MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Pelaburan Emas

Public Gold Mendapat Sijil Patuh Shariah (Fasa 1)

January 24, 2017

Alhamdulillah, pada 16 Januari 2017, Public Gold telahpun mendapat sijil pengesahan patuh syariah jual beli emas daripada Amanie Advisors Sdn. Bhd. Pengesahan ini adalah untuk pembelian kaedah “Outright Purchase”, “Easy Payment Purchase (EPP)” dan “buy back”. Ini adalah pengesahan syariah Fasa 1.

Fasa yang seterusnya ialah “Gold Accumulation Program (GAP)”, platform membeli belah menggunakan emas yang dinamakan “PG Mall”, dan sistem pembayaran menggunakan emas yang dinamakan “Gold Payment System (GPS)”. Proses pengesahan syariah ini bukanlah proses yang bersifat one-off, ia proses yang berpanjangan dan melibatkan proses audit secara berkala.

sijil pengesahan shariah syariah jual beli emas public goldSijil Patuh Syariah dikeluarkan oleh Amanie Advisors Sdn. Bhd.

Latar Belakang Panel Shariah

Untuk makluman sahabat pembaca, Amanie Advisors Sdn. Bhd. ialah sebuah konsultan shariah yang berperanan penting menyediakan standard shariah emas bagi World Gold Council (WGC) dan AAOIFI. Ia dia ketuai oleh Dato’ Dr. Mohd Daud Bakar yang juga pengerusi Shariah Advisory Council (SAC) untuk Bank Negara Malaysia (BNM).

Tuan Pakdi pernah menulis siapa sebenarnya tokoh yang disegani dalam dunia kewangan Islam ini dalam artikel beliau bertajuk “Dr Mohd Daud Bakar – Ulama, Penasihat Shariah dan Pakar Kewangan Islam”.

Cabaran Mendapatkan Pengesahan Shariah

Untuk makluman sahabat pembaca, sebenarnya sudah 8 tahun Public Gold berusaha mendapatkan pengesahan syariah ini. Saya sendiri terlibat secara langsung dalam usaha ini sejak tahun 2014. Saya boleh katakan, prosesnya bukan mudah dan memakan masa sebab;

#1 – Public Gold bukan institusi kewangan Islam

Semua institusi kewangan Islam memang diwajibkan oleh BNM mempunyai panel syariahnya sendiri. Jadi perlantikan panel syariah Public Gold ini dibuat secara SUKARELA, bukan secara paksa. Sebagai sebuah syarikat yang tentunya “profit-oriented”, banyak pertimbangan yang perlu dibuat dari sudut “cost-benefit” projek ini yang sudah tentunya kos bukan sedikit. Ia melibatkan kos yang besar dan bersifat jangka panjang.

#2 – Belum ada model yang boleh ditiru

Saya boleh katakan, sekarang ini Public Gold satu-satunya syarikat jual beli emas fizikal yang mendapat pengesahan shariah. Jadi bagaimana arrangment yang sepatutnya pun masih samar-samar termasuk dipihak panel syariah sendiri. Jadi ada cadangan dari pihak bakal panel syariah dahulu yang dilihat tidak mesra bisnes, antaranya;

(1) mensyaratkan supaya Public Gold mesti tubuhkan syarikat lain sebagaimana perbankan Islam e.g. Maybank vs Maybank Islamic,

(2) mensyaratkan perlu mempunyai kakitangan shariah sendiri sebagaimana institusi kewangan Islam yang mempunya Jabatan Shariah sendiri yang bertanggungjawab melaporkan perkembangan shariah kepada Jatawankuasa Shariah.

Dan banyak lagi.

#3 – Industri emas pelaburan dicemari Skim Cepat Kaya

Ini antara faktor penting kenapa ramai bakal-bakal panel syariah menolak untuk menjadi penasihat syariah bagi syarikat jual beli emas. Sudah beberapa syarikat emas yang melantik panel syariah sebelum ini semuanya menjalankan aktiviti yang menyalahi undang-undang sehingga panel syariah mereka terpaksa menarik diri disebabkan “certification” itu ditelah dimanipulasi.

Yang lebih teruk, ada syarikat emas yang belum pun melantik panel syariah secara rasmi, tetapi sudahpun mewar-warkan satu dunia seolah-oleh mereka sudah mendapat certification! Jadi ini yang menakutkan bakal-bakal panel Syariah.

