Benteng terakhir... Inilah rupanya kepingan emas Kim Thanh (seberat 15g) yang dibawa oleh pelarian VIETNAM sewaktu perang tahun 1970an dulu.
Waktu zaman perang Vietnam dulu, tak ada harta lain yang berharga yang boleh dibawa lari oleh rakyat Vietnam, kecuali kepingan emas nipis ni.
More...
Sehelai sepinggang bersama emas
Bentuknya nipis ini memudahkan mereka sorokkan emas tu di dalam kasut dan jahitan baju...
Apa jadi pada harta yang lain?
Jual atau tinggalkan!
Itu sahaja pilihan yang mereka ada.
Semua harta; termasuk rumah, tanah, kebun, dan ternakkan terpaksa dijual. Dan emas inilah yang membantu mereka memulakan hidup baru di negara lain.
Pada waktu tu, kalau bawa duit kertas Vietnam berjuta-juta pun tak laku di negara lain. Nilai duit bukan pada kertasnya, tapi pada jaminan pemerintah.
Nilai duit bukan pada kertasnya
Walaupun begitu, jaminan pemerintah itu pun bergantung pada kestabilan ekonomi dan politik.
Kalau pemerintahan itu dalam keadaan kucar kacir, maka nilai duit itu kembali kepada nilai sebenarnya, itu tak lebih dari sekadar sekeping kertas.
Nilainya kosong!
Emas berbeza. Nilai emas terletak pada KETULENAN dan BERATnya tersendiri, bukan pada jaminan sesebuah kerajaan.
Nilainya berdiri dengan sendiri. Tanpa perlu jaminan daripada sesiapa...
Disebabkan kekuatan inilah, kenapa pakar sarankan setiap kita perlu simpan emas. Sekurang-kurangnya 10% dari jumlah sebenar kekayaan kita.
Emas adalah BENTENG TERKAHIR kekayaan setiap kita.
Zulkifli
Cyberjaya
5 Disember 2023
22 Jamadil Awwal 1445H
#BukuWangEmas#TipKayaDenganEmas
Kredit foto : ebay