“Saya dah buat, tapi tak konsisten...”
Itu struggle paling besar banyak dealer... Mereka memang dah konsisten join training, tapi masih tenggelam timbul dalam bisnes.
Bukan sebab tak pandai. Tapi tak konsisten buat kerja paling penting sekali untuk grow bisnes, iaitu prospecting dan sampaikan ilmu.
Bagi saya, masalah sebenar bukan sebab malas. Tapi belum jumpa keseronokan dalam proses.
Pada saya, kena cari keseronokkan tu dulu... Kena bina keseronokan tu sedikit demi sedikit...
More...
1. Luruskan niat
Masa mula-mula belajar tentang emas dan kewangan, saya selalu excited setiap kali dapat ilmu baru.
Setiap kali dapat ilmu baru, saya akan fikir...
“Ruginya kalau simpan ilmu ni seorang diri.”
Kalau ilmu tu dapat bantu saya keluar daripada masalah kewangan, mungkin ada orang lain yang tengah hadap masalah yang sama.
Mungkin mereka pun perlukan ilmu yang sama.
Daripada situlah saya mula berkongsi. Bukan sebab saya rasa diri saya pandai. Jauh sekali nak mengajar sesiapa.
Saya cuma rasa sayang kalau ilmu bermanfaat tu berhenti setakat saya seorang.
2. Jadikan konten sebagai simpanan ilmu
Sebenarnya, niat asal saya buat konten bukan untuk orang lain. Tapi untuk diri sendiri. Sebagai simpanan ilmu saya sendiri.
Ramai ingat saya rajin menulis sebab nak orang lain baca. Padahal hakikat sebenarnya, saya tulis sebab saya takut lupa. Sebab takut ilmu tu hilang...
Saya fikir, kalau sesuatu ilmu tu saya cuma simpan dalam kepala, lama-kelamaan ilmu tu akan hilang.
Tapi kalau saya tulis dalam bentuk artikel, ilmu tu akan kekal di situ.
Bila-bila masa saya perlukan, saya boleh cari balik, boleh baca balik dan boleh dijadikan rujukan pada masa akan datang.
Bayangkan... semua penulis pun akan lupa apa yang dia pernah tulis. Maka apatah lagi kalau tak tulis!
Lama-kelamaan, ilmu tu akan hilang.
Kalau ada orang lain baca dan dapat manfaat, alhamdulillah... Itu bonus. Dapat pahala sebarkan ilmu.
Tapi tujuan utama saya tetap sama. Saya nak simpan ilmu tu. Malah saya rasa susah hati kalau setiap kali dapat ilmu baru, tapi saya belum ‘arkibkan’ ilmu tu dalam bentuk tulisan.
Setiap kali dapat ilmu dan kefahaman baru, saya akan tulis.
Malah saya tulis sesuatu ilmu tu berkali-kali... Sebab walaupun ilmu yang sama, tapi bila ada orang ajukan petanyaan, saya dapat kefahaman baru dan perspektif baru pada ilmu yang sama.
Maka saya kena tulis lagi, lagi dan lagi...
3. Sharing, bukan teaching
Saya tak rasa saya nak mengajar orang. Saya akui, saya bukan pakar. Saya share ilmu ibarat seorang kawan yang nakkan kebaikan kepada kawannya sendiri.
Ini mungkin perkara banyak bantu saya kekal lama (konsisten).
Setiap kali saya menulis, saya tak letakkan diri sebagai guru. Saya cuma share apa yang saya tahu seadanya.
Hari ni saya belajar ilmu baru. Kalau boleh hari ni juga saya nak share.
Esok saya belajar lagi. Esoknya saya share lagi.
Bila kita sekadar share (bukan nak mengajar), kita tak rasa stress. Tak perlu nampak pandai. Tak perlu tahu semua benda. Tak perlu menang setiap kali orang argue (berhujah).
Kita cuma share sejujurnya apa yang kita tahu saja. Sebagaimana pesanan Nabi s.a.w;
“Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat... ”
- (Hadis riwayat Bukhari no. 3461)
4. Pilih platform serasi dengan diri sendiri
Saya tak terikut-ikut dengan trend. Saya kekal dengan platform yang saya paling serasi.
