Walaupun harga karipap dah naik lebih 5 kali ganda. Tapi bukanlah bermaksud kekayaan Makcik Bedah peniaga karipap naik 5 kali ganda.
Zaman saya kanak-kanak tahun 80-an dulu, sebiji karipap harganya cuma 10 sen. Sekarang harga paling murah pun 50 sen (untuk dapat karipap yang saiznya sama).
Maksudnya kita kena bayar duit berjumlah 5 kali ganda untuk dapat NILAI yang sama berbanding 30 tahun dulu.
Kuasa beli makin kecil
Jadi adakah peniaga karipap zaman sekarang lebih kaya berbanding dulu sebab harga karipap dah naik 5 kali ganda?
Jawapannya tentulah "tidak".
Walaupun duit yang dia dapat lebih banyak, tapi KUASA BELI duit sekarang lebih kecil berbanding dulu. Duit 10 sen dah tak mampu lagi beli sebiji karipap macam dulu.
Dengan kata lain, 50 sen sekarang sama kuasa belinya dengan 10 sen dulu.
Disebabkan kuasa beli duit kertas yang confirm merosot dalam jangka panjang inilah kenapa Robert T. Kiyosaki (guru kewangan dari Amerika) istilahkan "SAVERS ARE LOSERS".
Orang yang simpan kekayaan dalam bentuk duit kertas (di bank) secara 'berlebihan' akan rugi - disebabkan duit itu sendiri tak mampu menyimpan NILAI.
- Harga Apa Yang Kita Bayar, Nilai Apa Yang Kita Dapat
- Orang Lain Simpan Nombor, Orang Kaya Simpan Nilai
Tertipu dengan nombor
Kita tertipu dengan pertambahan nombor (macam dividen yang tak seberapa).
Sedangkan pertambahan nombor tu tak membuatkan kita lebih kaya pun - bila ambil kira faktor inflasi dan kejatuhan ringgit.
Berbeza dengan emas.
Walaupun emas tak ada pendapatan macam dividen tahunan (kalau simpan dalam ASB atau Tabung Haji), tapi kekayaan kita bertahan (dalam jangka panjang) - kalau kita simpannya dalam bentuk emas.
Emas nilainya dipegang kukuh oleh berat dan ketulenannya sendiri. Kekayaan kita tak terjejas disebabkan inflasi ataupun risiko kejatuhan ringgit kalau kita simpan dalam bentuk emas.
Pendek kata, ekonomi atau politik tonggang langgang sekali pun, kekayaan kita tak tergugat pun.
Kekayaan bertahan dengan emas
Sebagaimana teori "1 dinar seekor kambing".
1 dinar masih mampu beli seekor kambing sejak 1400 tahun dulu sampai sekarang. Nilai emas dipegang kuat oleh BERAT & KETULENANNYA sendiri.
Untuk elakkan tergolong dalam golongan "savers are losers", tukarlah duit simpanan jangka panjang kepada emas untuk 'protect' nilai kekayaan.
Duit yang nak digunakan dalam jangka pendek, biarkan dalam ASB atau Tabung Haji.
Duit simpanan jangka panjang (2 tahun ke atas), tukarkan kepada bentuk emas.
Emas satu-satunya aset kewangan yang nilainya berdiri dengan sendiri, tanpa perlu jaminan daripada sesiapa.
Allahu a'lam.
Zulkifli
Cyberjaya
29 Julai 2023
11 Muharram 1445H
Artikel berkaitan:
- Cara Manfaatkan Duit Bank Untuk Kaya
- Inilah Kisah Membuatkan Saya Tekad Simpan Emas
- Emas Menyelamatkan Saya Ketika Akaun Bank Dibekukan
- Emas Penyelamat Bencana Kewangan
- Emas Benteng Terakhir Kekayaan Jika Berlaku Peperangan - Iktibar dari kisah pelarian Vietnam
- Emas Sebagai Duit Ketika Gawat - Iktibar dari kisah banjir di Kelantan tahun 2014