Komitmen Public Gold

Apabila kalau konsultan bereputasi seperti Amanie Advisors setuju bekerjasama dengan Public Gold, saya percaya mereka telahpun semak latarbelakang Public Gold betul-betul sebelum terima menjadi panel shariah. Dan cadangan serta idea-idea mereka untuk projek ini sangat praktikal yang menyebabkan Public Gold memberikan komitmen untuk menjadi platform jual beli emas yang disahkan patuh syariah.

panel shariah syariah public goldPertemuan pertama antara Public Gold dan penasihat shariah (ketika itu masih calon penasihat syariah) pada 4 Februari 2016 di HQ Public Gold, Penang.

FB 2017-01-19 Dato Louis Ng pengasas founder public gold shariahCatatan yang menggambarkan komitmen Dato’ Wira Louis Ng, Founder Public Gold terhadap kepatuhan syariah dalam jual beli emas.

Penjelasan Kepatuhan Shariah

Bagi sahabat pembaca yang berminat memahami bagaimana proses jual beli Public Gold dari perspektif shariah, boleh baca penjelasan yang dibuat oleh sahabat saya yang juga pakar muamalat Islam, iaitu Ustaz Khairul Anuar Basri;

“Public Gold telah menerima pengesahan patuh Syariah dari Penasihat Syariah yang dilantik iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd. bagi 3 produk iaitu :

1. Belian biasa dengan bayaran penuh (Outright Purchase).
2. Belian biasa dengan bayaran berperingkat (Easy Payment Purchase EPP).
3. Jualan balik (Buy Back).

Suka untuk saya menulis sesuatu berkaitan 3 produk di atas khususnya untuk warga Public Gold (kakitangan, dealer dan pelanggan) dan juga masyarakat Malaysia secara amnya agar semua orang boleh memahami pengesahan Syariah ini dan bercakap dalam bahasa yang sama.

Semua orang sedia maklum bahawa antara syarat asas bagi urusan jual beli emas ialah emas dan bayaran mesti bertukar secara LANI (spot) ketika MAJLIS AKAD. Sebarang penangguhan salah satu daripadanya akan mencetus isu riba (tidak patuh Syariah).

Tidak sukar sebenarnya untuk mengesan sesuatu urusniaga jual beli emas itu ada mengandungi unsur penangguhan atau tidak. Tetapi isu yang lebih penting sebenarnya ialah; bila dan di mana sebenarnya berlakunya akad jual beli emas supaya dapat dipastikan sebarang bentuk penangguhan itu tidak berlaku.

Untuk menjawab persoalan ini, kita memerlukan situasi yang khusus seperti 3 produk di atas kerana sesuatu hukum hakam agama itu bergantung kepada situasi dan kes tertentu serta sudut pandang bagaimana kita melihat sesuatu urusniaga itu dijalankan.

BELIAN BIASA DENGAN BAYARAN PENUH

Proses utama dalam produk ini ialah :

1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.

2. Pembayaran : Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.

3. Pengambilan emas : Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.

BELIAN BIASA DENGAN BAYARAN SECARA BERPERINGKAT (EPP)

Proses utama dalam produk ini ialah :

1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.

2. Pembayaran secara berperingkat : Ketika ini juga akad belum berlaku dan emas kekal menjadi milik Public Gold. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.

3. Pengambilan emas : Emas hanya boleh diambil apabila selesai semua proses pembayaran. Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran berperingkat (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.

JUALAN BALIK (BUY BACK)

Proses utama dalam produk ini ialah:

1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk menjual emas tertentu pada harga tertentu.

2. Penyerahan emas : Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah penyerahan deposit keselamatan (security deposit) dalam bentuk emas sebagai menandakan komitmen penjual terhadap urusniaga tersebut.

3. Pembayaran melalui pindahan wang ke akaun : Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Bayaran akan bertukar dengan emas (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.”

Semoga catatan Ustaz Khairul Anuar ini akan memahamkan kita semua tentang urusniaga jual beli emas di Public Gold, dan berurusniaga dengan penuh yakin, insyaAllah.

Zulkifli
Damansara Damai
24 Januari 2017
26 Rabiul Akhir 1438H

[Kredit foto : shutterstock ]

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 6,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia).