Bila TikTok mula popular, saya cuba buat video. Tapi rasa tak puas... Ibarat makan kenyang, tapi tak puas. Bila perut Melayu, kena makan nasi juga baru rasa lengkap.
Setiap kali sampaikan ilmu, saya rasa tak sempurna kalau tak tulis. Tanpa tulisan, nak rujuk balik pun susah.
Tapi bila tulis, artikel 15 tahun lepas pun masih boleh dicari dan dibaca sampai hari ni.
Kalau terlupa tentang sesuatu perkara, saya cuma cari balik artikel yang saya pernah tulis.
Sebab tu saya lebih banyak sampaikan ilmu dengan cara menulis di blog dan Facebook. Saya pilih platform yang serasi dengan diri saya. Bukan platform yang sedang trending.
Saya pegang kata-kata Chef Li (Jutawan Senyap);
“Di mana manusia berkumpul, di situlah duit berkumpul”
Maksudnya, selagi platform tu ada pengguna yang ramai, di situ ada peluang dapatkan audience dan kembangkan bisnes secara online.
Saya percaya, bila kita buat sesuatu yang kita suka, kita lebih mudah bertahan lama (konsisten). InsyaAllah...
5. Bina rutin sedikit demi sedikit
Saya tak paksa diri buat banyak permulaannya. Saya tak terus letak target “satu artikel setiap hari”.
Kalau terus buat banyak, saya akan penat dan cepat give-up.
Ibaratnya orang yang dah lama tak exercise. Tiba-bila terus pergi jogging 5 kilometer sehari!
Lepas tu mulalah sakit kaki... sakit urat... sakit lutut... dan kaki melecet!
Esoknya dah malas dah nak jogging... Sebab menyakitkan...
Sepatutnya, mulakan dulu dengan ‘morning walk’ santai-santai... Dapat 2 – 3 kilometer sampai nikmati udara pagi pun jadilah...
Esoknya boleh morning walk lagi... lagi dan lagi... Badan kita pun dah boleh adapt dengan exercise baru...
Dulu saya mula dengan tulis “satu artikel seminggu”.
Bila dah selesa... Saya tambah lagi. Lama-kelamaan, menulis dah jadi rutin saya setiap hari.
Kalau tak tulis at least satu artikel sehari, hari tu rasa rasa tak lengkap.
Sampaikan ilmu melalui penulisan dah jadi keseronokkan dan kepuasan bagi saya.
Bila dah tulis lebih 1000 artikel (di blog sejak 2008), kerja menulis artikel tu jadi perkara mudah bagi saya. Sambil menunggu pun saya boleh siapkan satu artikel.
Ianya mudah dan seronok bagi saya. Bukan sesuatu yang dipaksa-paksa; hanya semata-mata nak dapatkan hasil.
6. Cari keseronokan dulu
Daripada pengalaman, saya belajar sesuatu.
Kita kena rasa seronok dulu, barulah kita akan konsisten. Bila dah konsisten, barulah dapat hasil yang besar dan kekal.
Selagi tak rasa seronok, kita tak akan konsisten. Kita masih dalam fasa ‘berperang’ dengan diri sendiri. ‘Berperang’ untuk konsisten.
Jadi untuk cipta kejayaan besar, kita kena cari keseronokkan tu dulu.
Walaupun permulaannya kena paksa diri buat perkara baru, tapi dalam keterpaksaan tu, kita kena cari keseronokkan baru.
Seronok sampai kita tetap terus lakukannya walaupun kita dah berjaya satu hari nanti.
Itulah salah satu rahsia kenapa orang berjaya tak berhenti dan terus cipta kejayaan lebih besar.
Kenapa dia perlu stop buat perkara yang dia rasa seronok, kan?
Jadi berikan masa kepada diri sendiri. Sebab keseronokkan tu perlu dibina, dipupuk sedikit demi sedikit sampai ia jadi sebahagian daripada hidup kita – yang tak dapat ditinggalkan lagi.
