Saya tak ada latarbelakang bisnes. Saya memulakan bisnes ketika terdesak nak cari income tambahan ketika dihimpit tekanan kewangan.
Masa saya baru nak belajar berbisnes (kira-kira 13 tahun dulu), salah satu latihan yang mentor saya berikan ialah latihan “100 rejection”.
Latihan 100 rejection
Mentor saya berikan satu helaian kertas A4 dan tertulis nombor 1 – 100, dan saya perlu cari 100 orang yang menolak untuk membeli produk yang saya jual.
Setiap satu rejection yang saya terima, saya perlu tick satu nombor.
Sebagai seorang yang dapat kelulusan yang baik di universiti, bagi saya “rejection” itu adalah sebuah kegagalan.
Setiap kesilapan juga dianggap gagal hingga pelajar-pelajar universiti selalunya tak akan check kesilapan menjawab exam sebaik sahaja selesai sesuatu paper exam sebab takut kecewa.
Setiap kesilapan (dan “rejection”) itu seolah-olah satu DOSA yang perlu dielakkan sama sekali!
Latihan mengubah kehidupan
Mula-mula saya tak faham kenapa mentor saya berikan latihan “100 rejection” itu. Tapi lepas saya dapat 50 rejection, saya sudah KEBAL dengan rejection.
Sebelum tu, success rate saya cuma 10%. Kalau saya berjumpa 10 orang, cuma seorang sahaja akan membeli.
Tapi lepas hadap 50 rejection, success rate saya meningkat hingga 80%! Alhamdulillah...
Bagi Robert Kiyosaki (guru kewangan di Amerika), latihan begini dianggap sebagai “life-changing business education”.
Inilah antara bentuk latihan bisnes yang boleh mengubah kehidupan kita.
Latihan begini tak diajar di sekolah mahupun di universiti. Tapi inilah latihan yang akan mengubah kehidupan kita yang sebenar.
Tukar kegagalan menjadi kejayaan
Memang benar... Latihan tu mengubah perspektif saya tentang kegagalan dan kejayaan;
- Setiap kegagalan adalah PELAJARAN BARU dalam hidup, ia bukanlah satu ‘DOSA’ yang perlu dielakkan sama sekali. Boleh katakan hampir kesemua orang berjaya pernah lalui kegagalan samada besar ataupun kecil.
- Setiap kegagalan yang kita lalui, sebenarnya kita sedang kumpul POINT UNTUK BERJAYA. Ia hanyalah sebahagian daripada proses mencapai kejayaan. Dalam latihan tu, kalau berjaya, kita dianggap berjaya. Kalau dapat rejection pun, itu pun dianggap kejayaan - sebab saya diberi tugasan untuk dapatkan 100 rejection.
- Setiap kegagalan membuatkan JIWA KITA SEMAKIN KEBAL. Kita bukan kalah, bahkan kita semakin kuat untuk menang. Bila orang kata “NO” (reject), maka saya akan kata “NEXT” (dalam hati). Saya akan cari orang lain sampai saya berjumpa “YES” yang saya mahukan tu.
Belajar terima kegagalan
Yang paling penting, latihan itu membina KEUPAYAAN UNTUK BANGKIT dengan cara mengubah kegagalan menjadi sumber motivasi untuk berjaya tanpa perlu dimotivasikan oleh orang lain.
Kegagalan bukanlah sebenar-benar kegagalan selagi ianya bukan satu DOSA, sebaliknya ia hanyalah BATU LONCATAN untuk kita menikmati kejayaan pada masa depan, insyaAllah.
Orang berjaya bukan tak pernah gagal, tapi tak pernah give-up (mengalah atau putus asa).
Kegagalan sebenar hanyalah untuk mereka yang mudah berputus-asa (give-up).
Zulkifli
Damansara Damai
10 Januari 2017
12 Rabiul Akhir 1438H
Artikel berkaitan:
- Latihan 100 Kegagalan : Tukar Kegagalan Jadi Kejayaan!
- Tip Elak Rasa Kecewa Bila Orang Tak Membeli Dari Kita
- Tip Jaga Mindset Supaya Sentiasa Positif
- Kemajuan Terhenti Bila Kita Berhenti Belajar
- Susah, Hanya Pada Langkah Pertama!
- Dua Amalan Penting Untuk Ada Lebih Banyak Waktu
- Fokus Satu, Tiada Plan B! Itu Rahsia Capai Massive Succes
I follow sifu.
Saya dalam proses pembelajaran. 🙂
wah, terinspirasi pulak saya bila baca artikel ini.
terima kasih sifu 😉
Assalamualaikum Encik Zul…. Saya termotivasi dengan perkongsian kat atas. Masuk bulan ni kira sudah 10 bulan saya menjalankan perniagaan beg kait, melalui online dan offline. Bila saya baca artikel kat atas, hal tersebut serupa dengan apa yang sering saya alami. Bila saya masuk pasar, kebanyakannya orang cina lah suka complain macam2 tentang beg saya. Namun hal tersebut tak membuat saya putus asa untuk stop buat bisnes tu, banyak saya dapat tahu mana kekurangan dan kelemahan product saya. Ianya menjadikan saya bergerak pantas untuk memperbaiki dan meningkatkan quality beg saya.
Wslm Pn. Norsyahwarahmanely,
Alhamdulillah. Mudah-mudahan artikel ini bermanfaat.
Menarik pengalaman puan tu. Saya doakan Allah berkati perniagaan puan. Amiin ya Allah.
Tuan, Saya nak kongsi pasal ni. Ada kebenarran cakap orang pengalaman 40 tahun ni. Sekarang ni pun banyak rumah kena lelong sebab ramai tak mampu nak bayar dalam keadaan ekonomi sekarang.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/01/19/suicide-to-buy-a-house-now-says-consultant/
Terima kasih En. Azrai atas perkongsian ni.
Terima kasih tuan dgn perkongsian ilmu di atas.
Sama-sama Pn. Roslezah. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.
Terima kasih tuan Zul… baru lah boleh senyum skit… nasib sy pun serupa dengan tuan.. tp tuan dah melepasi tahap tersebut… tahniah… insha allah kalau tuan boleh.. sure sy pn boleh
Sama2 Pn. Mawar.
InsyaAllah. Puan pun boleh.