  • Alhamdulillah tahniah Public Gold. Syarikat emas yang sentiasa mendahului yang lain malah tiada model bisnes emas yang serupa. Tiada pesaing sebenar dalam system ini. Jika dunia dah akui apa yang Public Gold lakukan, apakah anda masih disitu menunggu dan mengkaji????
    jom dating bersama kami.

  • Taniah tuan Zul dan semua MD yang berusaha tanpa henti. 16 januari 2017 mentatat sejarah yang sangat bermakna utk semua keluarga Public Gold . Moga kita semua dalam redho Allah selalu.

  • Alhamdulilah. Satu pengiktirafan yang sangat bermakna buat Public Gold sebagai platform jual beli emas yang pertama menerima certification sebegini. Tahniah dan terima kasih kepada para MD termasuk En.Zul yang telah berusaha merealisasikan hasrat murni ini.

  • Saya nak tahu kenapa founder Public Gold ni masa buka caompany ni dia namakan Public Gold. Masa awal samapai sekarang pun kawan saya masih keliru mengatakan Public Gold ni Public Bank yang punya. Macam cerita Pau Ahmad tu logo masjid tapi sebenarnya produk non-muslim tetapi halal. Ada niat nak mangaburi bakal pelanggan ke. Saya cuma bertanya bukan nak cari salah. Lagipun haram menghalalkan yang haram dan haram mengharamkan yang halal.

    • Tak ada sijil patuh syariah bukan bermakna tak patuh syariah. Makcik berniaga nasi lemak tepi jalan tu semua tak ada sijil halal JAKIM, tapi bukan bermaksud tak halal.

      Ia pengesahan dari 3rd party yang berkredibiliti.

  • assalam tuan,
    sy berminat untuk mengetahui lanjut tentang PB gold. jika ingin melabur, berapakah kadar keuntungannya?

    radzy
    0192336938

    • Wslm En. Radzy,

      Public Gold hanya jual beli emas. Beli emas dapat emas. Tak ada apa-apa jaminan keuntungan. Untung rugi tu bergantung kepada pergerakan sebenar harga emas dunia. En. Radzy boleh wassap saya secara personal kalau ada persoalan lanjut tentang emas dan Public Gold. 019-336 8009

  • Kalau Akaun Emas di Kfh blh dpt sijil patuh syariah, kenapa GAP x dpt kelulusan. Sdgkan Kfh, emas fizikal x blh keluarkan. Hanya blh tengok, lps tu Kfh simpankan. Kalau saya silap betulkan ya.

  • Sy baru brcdg nk beli emas PG. GAP skrg ni dh patuh syariah ke belum. Sy juga brhrp En Zul dpt jd guru sy nanti. Terima kasih.

    • Salam En. Mohammad,

      Certification untuk GAP masih dalam proses dan saya difahamkan hampir selesai. Tunggu annoucement dalam masa terdekat.

      Walaubagaimanapun, pembelian mengikut gandaan 1 gram memang tak ada masalah dari sudut syariah. Cuma pembelian GAP mengikut gandaan RM100 tu, kena tunggu certification dulu.

  • Nak tanya… EPP, outright purchase dan GAP dah patuh syariah sekadang kan? Ada kawan saya kata, kalau misal kata kita nak jadi dealer dgn bayaran EPP, kita akan dapat jd dealer sebaik sahaja kita buat pembayaran yang pertama (lepas dah di daftar dlm sistem).

    Soalan saya, daripada huraian Encik Zulkifli dan ustaz tentang proses EPP tu, proses penyerahan duit tu hanyalah sekuriti deposit kan. Macam mana pulak orang tu boleh dapat dealership sedangkan dia belum dikira memiliki emas? Halal ke mcm ni? Syariah panel memang di inform ke tentang hubungkait antara EPP dan dealership? Dorang dah semak? Terima kasih ya

    • Salam Pn. Hawa,

      Anugerah sebagai dealer tu adalah hak Public Gold. Tak ada kena mengena dengan pembelian tu. Public Gold boleh beri status dealer kepada sesiapa sahaja walaupun tak beli emas. Sebab nak jadi dealer Public Gold tiada apa-apa yuran dikenakan. Ianya FREE.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >