Hanya dengan satu pengumuman oleh Bank Negara India, duit 500 dan 1000 Rupee jadi sama nilai dengan tisu tandas!
Itu apa yang pernah terjadi pada tahun 2016 dulu, yang membuatkan berlaku kekalutan di negara India.
Perkara ni bukanlah asing. Ia pernah terjadi di negara kita zaman Jepun dulu. Iaitu tentang duit pisang Jepun...
Atuk nenek kita mesti tahu peristiwa tu.
Duit-duit yang banyak ketika tu jatuh senilai dengan tisu tandas bila Jepun menyerah kalah.
Nilai duit bukan pada kertasnya
Apa yang kita boleh belajar daripada peristiwa tu, walaupun duit di tangan kita, hakikatnya nilainya tiada di tangan kita. Ia di ‘tangan’ kerajaan.
Sebab itulah dekat duit kertas tu ditulis "Wang ini sah diperlakukan dengan nilai...".
Itu nilai yang DIPAKSA ke atas kertas tu. Bukan sebab kertas itu yang bernilai...
Satu masa dulu negara kita pun pernah ada duit kertas "$500" dan "$1000". Tapi siapa masih simpan duit tu, nilainya sama dengan tisu tandas.
Semua duit kertas confirm kembali kepada NILAI INTRINSIKnya (nilai melekatnya) yang sebenar, iaitu KOSONG! 'Ajal'nya pasti akan tiba. Ia cuma persoalan masa sahaja...
Kita kena bersedia, tapi kita sentiasa berdoa mudah-mudahan ianya tak terjadi di zaman kita (hidup)...
Cara lebih selamat simpan kekayaan
Nak simpan kekayaan, simpanlah dalam bentuk emas (atau aset lain yang bertahan nilainya). Bukan dalam bentuk kertas. Kecuali duit yang nak digunakan dalam jangka masa terdekat.
Simpan emas, kita BEBAS. Kekayaan kita tak terikat dengan sesiapa. Kekayaan kita tak ada tarikh luput (macam duit kertas).
Kekayaan itu SOLID di tangan kita selagi emas tu ada di tangan kita.
Ia kekayaan yang tak boleh dicipta, tak boleh dimusnahkan. Bahkan ia berdiri dengan sendiri tanpa jaminan sesiapa.
Save your family, buy gold.
Help our nation, keep gold.
Follow your religion, use gold.
Itu pesanan Dato Wira Louis Ng (##FounderPublicGold) sejak July 2009.
Emas akan jadi ‘penyelamat’ di waktu kegawatan terjadi dalam hidup kita, ataupun negara kita. InsyaAllah...
Zulkifli
Cyberjaya
18 November 2023
5 Jamadil Awwal 1445H

Nilai duit bukan pada kertasnya. Tapi nilai emas adalah pada emasnya. Nilainya melekat pada ketulenannya dan beratnya. Ia kekal bernilai zaman berzaman di mana-mana sahaja tanpa perlu jaminan sesiapa. Emas tiada tarikh luput macam duit kertas.

Duit RM500 ni dihapuskan penggunaannya ketika krisis kewangan 1997. Jom baca komen mereka yang pernah terima gaji dengan duit RM500 sekeping ni DI SINI. Menarik.

Setiap duit kertas ada tarikh matinya (luput). Sebelum 1997, ada yang komen dia pernah guna sekeping RM1000 ni untuk hantaran perkahwinan. Baca DI SINI.
Berita berkaitan:
- Panic as 500, 1000 rupee notes become worthless - Indian Newslink (2016)
- Guna Dinar Emas Akan Henti Perang Mata Wang, Kata Tun Dr Mahathir - Mstar (2010)
- Dr Mahathir seru negara Muslim guna dinar emas, sistem barter - Astro Awani (2019)