat capable dan competent membangunkan dan memimpin syarikat.

Baik sahaja tak cukup. Tapi untuk berikan amanah kepada seseorang, dia mestikan seorang yang competent (“qowiyy”).

Sepanjang 13 tahun bersama beliau, saya dapati beliau sentiasa berfikir dan melihat 10 tahun ke hadapan.

Dan dengan keupayaan beliau, hari ini, beliau bukan sahaja memimpin Public Gold, tapi beliau juga diberi kepercayaan dan diamanahkan sebagai Presiden MGA (#MalaysiaGoldAssociation) untuk memimpin industri emas di Malaysia. 

Prinsip Kaya Bersama-sama

KETIGA, prinsip beliau ialah nak sesiapa sahaja bersama beliau untuk kaya bersama-sama.

Public Gold dibangunkan bukan hanya untuk beliau dan ahli keluarga beliau jadi kaya raya. Tapi untuk semua. Semua yang mempunyai misi yang sama dengan beliau.

Bukan sahaja customer dan dealer (PGBO), bahkan vendor pun beliau nak grow dan kaya bersama-sama dengan #PublicGold.

Cita-cita beliau sejak dulu lagi ialah nak lahirkan #1MillionMillionaire . 1 juta jutawan!

Jadi Public Gold bukan sahaja tentang emas. Tapi tentang membina kekayaan dan masa depan bersama.

Menabung emas dengan bajet serendah RM100 melalui #AkaunEmasGAP hanya permulaan untuk UNLOCK peluang untuk kaya dengan emas bersama Public Gold. InsyaAllah.

Allahu a'lam.

Zulkifli
Cyberjaya
28 Julai 2023
10 Muharram 1445H

Founder PG adalah Presiden MGA (Malaysia Gold Association) yang jadi wakil industri emas Malaysia ke peringkat antarabangsa. Public Gold adalah member SBMA (Singapore Bullion Market Association). Hanya satu-satunya syarikat emas di Malaysia yang layak jadi member SMBA.Boleh tengok interview menarik oleh the Bullion World India ketika APPMC 2023 di Singapore baru-baru ini, Dato' Wira Louis Ng sebagai Founder of Public Gold.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>