Seronok > Konsisten > Berjaya!
7. Fokus pada proses, bukan hasil
Satu kesilapan yang saya selalu nampak pada dealer-dealer baru ialah ialah terlalu gelojoh fokus kepada hasil.
- “Kenapa posting saya tak ramai like?”
- “Dah buat konten, tapi kenapa tak ada orang PM?”
- “Kenapa orang register, tapi tak beli?”
Kalau setiap hari kita ukur hasil, memang cepat kecewa.
Pada peringkat permulaan ni, fokus pada proses dulu. Tanya diri sendiri;
- “Hari ini apa ilmu baru yang aku baca/ dapat?”
- “Hari ini aku share dah share satu ilmu di mesdos?”
Always cek diri sendiri tentang ilmu apa yang kita belajar hari ni (melalui pembacaan khususnya), dan apa ilmu yang kita dah sampaikan hari ni.
Kalau nak buat konten video, fokus siapkan 1,000 video dulu. Kalau nak menulis, fokus tulis 1000 posting dan artikel dulu. Kalau nak buat live, fokus buat live sampai 1000 kali!
Kalau buat sampai 1000 dengan ikhlas, jujur dan dengan cara terbaik, mustahil seseorang tu tak berjaya. Saya boleh katakan mustahil...
Bila kita betul-betul fokus pada proses, hasil tu akan datang dengan sendirinya. InsyaAllah...
Ibarat pemain boleh sepak yang fokus bermain dengan cara terbaik. Dia tak perlu sibuk tengok score board!
Kalau dia fokus upgrade permainan dia, dia pasti akan menang juga satu hari nanti! InsyaAllah...
Pengalaman minum kopi tanpa gula
Saya teringat kali pertama saya berjinak-nak minum kopi.
Pahit... tak sedap... saya tak suka! Awal-awal tu asyik rasa sakit kepala dan rasa nak kencing saja...
Supaya dapat minum kopi tu, saya tambah gula supaya rasa manis dan kurangkan rasa pahit.
Lama-lama, saya kurangkan gula 50%.
Lama lama, saya kurangkan lagi kepada 25%.
Lama lama, saya langsung tak letak gula!
Sekarang, saya tak suka kopi yang ada gula!
Dulu seronok minum kopi letak gula yang banyak. Tapi sekarang pun seronok juga... Seronok minum kopi tanpa gula!
Hari demi hari... Sedikit demi sedikit...… Akhir sekali keseronokkan tu dah berubah sepenuhnya...
Begitulah juga dengan buat konten, share ilmu dan prospecting.
Pada peringkat permulaan, mungkin terasa pahit. Rasa terpaksa... Rasa malu... Rasa susah... Sebab kita masih baru...
Tapi kalau bina rutin sedikit demi sedikit, lama-kelamaan kita akan mula menikmati proses tu.
Bila dah seronok, kita tak perlu lagi paksa diri untuk konsisten.
Jadi untuk buat sesuatu perkara dengan sabar dan konsisten, kita kena ubah strategi... Daripada “paksa diri untuk konsisten”, kepada “bina keseronokan terhadap proses.”. Bina keseronokan baru...
Bila proses tu dah jadi satu keseronokan, konsisten akan datang dengan sendirinya.
Dan bila dah konsisten, kejayaan cuma persoalan masa saja. Malah kejayaan yang lebih besar dan lebih kekal akan menyusul... InsyaAllah...
Zulkifli
Cyberjaya
22 Jun 2026
6 Muharram 1448H
Artikel berkaitan:
- Konten Medsos Kita, Bakal Menjemput Siapa Hadir Dalam Hidup Kita
- Fasa Buat Konten : Dari Mula Sampai Ada Follower Sendiri
- Buat Konten, Dapat Pahala Pasif Setelah Mati
- Nak Sampaikan Ilmu, Gunalah Laras Bahasa Yang Mudah
- Kenapa Ada Orang Kecam Walaupun Kita Share Benda Baik?
- Tip Kekal Tenang Bila Diganggu Haters di Medsos

