MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Latihan 100 Kegagalan : Tukar Kegagalan Jadi Kejayaan!

November 19, 2023

Takut kena reject. Itu ketakutkan paling utama siapa yang baru nak belajar buat sales (bisnes). 

Padahal tak ada apa-apa pun berlaku kalau kena reject. Bukannya rugi apa-apa pun. Tapi ketakutan (yang sebenarnya cuma bermain dalam fikiran) itulah menyebabkan banyak yang give-up di peringkat permulaan lagi. 

Masa saya baru nak belajar berbisnes sekitar tahun 2003 - 2005 dulu, salah satu latihan yang mentor saya berikan ialah latihan "100 rejection".

Tugasan cari 100 rejection

Mentor saya berikan satu helaian kertas A4 dan tertulis nombor 1 - 100, dan saya perlu cari 100 orang yang reject untuk tak membeli produk yang saya jual. 

Setiap satu "rejection" yang saya terima, saya perlu tick satu nombor. 

Sebagai seorang yang dapat kelulusan yang baik di universiti, bagi saya "rejection" itu adalah sebuah kegagalan. Setiap kesilapan juga dianggap gagal! Ketika belajar di universiti kita tak akan cek kesilapan kita jawab exam sebaik sahaja selesai sesuatu exam sebab takut kecewa...

Setiap kesilapan (dan "rejection") seolah-olah satu DOSA yang perlu dielakkan sama sekali! 

Mula-mula saya tak faham kenapa mentor saya berikan latihan "100 rejection" itu.

Saya fikir, saya dapat completekan task 100 rejection tu dengan baik. Tapi lepas saya dapat sekitar 50 rejection, saya sudah 'KEBAL'. Rejection sudah jadi 'makanan' saya. 

Kegagalan jadi 'makanan' kejayaan

Kalau tak mencuba, peluang untuk berjaya (close) adalah 0%. Tapi kalau saya mencuba, saya ada peluang berjaya 50%. 50-50...

Bahkan kalau saya kena reject pun, saya tak rugi apa-apa pun. Nothing to lose orang kata.

Jadi why not saya mencuba? Lebih banyak saya mencuba, lebih besar peluang untuk saya berjaya.

Sebelum latihan itu, success rate saya hanyalah sekitar 10%. Kalau jumpa 10 orang, hanya seorang sahaja akan membeli. Tapi lepas hadapi 50 rejection, success rate saya meningkat hingga 80%!

10 orang yang saya jumpa, 8 orang yang beli produk yang saya jual! Alhamdulillah...

Kalau baca tulisan Robert T. Kiyosaki (guru kewangan di Amerika), latihan begini dianggap sebagai LIFE-CHANGING BUSINESS EDUCATION.

Latihan mengubah masa depan

Walaupun nampak macam latihan jalanan, tapi sebenarnya latihan hands-on itulah yang akan mengubah kehidupan kita untuk berjaya dalam bisnes.

Latihan begini tidak diajar di sekolah dan di universiti, tapi ia bakal mengubah kehidupan kita. Ia mengubah mindset, dan melatih emosi kita jadi lebih kuat.

Pengalaman tu mengubah perspektif saya tentang kegagalan dan kejayaan; 

  1. Setiap kegagalan adalah PELAJARAN BARU dalam hidup, ia bukanlah satu 'DOSA' yang perlu dielakkan sama sekali. 
  2. Setiap kegagalan yang kita lalui, sebenarnya kita sedang mengumpul POINT UNTUK BERJAYA. Ia hanyalah sebahagian daripada proses mencapai kejayaan. Dalam latihan tersebut, kalau berjaya, kita dianggap berjaya. Kalau dapat rejection pun, itu juga dianggap kejayaan - sebab nak kena kumpul sampai cukup 100 rejection. 
  3. Setiap kegagalan itu membuatkan JIWA KITA SEMAKIN KEBAL. Kita bukan kalah, bahkan kita semakin kuat untuk menang. Kalau orang cakap "NO", saya jawab "NEXT" (dalam hati). Saya terus pergi ke orang seterusnya sampailah saya dapat "YES" yang saya mahukan. 

Selagi bukan dosa, ia bukan kegagalan

Dan yang paling penting, latihan itu membina KEUPAYAAN UNTUK BANGKIT dengan cara menjadikan kegagalan sebagai 'makanan' (sumber motivasi) untuk berjaya tanpa perlu dimotivasikan oleh orang lain. 

Kegagalan bukanlah sebenar-benar kegagalan selagi ianya bukan satu DOSA. Sebaliknya ia hanyalah BATU LONCATAN untuk kita menikmati kejayaan lebih besar pada masa depan, insyaAllah.

Zulkifli
Cyberjaya
19 November 2023
6 Jamadil Awwal 1445H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>